Monday, October 17, 2011

Cara mudah kawal berat badan

Merasa 'berdosa' setiap kali selepas makan? Jika anda sering mengungkap ayat "Risaulah! berat badan saya semakin naik..." Selepas menikmati hidangan, anda tergolong dalam kategori tersebut.

Bagi wanita, kenaikan berat badan merupakan isu yang amat sensitif, manakal untuk kaum lelaki pula masalah perut buncit dan badan montel kadang-kadang boleh menjadi gurauan sesama rakan.

Pentingkah pengawalan berat badan? Bagi yang mementingkan kesihatan diri, ia sebenarnya bukan susah untuk memastikan berat badan sentiasa ideal dengan ketinggian.

Langkah pertama: ketahui berat badan dengn mengukur tahap Index Jisim Tubuh (BMI) iaitu piawaian global untuk mengelaskan berat badan sebagai normal, berat badan berkurangan atau berlebihan.

BMI dikira dengan membahagikan berat badan individu dalam kilogram (kg) dengan ketinggian dalam meter (m).

Ukuran BMI antara 18.5 hingga 22.9 lazimnya di anggap sebagai ideal, manakala 22.9 hingga 27.4 sebagai berat badan berlebihan dan lebih dari 27.4 di anggap obesiti dan mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan seperti diabetes, hipertensi, sakit jantung dan kanser.

Seterusnya, amalkan pemakanan sihat dengan mengambil kira keperluan kalori yang berbeza mengikut jantina, umur dan aktiviti seharian.

Bagi wanita yang kurang melakukan aktiviti fizikal dan sering berada dalam pejabat, mereka memerlukan hanya 1,800 kilo kalori sehari, manakala lelaki dewasa secara purata keperluan kalori mereka sekitar 2,200 kilo.

Untuk mengawal kalori berlebihan, anda masih boleh mempelbagaikan kaedah memasak, tetapi pastikan penggunaan lemak, garam dan gula dalam masakan di kurangkan.

Amalkan diet seimbang dan pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan dalam Piramid Makanan Malaysia.

Paling penting, anda perlu lebih kreatif dalam mencipta resepi sihat untuk hidangan keluarga.

Di samping mengamalkan pemakanan sihat, anda perlu melakukan aktiviti fizikal iaitu senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dalam tempoh 30 minit untuk setiap sesi.

Pastikan anda bersenam mengikut kemampuan. Antara aktiviti fizikal yang paling mudah, murah serta selamat ialah berjalan sebanyak 10,000 langkah setiap hari dan ia bersamaan dengan aktiviti berenang selama 90 minit tanpa henti atau berbasikal selama 70 minit atau bermain bola sepak 90 minit.

Sumber: UM

No comments: