Monday, October 3, 2011

Kek Coklat...

Salam buat semua...

Hmmm kek coklat? Kalau singgah di blog Lady Lavender mesti dapat tengok kek yang sedap-sedap komen si kakak selalu.

Pagi tadi lepas bersarapan di kedai, singgah kejap ke kedai runcit untuk beli tepung. Alkisah si kakak nie nak buat kek coklat lah. Anak-anak memang gemar dengan kek batik. Minggu lepas ada buat dua bekas untuk di bawa ke jamuan sekolah. Kali ini kakak nak kek coklat pula. Buat aje lah kek coklat segera.

Kononnya nak buat minum petang, tapi tak dan dah... siap je dalam 12 tengahari terus ngap kek tu. Nasi pun tak makan lagi masa tu. Alahai buat kek simple aje. Ibu ini tak lah pandai sangat. Cuma pantau je apa kakak buat, dah dia nak buat sangat. Jadinya kek yang ala kadar je la, takde la serupa macam kat kedai huhu.

Moh le kita intai apa yang kakak dah buat tu...

Kakak sedang pukul telur. Adik pulak nak sibuk-sibuk juga.

Nak bakar dah kena tunggu 45minit baru masak.

 Tadaaa siap. Jadi juga kek coklat kakak walau tak cute sangat bentuk kek.

 View dari dekat. Tak sabar nak ngap.

Sepotong untuk anak-anak. Tapi minta lagi sepotong dan sepotong.

 Nyum-nyum...

 Ngam-ngam siap aje kek nie terus potong dan masuk mulut. Tak sempat-sempat dah nak tinggal setengah.

Dah tinggal separuh. Kakak nak bawa bekal ke sekolah esok.

Puan zai kira ini paling simple sebab beli tepung yang dah siap.

Kalau nak tau caranya ialah:
Kacau 3-4 biji telur selama 1 minit.
Kemudian campurkan 250gm mentega/majerin dan kacau selama 2 minit hingga mengembang.
Masuk kan tepung yang berserta gula dan kacau selama 3 minit.
Tuangkan ke dalam bekas yang telah disapu dengan mentega dan masuk dalam aven pembakar dalam suhu 180'C selama 45 minit.
Hias ikut suka hati.

OK... kek simple dari blog JH...
Sekian...

Puan Zai...

3 comments:

Lady Lavender said...

tahniah kakak...ada bakat baking2 bila dah besar sket nanti ni :-)

Kak Aya said...

meleleh tengok kek tu!

Jendela Hati said...

LL: nak buat bluebery mufin pulakk..

kakaya: meh le rasa...