[Kari ikan tenggiri versi JH]
Tengahari tadi masak kari aje lah. Tenggiri peberet seisi keluarga. Cuma lain dari yang lain, versi JH nie letak ubi kentang dan tauhu kering. Dengan suasana hujan lebat yang turun tadi, wah selera la makan nasi puteh dan kari hari ini.
Bahan-bahan nak masak pun simple, antaranya:
Ikan tengiri 3 keping
santan 1 biji
bawang besar 1 labu
bawang puteh 3 ulas
halia 2cm
kentang 3 biji
tauhu kering 5 di potong dua
25gm kari atau 5 sudu besar serbuk kari
setangkai daun kari
minyak
garam
Cara JH:
Tumis bahan bawang, halia yang ditumbuk halus dengan minyak. Masukkan serbuk kari yang telah di kacau bersama daun kari. Masukkan santan, kentang hingga empuk. Last sekali masukkan ikan dan tauhu kering. Dan hidang.
Tuu dia lauk masak main campak-campak. Selalunya ubi kentang untuk kari ayam sahaja. Tapi nak juga makan ubi kentang, letak juga lah dalam kari hari ini.
Makan lauk kari ikan dengan nasi puteh.
Adik lapar baru bangun tido. Tido dalam hujan lebat tadi terus perut berbunyik.
Kakak sedang sibuk membasuh dan mengemas.
Selesai aje menaip nie, turun renyai turun lagi... melepak aje la di rumah tak payah ke mana-mana...
2 comments:
saya dah suruh mem besar saya tulis resepi ni... t.kasih
abu muaz: resepi mudah org berkerja..
Post a Comment