Hari ini si adik ke Pediatrik Clinic kat HKL untuk temujanji Pakar Respiratory iaitu team Doktor Norzila.
1 jam selepas mendaftar, nombor giliran terus naik dan berjumpa doktor Sandeep.
Seisi bertanya khabar pun bermula. Bagi puan zai, adik tiada masalah dari segi penafasan, aktivtiti seharian dan adik pun sentiasa aktif. Adakah puan zai puas hati dengan berat adik? Bulan lepas berat adik 15.2kg. Hari ini naik 16.3kg. Ada kenaikan walaupun berat adik naik sedikit-sedikti sejak lahir. Cumanya puan zai bagitahu doktor yang adik tidak tidur berdengkur sebab adik tidur secara mendongak ke atas.
Sejak kali terakhir masuk wad pada bulan febuary yang lalu iaitu yang kali ke 16, nampaknya kesihatan adik kian baik. Adik juga dah jarang mengunakan inhaler biru (inhaler bila perlu). Inhaler Budesonide yang digunakan 2 kali sehari itu pun dah tidak digunakan sejak April 2010 atas arahan doktor.
Jika puan zai bawa adik ke hospital pun itu adalah kerana demam biasa dan tidak memerlukan nepulizer kat emergency. Walaupun masa tu nampak semput, bila cek dengan doktor, doktor bagitau paru-paru clear.
Semua OK doktor. Tiada masalah doktor. Tiada masalah di rumah dan semoga keadaan baik ini akan berkekalan.
Hari ini si kakak ikut sebab nak temankan adik ke hospital. Pastu ada hajat nak tengok Johnny English Reborn - 2D lakonan Rawon Atkinson ataupun lebih di kenali dengan nama Mr Bean.
Jadi, hari ini banyak aktiviti. Selain ke HKL, puan zai bawa anak-anak berjalan.
Snap sebelum jumpa doktor.
Lepas aje daftar dia kaunter pendaftaran, terus ke kantin pediatrik untuk minum pagi. Appointment adik jam 9, sempat lah nak isi perut dulu. Seperti biasa kakak nie mesti nak air bandung.
Adik pulak, iye-iye nak bubur nasi. Tapi tak habis. Ada tukang perabihkan tu.
Orang tak lah terlalu ramai. Tak merimaskan. Perkhidmatan yang baik dari HKL.
Muka boring adik. Dalam boring tu lasak juga nak jaga dia nie.
Habis aje berjumpa doktor, destinasi bergerak ke Times Square. Singgah di Border tengok-tengok majalah dan buku.
Sempat ambil gambar dengan Smurfs. Lagi besar Smurts dari adik.
Lepas tengok Johnny English Reborn, makan di Timeless Penang. Kakak pekena nasi goreng kampung & udang serta air honeydew buble.
Adik lak hanya nak frech fries dan tumpang honeydew ibu.
Nasi goreng kampung & udang untuk kakak.
Puan zai pun order seafood noodle share dengan adik.
Nanti kita bersambung lagi ye... ada cerita lain menunggu. Tata...
Puan zai...
No comments:
Post a Comment