Friday, October 21, 2011

Tip bina hubungan baik dengan bos


Sering kali pekerja akan berasa takut untuk berhadapan dengan bos yang mempunyai pelbagai ragam yang memeningkan kepala. Lebih-lebih lago bos yang terlalu menunjukkan sifat dirinya sebagai bos. Suka memberi arahan, di tambah sifat inginkan kesempurnaan. Mulutnya sahaja tidak akan berhenti memberikan arahan.

Dalam masa yang sama anda akan mendengar kritikan atas apa yang anda lakukan sama ada kerja anda itu baik atau tidak. Sering kali juga anda di landa tekanan untuk bertemu dengannya, sehinggakan anda pening kepala untuk memuaskan hati boss terhadap kerja-kerja yang di mintanya.

Bagaimana caranya untuk menghadapi bos seumpama ini? Daripada anda terus pening dengan perangainya, lebih baik anda mengkaji cara untuk mebina hubungan baik dengan bos anda.

Tidak bergosip
Jika ada perkara negatif yang ingin anda cakap berkenaan boss anda, jangan bercakap hal tersebut dengan rakan sekerja. Dikhuatiri perbualan tersebut akan sampai ke telingan bos anda. Paling ditakuti jika bos anda menyimpa dendam. Ia pasti akan menjejaskan kerjaya anda kemudian hari.

Cari kesukaannya
Setiap orang pasti mempunyai minat. Normal kehidupan jika minat itu dirangsang oleh seseorang dia akan mudah mesra dengan orang yang menegurnya. Jadi apa salahnya anda melihat apa kesukaan bos anda. Baik dari sudut makanan, warna, wangian, susun atur pejabat, apa yang dilakukan di hujung minggu, hobi, minat, tentang keluarganya dan sebagainya lagi. Apabila anda mengetahui serba serbi tentang diri bos, memudahkan anda mendekati dan memahami dirinya.

Minta nasihat dan pertolongan daripada bos
Apabila anda menghadapi masalah berkaitan kerja dan masalah peribadi, minta pendapat atau nasihat daripada bos anda. Nasihat yang diminta akan menunjukkan bahawa anda mempercayainya. Setelah nasihat yang diutarakan berkesan menyelesaikan masalah, beritahu tentang hal tersebut kepada bos anda, pastu dia berasa gembira, malah akan mengeratkan lagi perhubungan anda.

Jangan melengah-lengah kerja
Pastikan anda sentiasa fokus pada kerja dan tidak melengeh-lengeh kerja. Hadkan masa untuk berbual bersama raka sekerja, makan snek dan melayari internet. Jika bos mendapat gambaran bahawa anda malas berkerja, kepercayaannya kepada anda akan berkurang, dan dia akan berfikir bahawa anda tidak berminat untuk berkerja.

Mengekalkan sikap positif
Sikap positif untuk berkerja bukan sahaja memberi semangat kepada rakan anda, tetapi juga kepada bos. Antaranya anda sentiasa melaporkan perkembangan yang baik terhadap kerja yang diberikan. Elak mengadu masalah yang di hadapi.

Bersikap profesional
Mengambil bahagian dalam apa-apa jua keputusan projek yang dikerjakan. Anda bukan sahaja akan menjadi seorang yang penting dalam syarikat, dihargai oleh bos malah mengeratkan hubungan antara raka sekerja.

Menjaga hubungan baik
Cuba capai tahap di mana hubungan anda dengan bos sentiasa baik dan kekalkan tahap itu. Sentiasa konsisten dalam semua perkara lebih-lebih lagi hubungan anda dengan bos. Contohnya dengan membuat perubahan sikap anda daripada biasa, pasti akan membuatkan bos anda teruja.

Selalu sebut kebaikannya
Jika anda mampu melakukan seumpama ini anda memang mampu menundukkan bos anda yang ego. Mana tidaknya pujian yang diberikan membuatkan mood bos anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Mood yang baik memudahkan bos anda menerima cadangan atau bersetuju dengan anda.

Hubungan yang baik dengan rakan sekerja
Apabila seseorang itu mempunyai hubungan yang baik dengan pekerja yang lain sedikit sebanyak memberi kesan penilaian bos terhadap anda. Anda akan dihormati oleh oleh rakan sekerja begitu juga bos anda.

Hubungan yang baik sesama rakan sekerja memudahkan semua urusan dalam kehidupan anda. Ia memudahkan anda untuk meminta bantuan apabila menghadapi kesukaran malah karier anda akan menjadi lebih cerah pada masa hadapan.

Inti patinya hubungan yang baik dengan bos dan rakan sekerja akan menjadikan anda lebih berjaya dalam kerjaya dan hidup. Pelbagai cara boleh dicuba, tetapi jangan cuba mengampu.

Sumber: MW


2 comments:

MulutPayau said...

Kadang2 naik pening ngan bos yg mngada2...Terima kasih dik atas prkongsian ini..

Jendela Hati said...

MulutPayau: haah betul tu, menyamfah kan... ada beza peel bos lelaki dan pompuan nie...