Saturday, December 6, 2014

Resepi Kueh Mak Iti


As-salam

Ini menu petang tadi. Musim hujan aka cuti sekolah ni macam-macam menu anak-anak minta. Cuma antara rajin dan malas nak je nak buat. Kalau datang penyakit 'M' semuanya jadi m lah jawapnya.

Petang tadi buat lempeng kelapa. Dah siap lempeng kelapa buat pulak sambal lada. Sambal lada semata, tak letak apa-apa. Kisar bawang merah dan cili lepas tu tumis je.

Lepas tu kakak minta buat kan kueh pahang. Kami gelar kan kueh pahang atau resepi kueh mak Iti sebab kami tak tahu namanya dan kami makan semasa balik kampung ke Pahang di rumah mak mertua puan zai. Sekarang mertua dah tiada, adik ipar yang selalu buat bila balik kampung.

Nak buatnya mudah sahaja. Hanya perlukan tepung gandum dan majerin. Uli tepung bersama majerin. Lepas tu tambah air sedikit seperti nak buat kulit karipap tu. Uli dalam 5-10 minit. Lepas canai tu potong la ikut suka. Kat sini puan zai hanya potong panjang je. Goreng dalam minyak panas. Minyak tu kena betul-betul panas supaya bila goreng ia akan kembang.

Kalau kat kampung budak-budak makan cicah dengan sos cili je. Tapi sebab puan zai dah buat sambal lada untuk lempeng kelapa tadi. Jadi sambal jadi pilihan. Hujan-hujan ni makan kueh ni best lagi-lagi kalau pekena la kopi pepanas kannn...


Puan Zai @ JH...

 

Mee Bandung


As-salam...

Menu mee bandung nie pertama kali puan zai masak. Resepi dari kawan sepejabat. Resepi campak-campak katanya. Tak ikut sukatan pun. Main campak-campak orang kata kan.

Pertama kali buat, semua orang suka, jadi sukanya la orang yang membuatnya tuu...


-Mee kuning celur sahaja

Bahan tumis:
-Udang Kering (segenggam) di kisar
-Bawang merah
-Bawang puteh
-Cili kering

Tumis bahan-bahan di atas setelah minyak panas. Masukkan air setelah naik bau. Masukkan satu sudu sos tiram dan sos tomato. Masukkan 1-2 keping tauhu yang telah di ramas atau di hancurkan dalam periuk. Letak garam dan gula secukup rasa. Puan zai guna bebola udang. Jika nak, boleh masukkan udang dan sotong. Agak-agak nak masak masukkan sayur-sayuran. Puan zai guna sayur sawi. Masukkan dua biji telur dalam kuah dan akhir sekali goreng kacang tanpa minyak dan kisar kasar dan masukkan dalam kuah.

Sedia untuk di hidang.

Puan Zai @ JH


Karnival Upin Ipin, PICC


As-salam

Haaaa.... ini citer bila pulak ye? Nie citer masa Karnival Upin Ipin hari tu pada 22 Nov yang lalu.

Puan Zai dan anak-anak je pegi dengan famili kawan. Apak koje le hari sabtu.

Pagi tu selepas kami bersarapan nasi lemak di rumah adik kawan puan zai, kami pun gerak ke karnival dalam jam 10 pagi.

Sesampai je memang dah banyak kereta dan parking penuh. Masa tu jugak la ada konvo kat dewan sebelah karnival. Jadi pengunjung yang hadir berganda-ganda.

Kami memang dapat parking tapi jauh la kena jalan kaki dan naik bukit untuk masuk. Ini semua perkara kecil berbanding nak jumpa Upin Ipin dan Ultraman haha...

 Ini je photo yang ada. Photo yang beramai-ramai tidak dapat di kesan di mana simpannya. Hari tu dapat beli shirt sorang satu, cap, pelekat dan bekas air tuk dua org anak buah. Banyak juga booth yang ada jual macam-macam.

Ehhh ini bergambar dengan Upin Ipin je... Mana Ultramannya???

 
 Alkisahnya... Bila di umumkan show Ultraman jam 1 ptg, semua dah berpusu-pusu masuk dan standby depan stage. Kami pun sama cuba untuk ke depan. Makin ke depan bersesak-sesak dalam ramai-ramai tu puan zai takut adik susah bernapas, adik kata adik ok. Dalam dewan tu memang ramai manusia, 'ramai' pula yang 'berbau-bauan' berpeluh-peluh sampai sesak idung puan zai haha. 

Last-last puan zai kata kat adik jom kita keluar sesak-sesak camnie merisaukan ibu. Adik dari mula enggan nak beredar, dia lebih excited nak tengok dekat bila ultraman dah beraksi dengan raksasa. Ibu pegang je tangan adik dan keluar. Di pintu air mata adik meleleh deras. Tiada bunyi, tiada suara, adik sedih dan hampa tak dapat tengok dekat.. alahai dik sampai meleleh air mata la pulak.

Malam tu puan zai upah adik dengan on youtube dan tengok ultraman yang org post show Ultraman di PICC... sabo je la...

Produk yang telah dirembat. RM100 terbang
 
Kepada penganjur sepatutnya sedia kan screen besar di luar dewan supaya sesiapa yang tidak tak dapat masuk boleh menonton di luar. Takkan puan zai nak tunggu show jam 4 ptg seperti yang di war-warkan mc majlis. Mc pulak 'menghalau' supaya tidak masuk kedalam masa countdown sebelum jam 1. Booth depan stage elok diluar dewan aje supaya ruang kosong lebih besar dan ramai kanak-kanak boleh tengok Ultraman tu. Ini pendapat puan zai je sebagai pengunjung. Jadi mau tak mau, idak lerrr nak tunggu. Memasing dah lapo. Kitaorg terus gerak ke Alamanda.

Muka budak yang kiciwa.



Puan Zai @ JH












Ayam penyet menu ku


Salam Makan Tengahari buat semua...

Musim hujan ni perut semua orang asyik lapar je kan. Menu makan tengahari ialah ayam penyet.

Sebenarnya nak buat bukan payah. Masak nasi puteh, goreng ayam dan sediakan ulaman seperti kobis, kacang panjang dan timun.

Sambal dia buat je sambal belacan pastu goreng la tauhu dan tempe.

Tadaaaa....




Jom Makan Tengahari...

 
Puan Zai @ JH...

 

Desa Water Park - Family Day


As-salam

Baru-baru nie company puan zai berkhidmat menganjurkan 'Family Day' di Desa Water Park. Acara yang di tunggu-tunggu puan zai untuk anak-anak. Puan zai jarang ikut travel ke mana-mana yang di anjurkan company. Hati ni belum lagi sampai hati nak tinggal anak-anak. Dengan family day nie je boleh bergumbira dengan anak-anak.

Pertama kali jejak kaki di sini. Bukan jauh pun dari umah. Tapi kaki tak kesampaian huhu. Kami sampai di sana lewat. Sebab pagi tu kami ke sekolah kakak untuk Hari Graduasi.

Acara bermula jam 9 pagi. Hampir jam 12 tengahari baru sampai. Ngam-ngam nama pemenang 1st prize lucky draw di umumkan. Dapat LCD 42' tuu... bestnya... puan zai cuma ambil gift je kat counter.

Pastu collect bungkusan makan tengahari. Nasi puteh, ayam masak merah, sayur kobis goreng dan air sirap. Masing-masing pun dah kelaparan. Makan dulu, baru terjun ke dalam air.

 Seronok berendam join anak-anak sekali sampai tak hengat dunia. Muka masing-masing dah macam udang bakar.

 Mandi-mandi, lepas tu makan lagi, makan lagi dan lagi. Masa tu dapat amek nasi campur yang di sediakan, sebab nasi lemak untuk breakfast tak sempat nak amek. Lepas nasi campur abes, berbelanja pula di gerai yang ada. Abes dalam RM60. Ntah apa-apa yang di belinya. Semua mahal-mahal.

 Baby pun ikut. Memula tu takut air. Dah di kocak-kocak air dengan tangan sendiri, dia mula selesa dah bergumbira dalam air. Hari tu hujan sepanjang hari. Kejap renyai kejap berenti. Tapi kegembiraan dan keseronokan tetap ada.

Dalam jam 4 petang baru balik. Baby pun dah penat, siap tido dalam dakapan ummi dia. Ikut kan kakak dan adik memang tak nak balik tu. Tak pe la nanti ada masa kita gi lagi ye...

Puan Zai @ JH


 
 

KL Bird Park



As-salam...

Ini cerita Hari Merdeka yang lalu. Hari Merdeka??? Punya lah lama dok dalam draft je. Hari ini puan zai klik untuk post. Bukan apa kadang tu bila baru nak start berblog ada je iklan. Akhirnya terus log out.

Masa ni kami ke KL Bird Park, puan zai beri upah kat adik sebab adik ok lepas operation remove tonsil tempoh hari.
 











Puan Zai @ JH

Sunday, November 9, 2014

Hari Graduasi Tahun 6

Tahniah kakak!
Semoga jadi anak yang solehah & berjaya.

Nasi Mandy Ayam



As-salam

Salam Makan Tengahari buat semua.

Hari ini hari ahad. Dapur puan zai berasap lah. Istimewa menu untuk famili, puan zai masak Nasi Mandy Ayam. Nasi ni puan zai masak ikut versi puan zai. Orang masak dah tentu sedap kan. Puan zai masak sedap untuk selera famili sendiri.

Dah lama dengar kengkawan buat nasi ni. Hari ni baru berkesempatan. Rempah dalamkotak nasi dan ayam tu puan zai beli dari kawan opis. Dia yang memperkenalkan brand Al Bayt ni. Tapi kami buat pertama kali nasi arab ni dah jadi ala-ala nasi malaysia hehe. Selera memasing kan.

 
Bahan-bahan untuk Nasi Mandy
----------------------------
1. Rendam 450gm beras basmathi 20minit atau lebih, toskan.
2. Tumis rempah hidup-kayu manis,pelaga, cengkih dan lumi,2 ulas bawang besar, 5 ulas bawang putih, 1 sudu besar rempah mandy dan 2 sudu besar tomato puri.
3. Masukkan 600ml air rebusan ayam ke dalam tumisan. Biarkan ianya mendidih.
4. Campurkan beras yang telah ditos berserta tumisan rempah tadi kedalam periuk nasi dan garam 1 sudu kecil.
5. Tanak nasi sehingga masak.

Ayam
----
Nasi Mandy ni ayam di panggang memang sedap. Tapi versi puan zai hari ni puan zai perapkan seekor ayam yang telah direbus tadi untuk buat nasi dengan perapan 1 1/2 sudu besar rempah mandy, 5 ulas bawang puteh yang dikisar, 2 sudu kecil garam dan 2 sudu tomato puri. Lepas tu goreng seperti biasa. Puan zai ambil dalam tiga keping ayam tadi untuk letak dalam nasi juga.

Sos Harrah
----------
Di Kedai puan zai suka sos ni, di rumah pun suka. Lepas makan nasi, boleh cicah papadom dengan sos ni dan makan. Bahan-bahan sos Harrah ni ialah:
1. 2 biji tomato (nak lebih tomato pun lagi sedap), 2 ulas bawang puteh, 1 sudu kecil perahan lemon, daud ketumbar, cili padi dan garam.
2. Kisar semua bahan tanpa air.

Salad
-----
1. 2 biji tomato dan 1 batang timun saiz sederhana di potong dadu.
Hiris halus 1 labu bawang besar dan daud ketumbar.
Campurkan semua bahan kedalam mangkuk, tambah sedikit garam. Sesiapa nak letak lada hitam pun ok.

Tanya kakak dan apak mereka kata sedap. Abah puan zai makan tambah 2 kali. Adik pun kata boleh lah sedap. Then apak tanya kambing tak de ke? Alahai apak nak kambing makan kat kedai nasi arab ye. Kat rumah puan zai ada ayam jerk. hihi... Wassalam... sekian.


 


 
 
 

Sunday, October 26, 2014

Raya 2014


Salam...




 
Salam Aidilfitri
(Baru nak post rupanya ada berhabuk dah dalam draft hahaha)

Puan Zai @ JH

Episod Tonsil Sudah Berakhir


As-Salam semua...

Fuhhh lamanya puan zai tak bersiaran di sini. Sejak bulan 5 menyepikan diri. Dah makin semak samun di sini. Hari ini baru ada kelapangan nak menebas sikit-sikit lalang-lalang dah memenuhi laman blog puan zai ni. Omelan yang agak panjang sementara jari jemari ni sedang senang lenang untuk menaip. Harap anda tak jemu.

Anak no 2 puan zai yang berumur 8 tahun ni ada tonsil yang besar dan bengkak di kedua-dua belah sejak berumur 3 tahun. Boleh di katakan tonsil adik nie gred 3. Maksudnya dah 5 tahun adik mengidap tonsil.

Adik kerap mengalami demam yang mengejut dan alami demam kejang sebanyak 5 kali sepanjang 5 tahun dia ada tonsil ni.

Kali pertama semasa berumur 3 tahun pada tahun 2009. Masa ni adik demam dan terus admit ke Pediatrik, HKL. Selain demam.. adik batuk dan selsema selain adik juga punya masalah Hyperactive airway desease. Semasa di dalam ward tu la adik kena demam kejang. Puan zai memang panik tengok keadaan adik yang begitu. Memang menakutkan. Mujur lah adik kena serang di dalam ward. Kalau tak, dah tentu2 puan zai dah tak tau nak buat apa. Selepas doktor beri rawatan kecemasan di atas katil ward adik terus di masukkan ke dalam ICU untuk satu malam. Sejak hari tu doktor dan staff nurse beri info bagaimana kita nak handle jika anak kita mengalami demam kejang. Kejang ni selalunya tangan dan kaki adik membengkok dan mengejang. Mata memandang ke atas. Suhu badan memang melonjak panas.

Perkara pertama yang harus kita buat ialah jangan panik. Apa-apa pun yang berlaku jangan panik. Kedua, mengerengkan badan anak ke kanan ataupun ke kiri. Sentiasa memanggil namanya sehingga sedar. Basahkan badan dan kepala dengan kain basah. Kalau anak kena serang demam kejang semasa makan, keluar kan makanan tu dari mulut supaya tidak menyekat penafasannya. Anak puan zai selalu nya di serang semasa dia sedang tidur. Jangan cuba memasukkan sudu atau benda lain ke dalam mulutnya. Kekejangan selalunya berlaku dalam beberapa minit. Selepas dia sedar terus bawa ke hospital.

Adik kena demam kejang kali kedua semasa berumur 5 tahun tahun 2011. Masa tu puan zai baru sahaja bawa adik ke emergency, Hkl. Masa ni suhu demam 37. Lepas terima rawatan, kami terus terus balik dan menaik kereta untuk pulang ke rumah. Masa betul-betul keluar dari pagar hospital adik terus kena kejang. Maklum lah KL ni memang kat mana-mana pun jalan jem.. jem walaupun depan hospital. Puan zai panik tapi cuba tak panik. Jangan panik kannn.. hospital kan dah bagi info, so jangan panik puan zaiiii. Orang KL masa tu bertimbang rasa selepas kami beri double signal dan dapat ikut laluan tengah apabila semua kereta bergerak ke tepi kiri dan kanan jalan raya untuk beri kami laluan masuk semula ke laluan hospital. Syukur. Terima kasih org KL.. Dalam kereta tu puan zai duduk di belakang. Puan zai cuba tak panik (lagi...). Puan zai cuba mengereng kan badan adik, lap badan dan kepalanya dgn kain basah dan memanggil namanya sehingga sampai di hospital semula. Sampai je di hospital depan ruang emergency, Ya Allah... suhu badan panas dah mencecah 40.6. Masa tu jugak adik kena admit di KK6, Pediatrik (rumah kedua adik huhu).

OK.. masuk je tahun 2014, dairi adik penuh dengan kisah adik alami demam kejang yang kerap sehingga 3 kali untuk tahun ni. Kisahnya demam kejang kali ketiga ni adik kena demam kejang jam 5 pagi di rumah. Sesampai di hospital terus adik admit di pediatrik. Dalam ward, selepas 4jam kena kejang di rumah pagi tu, adik alami kejang lagi dalam jam 9pagi. Masa tu risau seorang ibu terus memuncak. Keadaan adik masa itu teruk. Takut melihatnya sampai doktor tenangkan puan zai. Puan zai lihat mata adik besar dan terbeliak. Selepas badan adik tak mengejang adik masih tak sedar sepenuh. Walaupun dia bagi respon kat doktor tapi mata dia masih tertutup.

Kali terakhir adik kena demam kejang ialah pada bulan 7 2014. Kali ini kejang tak berapa teruk seperti puan zai tengok sebelum ni. Dan kali ni jugak adik admit hospital.

Nak di jadikan cerita dalam episod tonsil adik ni, masa tu kami hadiri majlis open house di rumah mak ngah puan zai. Malam ahad tu kami berkumpul beramai-ramai maklum la masih bulan beraya lagi. Adik malam tu ambil nasi dan ayam goreng. Selepas setengah jam adik makan tu, adik mengadu rasa tercekik. Adik nak minum air. Puan zai cuba bertanya tercekik tulang ke. Adik kata tak. Masa tu adik mula sukar untuk bernapas. Puan zai panik tapi cuba tidak panik. Jangan panik kan... cool laa.. huhu... Kami cuba tolong adik jika betul adik tercekik tulang. Selepas adik muntah kan semua makanan yang dia dah makan baru adik rasa lega. Kami tinggalkan majlis tu dan terus ke hospital bila dengar suara adik yang sedikit garau dan sukar bernapas seperti biasa.

Sesampai di hospital, doktor mengatakan yang tonsil adik di sebelah kiri dalam gred 4. Walaupun kedua-dua tonsil itu memang dah besar, pada malam tu sebelah kiri tu lagi membesar seakan hampir menutup tekak adik. Doktor nasihatkan supaya kami berjumpa dengan pakar ENT pada hari selasa (dua hari selepas tu) dan kami boleh berbincang untuk remove tonsil adik. Kami dah tak sanggup nak tengok adik demam selalu. Dan kadang-kadang boleh dikatakan kerap demam terkejut. Dengan tiba-tiba adik demam walaupun sebelum tu adik sihat.

Hari berjumpa pakar tu kami sepakat suami isteri nak buat operation tonsil adik. Dah setahun adik ambil ubat dan spray hidung untuk kecutkan tonsil tu. Tapi keadaan tonsil tu masih besar dan adik kerap demam dengan tiba-tiba. Sudahlah kerap demam, dah 5 kali pula diserang demam kejang. Menghadapi demam kejang sebegini buatkan kita risau berkali ganda kerana pengidap tonsil mudah demam secara mengejut.

Selepas kami bersetuju dan terus pilih tarikh untuk berjumpa dengan pakar bius, berhari-hari puan zai search google di internet bagaimana nak jaga orang yang telah remove tonsil. Kebanyakkannya orang dewasa. Tapi anak puan zai baru je 8 tahun. Doktor pun dah bagi banyak info juga. Katanya kanak-kanak kecil dari adik pun ada yang remove tonsil ni. Tonsil ni akan tumbuh balik ke selepas di bedah? Tidak doktor kata. Dan macam-macam yang di tanya termasuk cara nak jaga lepas bedah. Setiap malam juga puan zai baca je pamplet yang doktor bagi untuk persediaan sebelum pembedahan dan selepas pembedahan. Emosi begitu tidak menyenangkan dan terkenang episod kelahiran adik 8 tahun dahulu. Kali ini adalah pembedahan kedua sepanjang hidup adik selepas pembedahan repair TOF (iaitu Tracheo-oesophageal-fistula) 8 tahun dulu.

 Sehari sebelum operation tu 20 Aug, adik kena admit ward ENT dulu. Sehari suntuk cuma bersenang lenang di atas katil.

 Tak de apa nak buat. Boring katanya. Tak macam dalam ward di pediatrik. Di sana boleh pegi taman, boleh pegi libary, boleh masuk kelas dan boleh ke kantin.

 Di ward ENT ni dah campur dengan orang dewasa. Tempat nak main pun takde adik kata. Huhu. Yelah dik.

 Esoknya bila team bedah dah confirm suruh bersiap sedia sebelum masuk bilik bedah, adik dengan tenangbmengaminkan doa apak supaya pembedahan ni berjalan dengan lancar dan selamat.

 Bismillah.

 Salah seorang dari ibu bapa boleh teman jadi pengiring si anak masuk ke bilik bedah. Jadi, Puan zai sertai adik sehingga ke bilik bedah. Sebelum masuk, adik bersalaman dengan apak dan kami berdua berpisah di situ. Doktor bius memimpin tangan adik sementara puan zai ekori mereka dari belakang. Masuk dalam bilik bedah puan zai dah berdebar apatah lagi adik. Adik dah mula menunjukkan tanda risau apabila mula mencari tangan ibu untuk dipegang. Selepas adik baring dan tak sedarkan diri.. Doktor kata boleh la ibu cium adik dan meminta ibu tunggu di ruang menunggu ibu bapa di tempat khas yang di sediakan. Puan zai kucup adik yang dah pejam mata dan beredar dengan hati yang berat dan sayu.

Dalam hampir setengah jam lebih kurang puan zai tunggu, tiba-tiba datang doktor bius dan memberitahu yang adik ada masalah dengan saluran penafasan nya. Allahu... Saluran panafasan adik sempit. Puan zai dengar dengan penuh perhatian apa yang doktor terangkan dan apa yang doktor syorkan. Puan zai minta doktor buatlah yang terbaik untuk adik. Doktor berjanji akan buat juga pembedahan ni hingga selesai. Masa tu puan zai kena tandatangan lagi satu document. Lepas doktor beredar, debaran puan zai sentiasa bersama. Dup dap dup dap. Jika kanak-kanak lain yang buat pembedahan tonsil, jangka masa yang di ambil cuma dalam masa satu jam. Tetapi tidak untuk Ahmad Khu'zaee. Selama 4 jam puan zai menunggu dengan penuh kesabaran. Ibu-ibu lain yang menunggu anak masing-masing dengan bermacam jenis pembedahan bersilihganti pulang ke ward bila anak masing-masing dah selesai dalam bilik bedah tu. Anak puan zai je tak keluar-keluar. Jam kat tangan dah ke angka 5 petang.

Bila doktor panggil puan zai, mereka beritahu yang anak puan zai sudah selesai bedah dan akan di tranfer ke ICU, pediatrik. Mereka tidak mahu sedar kan atau bangun kan anak puan zai di dalam bilik bedah sebagaimana kanak-kanak lain. Anak ini akan di biarkan tidur satu malam di dalam ICU. Puan zai pandang dengan sayu wajah anak ini yang terpejam mata dengan rapat. Puan zai iring dia sampai kami berpisah di lif. Puan zai dan suami ke ward untuk ambil barang-barang adik di katil untuk di bawa ke pediatrik pula.


 Dalam ICU, staff nurse kata kami tak perlu tunggu di sini kerana di sini mereka akan jaga anak kami. Lagipun tiada tempat untuk kami tunggu kecuali di kerusi luar. Boleh menjenguk tapi bukan lama-lama. Nurse juga memesan supaya kami beli dan bawa pampers dewasa untuk anak kerana mereka tak akan bagi anak ini sedar untuk malam ni. Jadi dia perlu pakai pampers.

Apabila puan zai sampai di ICU semula dari kedai membeli pamper, aiskrim dan jely, puan zai datang semula ke ICU mendapatkan anak. Masa tu jugak tetiba adik tersedar. Bila tersedar mungkin adik terkejut dengan keadaan sekeliling. Adik memberontak. Adik dapat menarik tiub tu walaupun ramai yang memegangnya. Masa tu jugak adik muntah darah yang banyak. Apa lagi tak sanggup nak tengok anak macam tu, nurse 5-6 orang dah kerumuni adik, puan zai dan suami lari keluar dari ICU sekejap. Biarkan pihak hospital jalani prosedur biasa selepas pesakit sedar. Bila selesai nurse siapkan adik, ibu dari jauh dengar adik memanggil nama ibu. Ibu masuk je pegang adik badan dan tangannya, adik mula diam. Mungkin rasa selamat bila ibu ada. Adik muntah kali kedua cuma kali ni lendir dan air liur sahaja yang keluar. Takde dah muntah darah macam mula-mula tadi. Alhamdulillah. Malam tu puan zai berjaga juga dalam ICU bersama adik bila adik tak benarkan ibu balik. Nurse pun benarkan ibu tunggu dalam tu bila adik tetap tak benarkan ibu beredar.
Jam 10 malam baru adik di beri minum adik mineral sejuk. Adik tak boleh ambil apa2 makanan untuk malam tu walaupun adik mengadu lapar sebab berpuasa panjang sebelum bedah. Jam 12 malam adik dah boleh makan aiskirm. Aiskrim di galak kan apabila sudah remove tonsil nie. Selain puan zai beli aiskrim ini, dalam unit ICU nie hospital juga ada menyediakan aiskrim jika kita tak sempat nak beli. Wahhh bukan main adik memalam makan aiskrim. Cumanya adik kata sukar nak telan. Dia menelan dengan perlahan dan bercakap pun dengan suara yang halus dan pendek.



 Pagi tu team ENT jemput adik di ICU pediatrik tranfer balik ke ward ENT. Masa ni adik dah ok. Alhamdulilla. Makan aiskrim je keje dia. Lepas aiskrim, makan jely. Pastu adik dah boleh makan bubur nasi yang sejuk. Air minum pun air sejuk. Petang minum petang minum milo ais yang sejuk... wahhh... 

Kat sini ada freezer untuk ibu bapa simpan makanan sejuk untuk pesakit.

 OK. bila balik ke rumah puan zai tak de masalah nak jaga adik. Adik MC dua minggu. Sepanjang tu dua minggu ok je. dah boleh makan nasi. Doktor pun galakkan makan nasi or makan lain supaya otot-otot leher ni bergerak dan berfungsi kerana doktor kata ada kanak-kanak lain ada yang takut dan tidak mahu makan. Adik jumpa pakar ENT sebanyak dua kali selepas remove tonsil nie. Kali terakhir ialah pada selasa lepas 20 Oct hari tu. Doktor kata adik dah sihat. Adik dah ok. Ok minum, ok makan dan ok masa tidur. Puan zai gembira memberitahu doktor yang posisi adik tidur dah normal macam kanak-kanak lain. Sebab semenjak kecil adik akan tidur dalam posisi yang mendongak. Dalam keadaan mendongak adik akan lebih selesa dan senang bernapas. Sekarang tidak lagi, adik dah ok. Posisi tidur sudah normal.

Alhamdulillahhh... terima kasih kerana semua doktor di ENT, HKL,  ICU, Pediatrik, Semua staff nurse di ICU yang baik hati dan hanya tuhan yang dapat membalas jasa anda sepanjang memberikan layanan yang baik pada puan zai dan anak puan zai ni. AMin.

Appointment dengan pakar di ENT tiada lagi. Akan jumpa bila perlu sahaja. Buat masa sekarang adik cuma perlu pakar Respitorary (untuk hyperactive airway desease) dan medical je di Pediatrik. Adik, adik tak perlu dah jumpa team surgical dan team ENT lagi ye. Syukur...

Ceritauntukhariinidari,
Puan Zai @ JH

 

 

Tuesday, May 13, 2014

Nasi Lemak Restoran Bapak


As-salam...

Hari ni public holiday Hari Wesak. Apa plan kawan-kawan cuti nie? Puan zai duduk rumah je la. Cuti sehari je. Puan zai dan anak-anak cuti tapi apak baru je pergi keje. Duduk rumah plan nak buat kari ikan tongkol.

Sebelum apak gi keje, kami makan pagi di Restoran Bapak. Mak nak nasi lemak jadi kami makan di sana dan tapau nasi lemak untuk mak dan abah.


 Nasi Lemak sambal biasa. Apak je amek rendang daging.
 
Teh tarik apak.
 
Kakak suka nasi lemak di sini. Kakak kata nasi lemak kat sini lembut dan sedap.
 

 Kalau ikutkan selera adik nie, adik lagi suka tosai dan roti canai. Pagi nie ikut pilihan kakak pula. Adik pun ok je layannn...

Lepas sarapan terus singgah di pasar pagi. Dok teropong kepala ikan merah tak jumpa. Plan nak buat kari kepala. Teropong punya teropong yang ada ikan tongkol. Kita tukar la menu kari ikan tongkol. Tekak nie nak kari la je huhu. Sekarang dah jam 11. Boleh mula operasi nie. Dah cepat siap bole cepat makan tengahari.

Sekian.


Puan Zai@ JH...

 

Sunday, May 11, 2014

Nasi Ayam Mother's Day


As-salam...

Hari ini makan tengahari dengan nasi ayam. Rempah ayam puan zai guna rempah seperti di bawah. Minggu lepas adik datang rumah dan beri. Saja nak try produk dari Terengganu nie. Tu yang terpiker nak buat nasi ayam. Nasi ayam puan zai buat nie simple je. Takde susah-susah nak piker masak camner. Main campak-campak je dah siap. Takde la nak ikut resepi sangat. Kalau nak masak iye-iye sangat nampaknye kena belek buku dalam rak tu le huahuauuaa...



Untuk seekor ayam puan zai rebus sekejap ayam sebelum perap guna rempah nie. Selain tu puan zai tumbuk bawang puteh 10 ulas serta garam yang di gaul rata. Dah perap baru goreng bila nak makan dan makan panas-panas.

Dah siap dah pun. Cili dan kicap serta sup kaki ayam.

Untuk nasi, puan zai masak 2 pot beras. Bersihkan dan ketepi sementara tumis bersama 2 sudu majerin tu 2 bunga lawang, 1 kayu manis, serai, halia serta bawang puteh hingga naik bau. Masukkan air rebusan ayam ke beras. Letak daun pandan untuk wangi.

Kicap tu puan zai guna kicap kipas udang atau pun kicap bilal. Letak air rebusan dan sedikit garam, kacau perlahan di dalam periuk hingga didih. Dan angkat.

Untuk cili puan zai guna dalam 10 tangkai cili merah, 3 ulas bawang puteh, 2 cm halia, sedikit garam (jika suka madu letak madu sebab puan zai tak letak gula). Blend bersama air rebusan ayam. Panaskan seketika, angkat dan hidang.

Untuk hari ini puan zai hanya ada tomato dan timun. Tapi jika ada salad dan kobis pun best juga. Kalau anak dara nak makan dia suka ada sayur dan ulam-ulaman di atas meja.

 
Mai sepinggan.



p.s minum petang hari ni nak buat bubur kacang hijau.

 
Puan Zai @ JH...

Sayang Mak


As-salam...

Selamat Hari Ibu buat mak puan zai iaitu Jamaliah Binti Othman. Terima kasih atas segalanya, pengorbananmu, masamu, perhatianmu, kasih sayangmu, cintamu, kudratmu, kekuatanmu dan serta doamu.

 Tengah malam tadi lepas nampak mak masuk bilik untuk tido, kami letakkan hadiah nie atas meja di ruang tamu. Subuh tadi mak bangun pagi mak perasan ada sesuatu untuknya. Apalagi pagi-pagi dah paksa mak ambil gambar hihi... sabo je lah.


 Hadiah tak seberapa daripada cucu-cucunya. Terus suruh test hadiah dan pakai salah satu hadiah tu. Dah test apa lagi paksa ambil gambar lagi. Mak bergambar bersama Muhammad Zaharil. Muhammad Zaharil baru bangun lepas abi dan ummi dia pergi kerja.


 Amboi... gambar candid kononnya. Sporting mak i nie tau haha...

Apa-apa pun orang harap mak dikurniakan kesihatan yang baek sepanjang masa, di murahkan rezeki dan orang sayang mak muahhh....

Puan Zai @ JH...

Saturday, May 10, 2014

Sukan Tahunan


As-salam...

Haaa ini pula citer pada 3 May yang lalu. Puan zai dan suami ke Sukan Tahunan sekolah anak-anak. Pagi tu seawal jam 6.40 kami dah hantar anak-anak ke sekolah untuk sertai cikgu dan rakan-rakan lain ke Stadium UIA dengan menaiki bas. Sebanyak 9 buah bas kesemuanya membawa murid-murid sekolah ke stadium. Kami ibu bapa ikut dari belakang dengan menaiki kereta.

Tak banyak pun gambar yang dapat di ambil. Satu, sebab hp puan zai nie alahai tak clear pun nak snap gambar dalam stadium yang jauh-jauh nie. Dan lagi satu kakak pegang camera sendiri sebabnya biasa lah budak perempuan ni teruja nak ambil sendiri dengan rakan-rakan lain.

Acara bermula jam 8.30 dan berakhir 2 petang. Bukan anak-anak je tau berpeluh ibu pun berpeluh kerana cuaca pada hari sabtu tu terik juga lah.

 Ha kan dah kata nampak cam semut je gambar perbarisan kakak nie. Di awal program acara sukan nie acara masuk perbarisan antara rumah-rumah. Kakak rumah hijau (Laksamana) dan adik rumah biru (bendahara).

 Haha bila mula je persembahan rumah kakak nie, puan zai nie tercari-cari la mana kelibat kakak. Rupanya budak badan besar yang puan zai focus je dari mula di barisan beakang tu ialah kakak. Haha sampai anak sendiri pun tak cam sebab semua sama baju.

 Kakak masuk acara balapan 4 x 400... Walaupun kakak lari no 1 di hadapan tetapi kumpulan mereka dapat tempat yang kedua. Jadilah kannn... Laju betul tengok kakak lari. Menjerit-jerit bersorak puan zai dari jauh haha.

 Adik masa upacara penyampaian hadiah. Jauh sangat sebab ibubapa tidak dibenarkan masuk ke dalam padang.

 Yang ini Iman. Iman dalam tahun 1... best friend adik di rumah dan di sekolah. Iman nie sepupu puan zai kiranya pangkat pakcik dengan adik lah.

 Aksi adik berlari. Macam lipas kudung. Laju benar lari eh. Lepas lari dan acara sukan nie adik ok je. Takde susah napas atau sewaktu denganya. OK kan tahun depan boleh lari lagi.


PUan ZAi @ jH...