Saturday, December 6, 2014

Resepi Kueh Mak Iti


As-salam

Ini menu petang tadi. Musim hujan aka cuti sekolah ni macam-macam menu anak-anak minta. Cuma antara rajin dan malas nak je nak buat. Kalau datang penyakit 'M' semuanya jadi m lah jawapnya.

Petang tadi buat lempeng kelapa. Dah siap lempeng kelapa buat pulak sambal lada. Sambal lada semata, tak letak apa-apa. Kisar bawang merah dan cili lepas tu tumis je.

Lepas tu kakak minta buat kan kueh pahang. Kami gelar kan kueh pahang atau resepi kueh mak Iti sebab kami tak tahu namanya dan kami makan semasa balik kampung ke Pahang di rumah mak mertua puan zai. Sekarang mertua dah tiada, adik ipar yang selalu buat bila balik kampung.

Nak buatnya mudah sahaja. Hanya perlukan tepung gandum dan majerin. Uli tepung bersama majerin. Lepas tu tambah air sedikit seperti nak buat kulit karipap tu. Uli dalam 5-10 minit. Lepas canai tu potong la ikut suka. Kat sini puan zai hanya potong panjang je. Goreng dalam minyak panas. Minyak tu kena betul-betul panas supaya bila goreng ia akan kembang.

Kalau kat kampung budak-budak makan cicah dengan sos cili je. Tapi sebab puan zai dah buat sambal lada untuk lempeng kelapa tadi. Jadi sambal jadi pilihan. Hujan-hujan ni makan kueh ni best lagi-lagi kalau pekena la kopi pepanas kannn...


Puan Zai @ JH...

 

No comments: