Monday, April 30, 2012

Launch Event Celebration...


As-salam...

Hari ini dalam sejarah.


Setelah semua proses rebranding selesai, hari ini 30hb April puan zai dan rakan-rakan sekerja meraikan perasmian jenama baru syarikat kami berkerja.


Rasa gembira dan hiba bercampur baur.


Sedih bila mengucapkan bye-bye kepada kaler 'kuning' dan gembira dengan alu-aluan selamat datang untuk kaler 'biru'.


Selamat tinggal MAA dan selamat datang Zurich!




 Logo baru.
Signboard besar di atas paling tinggi bangunan ini di katakan signboard paling besar di Malaysia di antara lain-lain company.

 Puan zai dan rakan-rakan bergambar bersama CEO Zurich Malaysia.

 Bergambar pula dengan bigboss.

 Alaaa kabur lah pula. Yang ini ex-boss.
Kalau dapat bergambar dengan ex-boss yang berada di JB tu huhu, lagi sangat-sangat suka.

 Sign jangan tak sign.

 Luv Zurich.





 Cup cakes Z = Zurich...



 Macam artis lah pulakkk...













1996 - 2011... ~ Nostalgia yang indah bersamamu MAA...


2012 - selamanya... ~ Moga menjadi gemilang dan lebih cemerlang bersamamu Zurich...




Puan Zai @ JH...


Sunday, April 29, 2012

Sukar Nafas...



As-salam...


Salam pagi ahad yang aman ini... alkisah jam 5 pagi tadi adik bangun dan mengadu susah bernafas.


Tanpa banyak piker puan zai beri adik satu dos inhaler sementara bersiap nak ke HKL.


Keadaan begini tak usah lah nak tunggu, bersiap, start kereta terus gerak ke hospital.


Malam tadi adik dah menunjukkan tanda-tanda nak ke hospital lah bagi puan zai, cuma keadaan tidak la seteruk mana... bermula dengan batuk kecil dan selsema. Tido adik pun tiada dengkuran mungkin kerana posisi tido adik mendongak jadi untuk dengar dengkuran tu tidak ada.


Jadi, sebelum subuh di pagi ahad ini adik ke hospital...

 Sampai di hospital, terus check oksigen dan suhu badan.
Beri sedikit info tentang adik antaranya yang ada Hyperactive Airway desease.

 Check paru-paru.

 Terus pakai nebulizer.

 Masa ini, mulut bercakap-cakap aje.
Tak boleh diam, asyik-asyik cakap nak gi HosMart... kedai yang ada kat hospital.
Nak beli itu la nak beli ini la, sabo je laa...

 Timbang berat sebelum dapat ubat.
Berat adik sekarang 19kg.
Dapat ubat batuk dan selsema.

Kalau kat rumah masih sukar bernapas, adik kena pakai inhaler... jika keadaan tidak OK, doktor nasihatkan supaya ke hospital semula.
Setakat jam 8.30pagi di rumah waktu ini adik nampaknya OK dan aktif seperti biasa.
Dannn puan zai nak bagi adik tido, adik asyik main dari tadi.

Sebelum sampai rumah, puan zai singgah ke Taman SPPK beli nasi lemak.
Nak masak sarapan, idok la dalam mood.
Jadi, buat kopi dan makan bersama nasi lemak dengan mata yang kuyu...

Plan arini nak ke PWTC... puan zai pun macam mamai je pagi nie sejak malam tak berapa lena bila adik tak sihat puan zai sukar nak pejam mata, cuma tido-tido ayam.... tengok lah dulu ye kakak, kalau ada rezeki kita bole ke Pesta Buku, PWTC.

p.s-tadi ramai juga 'orang-orang BERSIH' yang mendapatkan rawatan di HKL. Dengan baju yang berbekas darah... tak tau la mana yang luka, muka atau kepala. Mati-mati puan zai ingat dorang akan gi hospital swasta kalau jadinya hal begini. HKL juga dorang datang huhu....

Sekian, selamat berhari minggu... tata...

Puan Zai @ JH... yang nak hidup aman damai, tak moh gaduh-gaduh ye...



Saturday, April 28, 2012

Prism Bowl - Tupperware...


RM109.90 - Prism Bowl (4), harga asal RM138.40
16.27cm (D) X 6.86cm (H)...

p.s beli untuk mak... mak suka sangattt...

Puan Zai @ JH...


Friday, April 27, 2012

Khind's Stand Mixer...


As-salam...


Terima kasih bebanyak buat sahabat-sahabat yang sudi beri hadiah sempena birthday puan zai yang lepas...


Kepada Fiza, Emma, Roselina dan Zalipah... terima kasih bebanyak... sayang korang!!!


Memang lama dah nak beli mixer nie... bila dapat hadiah lagi berganda lah sukanyaaa...




 Wah!!! Bukan main suka si kakak tengok hadiah nie.
Ini menandakan acara membuat kek dan biskut akan berlangsung dengan kadar kerap dan selalu huhu...
(ye ker?)

 Terus kakak kata nak buat kek.
Tak sabar-sabar.
Kat dapur ada telor dan tepung, apa lagi terus lah buat.

Dah siap, kami makan panas-panas... tak bagi chance kek sejuk.


Puan Zai @ JH...



Cozy House Restaurant...



As-salam...


Semalam lunch time kami kat opis panjang. Bukan company bagi kebenaran pun. Cuma buat macam company sendiri. Gi keluar makan lunch dengan bigboss. Seramai 10 orang yakni hamper satu divison yang gi semalam. Jam 12.15pm dah gerak ke Cozy House Restaurant, Great Estern Mall, Jalan Ampang. Makan, makan, gelak, gelak sampai opis balik jam 2.45pm. Tujuan gi makan luar nie sebab beberapa staff yang naik pangkat baru-baru ini 'berbesar hati' belanja bigboss makan sebagai tanda berterima kasih. Yelah bigboss yang signed untuk recommend naik pangkat kannn...


 Tak silap udah 3 kali puan zai mai sini.
Sampai je untuk order, keluar satu ayat "Boss order lah nak makan apa-apa pun"

 Biasalah mesti ber-pic punya walaupun pic kabur... alahai...
Puan zai, Esther dan puan Atun...

 Kebanyakannya order watermelon juice.
Sedap betul sebab tak terlalu manis.
Manis-manis buah.
Macam nak order lagi segelas aje masa tu hehe.

 Puan zai dan 3 orang lagi order black pepper chicken chop.
Yummyyy...
Sorang kawan order steak (sedap tau...)
Bigboss dan 4 orang lagi order Thai food.

 Depa order siakap sweet sour, kailan goreng, chicken green curry, ayam pandan, tomyam, fried rice dan mehoon goreng.
Teh tarik tu boss punya, dia sorang je pekena air panas time cuaca panas ya-amat nie.

 Dessert di cuaca yang panas nie, ramai-ramai pekena yang ini...
Perghhh...

 Pic dari dekat bigboss walaupun kabur... di ulangi kabur... huhu...
Sebelah dia ialah Angela, puan zai satu department dengan Angela.
Lagi pun emang department kami nie, kami berdua je.
Kiranya kami berdua nie report direct ke bigboss.

 Makan jangan tak makan.
Time nie Cozy emang full house.
Terlalu ramai orang... beratur panjang pun ye...
Nasib kami dah book awal-awal.

Sebenarnya banyak jugak pilihan menu di Cozy House Restaurant.
Lain kali datang, bole try menu lain pula.


Pasti syok kalau dapat keje kat shoping mall, kengkawan kata.
Kalau hilang tak de kat tempat je, boss boleh buat announcement soh staff masuk keje hehe.

Tapi puan zai dah merasa keje selama 3 tahun pada 5 tahun lepas berkeja di servicing branch kat Sg Wang... biasa je... yang seronoknya boss tak de kat branch boss ada kat HQ je...

Sekian.

Puan Zai @ JH...













Thursday, April 26, 2012

Hair Fall Control Series

As-salam...


Bulan nie ada la beberapa jenis Tupperware yang puan zai beli.


Semua cantek-cantek. Geram bila belek-belek katalog bulan nie.


Selain rembat tupperware tu puan zai belikan untuk mak puan zai syampoo dan conditioner yang terdapat dalam katalog Tupperware 03/2012.


Kedua-dua nie berharga RM58.00 dari harga asalnya RM65.00.


Wednesday, April 25, 2012

Sambutan HariLahirku...

As-salam...

Puan Zai dah selamat menambah satu lagi angka pada jumlah umurku pada hari ini. hhuhu... Udah tua dah...

Terima kasih buat semua kengkawan. Kengkawan yang wish kat FB, hantar sms sejak malam tadi dan kepada seorang sahabat jauh yang sangat-sangat di rindui yang kini berada di Qatar tu, Rozianna... rasa terharu sangat dari jauh hubungi puan zai untuk wish birthday.

Buat kakak-kakakku dan adik-adikku di opis Yusniza, Fiza, Emma, Roselina dan Zalipah terima kasih atas hadiah dari uolss ye... sayang korang isk isk sik... Untuk adik beradik puan zai juga yang tak lupa mendoakan diri ini.

Semalam pun ex-boss iaitu Mr Leng yang dok kat JB ada called wish birthday. Lama tak jumpa sejak dia retired. Dulu puan zai ada dua bigboss. Puan zai assist Mr Leng dan bigboss sekarang. Sejak Mr Leng retired puan zai asisst seorang boss aje lah. Dah tukar 3 kali nama divison. Kalau dulu Regional Chief Office pastu tukar ke Life Products & Marketing Services dan kini atas nama Agency Services.

Juga tidak lupa buat salah seorang sahabat di alam maya atau alam email jua iaitu Rohaya yang banyak mengajar pelbagai info mengenai blog. Sebab dia lah puan zai pandai sikit nak berblog nie. Start dari zero sampai lah tahap hari ini.

Hari ini the geng kat opis bawa puan zai makan kat Bellamy Ikan Bakar yang terletak di belakang Istana Negara Lama. Dekat aje dengan opis. Pekena ikan bakar 4 orang. Orang nak bawa ikut aje lah. Lagipun lama dah tak pekena ikan bakar yang femes di sini.

Sebelah petang ada surprise birthday party. Surprise la sangat. Memang surprise pun. Terharu i. Dorang beli senyap-senyap kek kat Swiss Garden Hotel masa dorang gi meeting kat sana untuk discussion event akan datang di HQ.

 Tengah pilih yang mana satu nak potong kek di waktu petang... di hadapan bigboss.
Maklum lah ada dua jenis kek.
Gugup la pulak haha...

 Tapi sebelum acara potong kek tu sebelum waktu kerja tamat, lunch kengkawan bawa gi makan kat Bellamy Ikan Bakar.
Puan zai amek ikan pari, nasi puteh, kerabu dan keladi masak asam.

Dah abes makan kengkawan pekena tapai.
Kira-kira 10 bungkus tapai kengkawan makan.
Memang ratu tapai laa.
Puan zai tak amek tapai, tengok aje pehtu rasa sikit.

 Sambil makan sambil bergurau senda.
Candid la sangat.
Memang candid pun hehe.

 Gelak-gelak, makan-makan... ada makan ada gelak... nasib tak tercekik tulang ikan keli tu huhu.

Licin tau.
Sebab hari ini lewat keluar lunch.
Jam 12.45 pm baru gerak sampai sana orang penuh.
Nasib juga ada kerusi kosong.
Lapooo...

 Kenyang makan ikan bakar terbawa sampai ke petang tau.
Jam 4 petang, puan zai di panggil masuk ke meeting room.
Ingatkan apa laa.
Lor ada surprise rupa eh.
Surprise la sangat.
Tapi tersurprise pun, tak sangka dapat makan kek... dua pulak tu...

 Ini kek cekelat.
Sedap la jugak.

Dua kotak, dua kek. 

 Tiup lilin la pulak.

 Kengkawan sabar menunggu kek dari puan zai.

 Makaseh boss (paling kiri sekali)... kami makan kek satu division.
Biasalah time makan mesti ada acara gelak-gelak sakan.


Ini hadiah dari mak.
Makaseh mak.
Mak kata beli murah aje.
OK lah nie, puan zai suka.
Sayang mak.

Balik rumah bawa kek juga. Anak-anak rasa kata sedap. Sampai kata nak bawa kek ke sekolah kakak tu... huhu...

Agenda esok tengahari ialah kami ada lunch appointment untuk satu division. Acara makan tengahari bersama bigboss.

Kena stop di sini. Kita sambung bercerita kendian. Terima kasih. Tata...

Puan Zai @ JH...

p.s- makaseh ye kengkawan kerana sudi membaca entry ini. Wassalam.