Tuesday, April 24, 2012

Minggu perpisahan...


As-salam...

Seperti tajuk di atas tu, minggu lepas memang minggu perpisahan.

Satu, perpisahan seseorang yang di anggap kakak di antara puan zai and the geng.

Dia bukannya berhenti kerja cuma sekarang kami berlainan division dan kami di pisahkan oleh dinding konkrit kini. Dah lain-lain boss dan lain-lain pintu.

Dia di bawah naungan seorang SVP dan puan zai and the geng masih dibawah seorang boss berpangkat VP.

Kedua, seorang adik yang akan melanjutkan pelajaran setelah dia berkeje sementara selama 2 bulan di sini.

Minggu terakhir ini kami abadi kan di dalam suasana 'makan dan makan'... 

Alahai biasa lah blog puan zai nie dah macam blog 'jalan-jalan cari makan'. (Alahai skemanya ayat...huhu)

Jom intai-intai...

 Kak Bet, selamat maju jaya.
Jangan lupa jenguk kami di pintu sebelah hehe...

 Puan atun dan puan zai kepit kak bet.

 Tengahari tu kami order mcd aje.
Sebab kak bet ada 'house warming' gak lunch pizza boss kak bet belanja kat floor dia sempena masuk opis baru.

Last day buat Faizam.
Nak sambung belajar dah.
Muka lagi elok la sambung belajar.
Seperti biasa tempat peberet kami ialah di Sushi King.
Lagipun boss department Faizam yang sponsor makan walau boss tu tak turut serta menyerang sushi ini di Times Square.
Jadi tanpa segan silu kami membelasah sushi-sushi yang di tayang.
 Biasa lah mesti order yang ada nasi.
Pastu baru pekena sushi.


 Pilih je mana yang nak.






 Muka-muka kenyang.

 Bertingkat piring sushi-sushi yang kami makan.

Perpisahan itu tetap akan dan telah terjadi jua. Makin lama makin kurang kengkawan rapat yang pergi meninggalkan kita.

Walau jauh di mata semoga tidak lupa di hati.

Sekian...

Puan Zai @ JH...

No comments: