As-salam...
Puan Zai dah selamat menambah satu lagi angka pada jumlah umurku pada hari ini. hhuhu... Udah tua dah...
Terima kasih buat semua kengkawan. Kengkawan yang wish kat FB, hantar sms sejak malam tadi dan kepada seorang sahabat jauh yang sangat-sangat di rindui yang kini berada di Qatar tu, Rozianna... rasa terharu sangat dari jauh hubungi puan zai untuk wish birthday.
Buat kakak-kakakku dan adik-adikku di opis Yusniza, Fiza, Emma, Roselina dan Zalipah terima kasih atas hadiah dari uolss ye... sayang korang isk isk sik... Untuk adik beradik puan zai juga yang tak lupa mendoakan diri ini.
Semalam pun ex-boss iaitu Mr Leng yang dok kat JB ada called wish birthday. Lama tak jumpa sejak dia retired. Dulu puan zai ada dua bigboss. Puan zai assist Mr Leng dan bigboss sekarang. Sejak Mr Leng retired puan zai asisst seorang boss aje lah. Dah tukar 3 kali nama divison. Kalau dulu Regional Chief Office pastu tukar ke Life Products & Marketing Services dan kini atas nama Agency Services.
Juga tidak lupa buat salah seorang sahabat di alam maya atau alam email jua iaitu Rohaya yang banyak mengajar pelbagai info mengenai blog. Sebab dia lah puan zai pandai sikit nak berblog nie. Start dari zero sampai lah tahap hari ini.
Hari ini the geng kat opis bawa puan zai makan kat Bellamy Ikan Bakar yang terletak di belakang Istana Negara Lama. Dekat aje dengan opis. Pekena ikan bakar 4 orang. Orang nak bawa ikut aje lah. Lagipun lama dah tak pekena ikan bakar yang femes di sini.
Sebelah petang ada surprise birthday party. Surprise la sangat. Memang surprise pun. Terharu i. Dorang beli senyap-senyap kek kat Swiss Garden Hotel masa dorang gi meeting kat sana untuk discussion event akan datang di HQ.
Tengah pilih yang mana satu nak potong kek di waktu petang... di hadapan bigboss.
Maklum lah ada dua jenis kek.
Gugup la pulak haha...
Tapi sebelum acara potong kek tu sebelum waktu kerja tamat, lunch kengkawan bawa gi makan kat Bellamy Ikan Bakar.
Puan zai amek ikan pari, nasi puteh, kerabu dan keladi masak asam.
Dah abes makan kengkawan pekena tapai.
Kira-kira 10 bungkus tapai kengkawan makan.
Memang ratu tapai laa.
Puan zai tak amek tapai, tengok aje pehtu rasa sikit.
Sambil makan sambil bergurau senda.
Candid la sangat.
Memang candid pun hehe.
Gelak-gelak, makan-makan... ada makan ada gelak... nasib tak tercekik tulang ikan keli tu huhu.
Licin tau.
Sebab hari ini lewat keluar lunch.
Jam 12.45 pm baru gerak sampai sana orang penuh.
Nasib juga ada kerusi kosong.
Lapooo...
Kenyang makan ikan bakar terbawa sampai ke petang tau.
Jam 4 petang, puan zai di panggil masuk ke meeting room.
Ingatkan apa laa.
Lor ada surprise rupa eh.
Surprise la sangat.
Tapi tersurprise pun, tak sangka dapat makan kek... dua pulak tu...
Ini kek cekelat.
Sedap la jugak.
Dua kotak, dua kek.
Tiup lilin la pulak.
Kengkawan sabar menunggu kek dari puan zai.
Makaseh boss (paling kiri sekali)... kami makan kek satu division.
Biasalah time makan mesti ada acara gelak-gelak sakan.
Ini hadiah dari mak.
Makaseh mak.
Mak kata beli murah aje.
OK lah nie, puan zai suka.
Sayang mak.
Balik rumah bawa kek juga. Anak-anak rasa kata sedap. Sampai kata nak bawa kek ke sekolah kakak tu... huhu...
Agenda esok tengahari ialah kami ada lunch appointment untuk satu division. Acara makan tengahari bersama bigboss.
Kena stop di sini. Kita sambung bercerita kendian. Terima kasih. Tata...
Puan Zai @ JH...
p.s- makaseh ye kengkawan kerana sudi membaca entry ini. Wassalam.
5 comments:
sekali lagi... happy birthday zai. aku doakan semuavyg ternaik utk ko. aku happy tgk ko happy kat opis. eicha pun ckp happy bday aunty jai. nanti balik msia nak g bellamy lah. aku dh lama x gi situ agak lbh 10 thn.
selamat hari lahir Zai...semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan bahagia di samping keluarga tersayang...
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke ? ... semoga bertambah murah rezeki dan dilimpahi kebahagiaan berpanjangan.
happy birthday dear..semoga berbahagia selalu..
Alahh kita ni lagi lah dah tua..Dah nak separuh 40 carats lagi..huu..huuu
azrey rozie eiman: rozie, ckp kat eicha makaseh ye... ti lik msia leh pekena ikan bakaq kat sini
mulut payau: makaseh dgn wish dan doamu kak, amin
kakaya: alamak hehe kita 5 thn lagi ke angka 40...makaseh dgn doamu
azian elias: makaseh kak, hehe tu ar kita pun nak hamper angka empat kosong dah
Post a Comment