Sunday, April 1, 2012

Tahniah Zafirah!

As-salam...

Selamat hari minggu... esok masuk kerje hari senin ek? Hmmm rasa maleh pulak. Penat kenduri belum habis. Pagi ini layan sakit kepala yang amat. Mungkin panas kot. Tapi semalam sejak pagi ke tengahari hujan renyai. Nak kata panas pun tidak sangat. Huhu dapat tido kejap tadi, baru OK.

Semalam berkenduri di rumah makcik puan zai yang sebelah rumah tu. Sejak pagi jumaat lagi dah rancak buat persiapan. Mak balik rumah jam 2 pagi hari jumaat lepas. Selesai kenduri semalam pun balik jam 2 pagi.

Majlis pernikahan sepupu puan zai nie berlangsung selepas zohor semalam dan di susuli dengan majlis kenduri, acara bersanding serta acara makan hingga ke malam.

Apa-apa pun tahniah pada Zafirah dan Azhar!!! Semoga berbahagia selamanya.


 Puan zai tengok berseri Feera di Majlis pernikahannya.

 Pengantin bergambar bersama ibu bapa Azhar.

 Pengantin bersalam-salaman dengan para hadirin.
Tudung kuning tu mak puan zai... duduk kejap amek napas katanya (penat berdiri).

 Tetamu menjamu selero.

 Hantaran dari pihak lelaki.

 Haaaa ini baru betul namanya selero Negeri Sembilan.
Masak tempoyak ikan bilis dan petai ini chef dia memang di import dari NS iaitu makcik pengantin.
Perghhh best!!!!
Orang cari lauk nie je makan dengan nasi puteh... alahai terangkat.
Orang kampung kata kalau suami lalu belakang tak nampak.
Memang la tak nampak sapa suruh lalu belakang haha...

 Selain masak tempoyak tu menu utama ialah nasi beriani, kurma daging, ayam masak merah, gulai nangka, jelatah, pucuk ubi rebus, sambal belacan, ikan masin, papadom dan air oren.

 Ada kueh muih seperti apam gula hangus, bingka roti, karipap dan kueh badak.

 Dadih pelbagai rasa ada dadih mangga, strawberi, jagung, coklat dan kelapa serta buah tembikai.

 Pencuci mulut... bubur pulut hitam.

Time ni dah jam 7 malam, pengantin baru balik dari bergambar di Desa Park.
Pengantin makan, anak-anak pun nak makan lagi.
Maklumlah acara sampai ke 2 pagi!!!
Time orang sibuk-sibuk, dorang berdua nie pun sibuk bermain sampai muka jadi hitam!
Adik lagi la nak soh balik mandi pun dok nak nangis lagi... bukan main 'pesta bermain' mereka semalam.

Nanti sambung citer lagi ek. Nak gi bersauna kejap, banyak baju-baju nak di iron nie huahuahua... tata...

Puan Zai @ JH...


1 comment:

Abang Karu said...

tahniah dan selamat pengantin baru....(lawo pengantin pompuan nya haaa)