Sunday, April 29, 2012

Sukar Nafas...



As-salam...


Salam pagi ahad yang aman ini... alkisah jam 5 pagi tadi adik bangun dan mengadu susah bernafas.


Tanpa banyak piker puan zai beri adik satu dos inhaler sementara bersiap nak ke HKL.


Keadaan begini tak usah lah nak tunggu, bersiap, start kereta terus gerak ke hospital.


Malam tadi adik dah menunjukkan tanda-tanda nak ke hospital lah bagi puan zai, cuma keadaan tidak la seteruk mana... bermula dengan batuk kecil dan selsema. Tido adik pun tiada dengkuran mungkin kerana posisi tido adik mendongak jadi untuk dengar dengkuran tu tidak ada.


Jadi, sebelum subuh di pagi ahad ini adik ke hospital...

 Sampai di hospital, terus check oksigen dan suhu badan.
Beri sedikit info tentang adik antaranya yang ada Hyperactive Airway desease.

 Check paru-paru.

 Terus pakai nebulizer.

 Masa ini, mulut bercakap-cakap aje.
Tak boleh diam, asyik-asyik cakap nak gi HosMart... kedai yang ada kat hospital.
Nak beli itu la nak beli ini la, sabo je laa...

 Timbang berat sebelum dapat ubat.
Berat adik sekarang 19kg.
Dapat ubat batuk dan selsema.

Kalau kat rumah masih sukar bernapas, adik kena pakai inhaler... jika keadaan tidak OK, doktor nasihatkan supaya ke hospital semula.
Setakat jam 8.30pagi di rumah waktu ini adik nampaknya OK dan aktif seperti biasa.
Dannn puan zai nak bagi adik tido, adik asyik main dari tadi.

Sebelum sampai rumah, puan zai singgah ke Taman SPPK beli nasi lemak.
Nak masak sarapan, idok la dalam mood.
Jadi, buat kopi dan makan bersama nasi lemak dengan mata yang kuyu...

Plan arini nak ke PWTC... puan zai pun macam mamai je pagi nie sejak malam tak berapa lena bila adik tak sihat puan zai sukar nak pejam mata, cuma tido-tido ayam.... tengok lah dulu ye kakak, kalau ada rezeki kita bole ke Pesta Buku, PWTC.

p.s-tadi ramai juga 'orang-orang BERSIH' yang mendapatkan rawatan di HKL. Dengan baju yang berbekas darah... tak tau la mana yang luka, muka atau kepala. Mati-mati puan zai ingat dorang akan gi hospital swasta kalau jadinya hal begini. HKL juga dorang datang huhu....

Sekian, selamat berhari minggu... tata...

Puan Zai @ JH... yang nak hidup aman damai, tak moh gaduh-gaduh ye...



7 comments:

ogyep yummy mellow said...

moga cepat sembuh... ibu kena peka kalau ada anak yang hadapai masalah kesihatan yg sama ya..

Ayu said...

speedy recovery ya!sian adik...

Azian Elias said...

lelah lah ye.. So sentiasa tak boleh sejuk2 lah yee..

Abang Karu said...

Moga cepat sembuh ye....tak boleh lasak2 sgt tu...

johari said...

ish2 tu la risau jugak tengok anak saya tu kuat sangat minum ais.. baru 1 tahun stgh.. sy anak bongsu, isteri anak tunggal.. dua2 pun xtau jaga anak.hehe

Jendela Hati said...

ogyep yummy mellow: makaseh... itu la ibu mmg kena alert dan senantiasa peka kan

yayansmum: makaseh ye YM...

azian elias: lebih kurang la kak walau ianya bukan asthma.

karukord jagau's: hmm lasak tu, tak sihat pun masih aktif

johari: huhu kena kurangkan tu... kalau jenjalan kuar mmg akan bw air masak...

Abang Karu said...

x bole lasak2...x mo...x mo...