Thursday, April 12, 2012

Sorok Betik...

As-salam...

Salam hari khamis... hari ini puan zai bercuti. Saja dok rumah. Goyang kaki. Goyang kaki? Idak lah sebenar-benarnya goyang kaki. Mengemas dan membasuh tetap di laku kan. Baru sudah melipat kain huhu...


Tadi jam 12 tengahari amek si adik balik dari tadika. Sebelum balik rumah, singgah kejap kat kedai buah sebab stok buah dah abes dalam freezer tu.

Dalam banyak-banyak buah, adik sangat-sangat suka dengan buah betik. Kalau atuk petik buah betik dari pokok yang terdapat di 'Terbaek dari ladang' atuk, tak sempat-sempat adik nak soh kupas.

Ibu pesan kat adik cepat-cepat makan nanti atuk nampak betik yang kami beli RM1 tu. Abah puan zai tu kalau apa yang abah tanam, jangan lah sesekali kita beli kat kedai. Mau le kena ceramah. Abah kata buat apa tanam kalau masih nak kena beli kat kedai huhu... Sebab tu apa-apa tanaman yang ada seperti terung ke kitaorang takkan beli, kalau nak beli macam buah betik nie memang di sorok-sorok...

 Mulut penuh dok kunyah buah betik.

 Adik nak betik 3 tau tapi ibu belikan 1 jerk.
Kesian adik.

Ibu punya pulak, biasa lah buah oren dan epal.
Esok boleh bawa bekal buah ke opis.
OK, yang ini boleh beli di kedai sebab abah tak tanam hehe.

Esok udah hari jumaat. Syoknya. Tapi esok keje. Keje sehari pastu bersambung cuti weekend pulak. Takat nie tak de plan nak gi mana cuti dua hari tu.

Tapi si kakak dah ajak ke ICT, tengok lah camner... OK lah kena stop sini dulu nak tunggu si kakak pula balik dari sekolah.... tata...

Puan Zai @ JH...

7 comments:

Unknown said...

alahai, siannyer.. hehe
is suka betik jugak.. kat umah tanam xmenjadiks (^___^)

MulutPayau said...

akak pun cuti hari ni...hajat nak goyang kaki...tapi kerja umah berlambak....hehehe...

aliza said...

akak cuti semalam jer, ari ni dah sekolah balik, dah banyak keje balik... bab buah,memang la anak2 suka sangat2.. terutama pisang..

Unknown said...

comel, biasalah orang tuakan, jimat tu penting...hehe

Acik Erna said...

salam zai..salam kenallacik sama macam adik..suka sangat makan betik..setiap hari..kadang2 tu sahari 2,3 jenis buah nak makan..kalau malas nak potong..beli yang dah siap potong je

Jendela Hati said...

eeiyss: hehe mkn sorok2 jaga ati

mulut payau: tu la kak, nak goyang kaki gak tp xleh...

aimaniman: si adik ni pun suka pisang, sesikat bole dia abeskan kalau tak di larang...

smile: huhu itulah

acik erna: salam acik erna, tq sbb folow sy... singgah selalu ek... sy pun emang antu buah jugak kalau tak de buah kat buah jd xbest...

Abang Karu said...

nak pinjam topi....