Thursday, April 19, 2012

Novel: Bila Dah Suka... Mimie Afinie

NKB: Novel Ku Baca…

Bila Dah Suka…
[Karya: Mimie Afinie]

 RM19.90

KATA orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh.

Benarkah begitu?

Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati.

Entahlah… tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

“BILA DAH SUKA” membawa anda menyelami hati seorang gadus genit bernama Nurul Huda.  Dia yang kecewa dengan perkahwinan insane yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.

MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu “meringankan” kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsure-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur.

Komen JH:
Ala-ala santai gitu pembaca dapat rasa feel dia bila membaca novel ini. Bahasa yang penulis guna pun mudah di fahami.

Seorang gadis yang membawa diri ke Taiping setelah kecewa dengan cinta tak berbalas. Lelaki yang Huda cintai ini telah berkahwin dengan bekas kakak ipar Huda.

Dengan banyaknya ‘suasana baran’ iaitu sikap baran si ayah, Huda yang hanya sempat meminjam beberapa helai baju seorang sahabat karib bernama Eita telah membeli tiket bas ke Taiping untuk berjumpa dan tinggal bersama abang kandung iaitu Amar setelah ayahnya menghalau dia dari rumah akibat salah faham.

Sesampai di stesen bas Taiping, Huda di ragut beg tangan dan yang tinggal cuma beg pakaian.

Dari sini kisah hidupnya berlalu sehingga berjumpa dengan sebuah keluarga yang baik hati yang sudi menumpangkan dia sementara dia dapat berjumpa abang kandungnya kembali yang berkerja di salah sebuah restoran di situ. Dalam masa yang sama, perasaan cinta kedua dan ketiga mula ‘datang dan pergi’ sehingga dia sendiri mendapat cinta yang dia cari.

Pembaca rasa novel ini tidak memberatkan minda. Baca dalam keadaan relax dan santai tanpa banyak berpiker. Ikut aje rentak yang penulis bawakan.

Selamat maju jaya buat penulis Mimie Afinie. Ada beberapa novel yang telah dihasilkannya seperti Masih ada Rindu, Maafkanku… Sayang dan Tinggallah Pujaan.

Selamat membaca.

Next Novel: Cinta Datang Lagi… Bikash Nur Idris…

Sekian.

Puan Zai @ JH