Friday, April 6, 2012

Makan apa?

Salam di pagi hari...

Ini alkisah entry merepek. Ntah, kadang-kadang idea nak meng'post' sering sahaja lemau. Kalau dah tak de nak bercerita sangat akhirnya cerita bab makan jua terkeluar huhu.

Emang acap kali kan kalu kat opis pula selalu kecundang idea nak makan apa. Bukan sahaja kecundang dalam bab nak cari idea entry untuk blog malahan kadang tu bab nak makan apa pun menjadi masalah.

Yelah dah hari-hari tengok menu yang sama, tu yang time jumaat je semua orang lari ke Mid Valley la, Times Square la, KL Central la tak pun ke Bukit Bintang, jalan-jalan cari makan.

Tapi apa yang selalu terjadi ialah nak tak nak pilih juga menu yang ada kat foodcourt opis tu...huhu...

 Sarapan semalam... spageti dan hashbrown.
Makan dengan sambal ikan bilis dan kekacang.
Hah... amek ko makanan barat campur melayu... al maklum company pun sekarang dah milik orang omputeh hehe... (ada kena mengena ke?)

 Tengahari ada juga stall jual rojak.
Makan rojak pulak bila teringin tapi kuah asing.
Makan dok cicah-cocah gitu takut rojak cepat kembang.

Yang ini magi goreng letak telo mata kebau dan papadom.
Makan pula dengan salad dan buncis goreng.
Sedap jugak salad camtu, salad tu RM2.50...

Acara bawa bekal dari rumah lama dah tak di adakan. Kena buat jugak nie dok makan ramai-ramai sambil tukar-tukar lauk syok lah... rindu kat kawan-kawan yang ada tukar department dan ada yang tukar company huhu...

Sekian entry merapu... jumpa lagi... tata...

Puan Zai @ JH...



2 comments:

sudipVSsenduk said...

Ooo, hashbrown.. ingatkan tempe tadi hihihi.

Jendela Hati said...

sudipvssenduk: haah kan mcm tempe pulak rupa eh