Monday, April 2, 2012

Selepas Berkenduri - belakang tabir...

Salam awal pagi senin buat semua yang tak tido lagi tu... Masih mood malas nak koje esok... tapi kena datang jugak lagipun selasa cuti nak bawa si adik gi Pediatrik untuk jumpa pakar respiratory pulak.

Kenduri-kendara dah selesai semalam. Pagi tadi acara mengemas pulak. Basuh dan kemas apa yang patut. Kemah makan pun dah bukak. Dah bersih kan kawasan tempat makan semalam.

Hari ini puan zai tak rancak sangat menolong sebab sakit kepala pulak. Banyak aktiviti berbaring dan terlena sekejap di bilik. Tengahari sikit baru 'tunjuk' muka sekejap.

 Perkakas yang di basuh di biarkan kering dulu.
Camnie lah keadaannya bila kenduri selesai.

 Ini acara makan tengahari.
Acara makan sambil berkaraoke dan joget melatah.
Hehe joget melatah tu ada makcik melatah sambil makan sambil berjoget pulak.

 Menu utama ialah tomyam campur.
Sedap hirup sup pepanas di cuaca yang terik di bawah pohon rambutan.
Ada juga baki lauk-pauk semalam.

 Sepinggan nasi dan 'bermangkuk' tomyam yang puan zai hirup.

Haaa yang ini makan malam pula... mak teringin katanya.

OK lah kena stop di sini dulu... Bantal dan selimut dah memanggil-manggil dah tu... esok nak koje. Nak 'sambut' staff baru under boss puan zai. Banyak nak kena setel esok sebelum bercuti hari selasa.

Wassalam...

Puan Zai @ JH...


2 comments:

Aine Ainun said...

Kalo kenduri, bab nk ngemas..hehee penatnya...

Karukord Jagau's said...

nampk satay pulok sini.....udah rasa nk memebeli satay la pulok...huhhuhuu