Dah pun muncul hari minggu. Sekejap je bercuti. Esok dah mula keje. Hari ini seharian dok lepak di rumah. Buat apa yang patut. Yang penting kena setel kan sauna dulu, kena gosok baju keje dan baju sekolah untuk seminggu.
Memasak? Hari ini masak ayam kicap bersalad aje untuk tengahari dan sebelah pagi buat tuna sandwish aje.
Itulah ayam panggang ke mana pasta pun ntah ke mana... itu lah kalau banyak sangat plan alih-alih cuma masak yang simple aje.
Malam semalam kitaorang sekeluarga di jemput oleh makcik sekeluarga ke rumah sebelah nie aje ada acara makan-makan berBBQ sempena meraikan 'orang dapur' yang bertungkus lumus memasak di hari majlis pernikahan anak makcik puan zai iaitu Zafirah tempohari.
Semua dah stanby dah nak makan ayam BBQ.
BerBBQ di depan rumah.
Ada juga sosej, burger, nuget dan lain-lain.
Bacaan doa ringkas.
Selain tu ada ucapan pendek untuk berterima kasih kepada semua yang hadir.
Inilah 'orang-orang dapur' yang memasak tempohari.
Kakak amek ayam dan udang aje.
Adik lak nak makan bersuap.
Tak nak makan sendiri.
Muka dah nampak kengantukannya sebab siang tak tido.
Berkongsi dengan adik sepinggan nasi.
Last-last ayam je yang adik bedal.
Menu utama malam tadi ialah nasi puteh.
Lauk-lauk antaranya ialah masak asam pedas ikan tengiri (peberet puan zai nie).
Masak lemak udang dan kacang panjang.
Ulam, kuah kacang (untuk ayam BBQ).
Tembikai serta air oren, teh O dan teh tarik.
Dessert ada bubur gandum makan dengan roti kosong serta agar-agar pandan.
Ada juga keropok di makan begitu sahaja.
Dah berkumpul reramai satu kampung sambil makan keropok dan tengok Astro Mania, terus lupa jam di dinding dah pun jam 12 tengah malam.
Balik je rumah terus adik tido. Yang lain-lain serta si kakak balik jam 1 pagi sebab leka berborak lagi... si kakak biasa lah kalu dah ramai orang lagi suka lah dia nak main dengan kengkawan. Tak kisah dah pukul berapa. Huhu
OK lah takat di sini dulu bercerita. Bersambung lagi di entry yang lain. Sekian. Tata...
Puan Zai @ JH...
p.s-terima kasih buat anda yang datang. Semoga akan singgah selalu.
1 comment:
Zai..hujung minggu yang bererti.. Best
Post a Comment