Sunday, April 1, 2012

Sebelum Berkenduri - belakang tabir...

Belakang tabir lah sangat ye! Salam buat semua di hari minggu....

Hari ini nak penuhi blog puan zai dengan cerita-cerita belakang tabir kami sebagai orang dapur untuk Pernikahan Zafirah iaitu sepupu puan zai semalam.

Masak reramai. Tolong menolong satu kampung. Kalau nama duduk di KL tapi kalau nama tempat masih nama kampung iaitu Kampung Masjid, dah tentu-tentu kampung jugak kan??? Itu le nama tolong menolong satu kampung. Semua buat sendiri. Dari masak memasak di belakang rumah hingga lah buat pelamin semua orang kampung yang buat.

Jom tengok apa kitaorang bz kan tu...

 Kakak 'mendayung' kurma daging.
Adik masa nie dah riang ria dok bermain dengan kawan-kawan.

 Dayung dan dayung.

 Gulai nangka.

 Ayam masak merah.

 Kueh badak.

 Karipap.

 Mehon goreng untuk rombongan pihak lelaki sebelum mereka bergerak ke Masjid untuk Majlis Pernikahan.
Orang dapur pun dapat makan mehon sebab sedap hehe.
Selepas acara nikah baru ada acara makan nasik.

 Goreng karipap nie banyak sebab acara makan sampai ke malam.

Acara makan start selepas zohor selepas majlis nikah selesai, so semua kena siap sebelum tu.

Nanti sambung gambar pengantin pula ye... tata...

Puan Zai @ JH...



No comments: