Saturday, April 14, 2012

Wendy's Berjaya Times Square

As-salam...

Mood jadi tersangat lah ok bila air paip sudah ada. Memang sakit jiwa raga bila air takde tau. Hampir 9 jam gitu huhu... Tapi syukur lah air dah ada walau masih keruh lagi. Syukur alhamdulillah. Masa buat laporan ketiadaan air pagi tadi Syabas kata transformer kuala selangor fasa 2 terbakar.

Boleh stat masak. Nak masak gulai pucuk paku dan udang , tapi nak jugak update blog dulu hmmm... boleh tak? Boleh laa...

Semalam lunch time kitaorang berempat keluar ke Times Square. Nama aje keluar berempat tapi bila jejak je kaki ke sana kami berpecah, dua orang sahabat nak makan di Penyet Express dan puan zai serta sorang lagi sahabat ke Wendy's. Nak pekena beger katanya, jadi puan zai ikut dia yang nak makan beger.

Beger dia ok la lembut je bila di gigit masuk mulut... macam tak payah kunyah terus telan je gamaknya.

 Tengok salad dia pun sedap...

 Set ini yang puan zai pilih dengan harga RM12.85 satu set regular.

 Frenchfries dia pun gemuk-gemukz.

 Gebu bun dia.

 Ini pun sodappp.


Dah kenyang sangat, gi meronda kejap.
Sahabat dapat carik tudung dan longskirt tu.
Cantik jugak.
Kalau tengok longskirt kadang teringin nak pakai tapi tak teringin nak beli.
Kadang tu teringan nak beli tapi tak teringin nak pakai pulak huhu.
Tapi ati nie teringin nak car seluar slack je.
Dalam teringin-teringin tu, semalam duit dalam beg duit tak luak pun.
Maknanya balik dari TS melenggang la takde beli apa-apa... selamat duit aku hehehe...

Sebelum melangkah ke balik, kitaorang singgah beli roti untuk anak masing-masing di rumah.
Yelah mak-mak makan sedap, mesti teringat anak di rumah gak ek.

OK lah, stop di sini... nak ke dapur jap. Kat luar dah bunyik guruh. Dah gelap dah nie... jumpa lagi nanti... tata...

Puan Zai @ JH....

3 comments:

aliza said...

sedapnya makan2 ngan kwn2

akak kat port klang mn ada tempat mkn yg bess2..paling2 pun kita org p mcD rembat triple cheese burger plus mc flurry horlicks.. sedap nee..

ari ni abh beli ikan kat jeti.. lunch jd kucing lapar ratah ikan jer

Kak Aya said...

saya tersangat jarang keluar waktu lunch walaupun Jumaat rehat 2 jam....duduk baca novel kat tpt duduk lagi best atau membuta ! he he.

Jendela Hati said...

aimaniman: wah sedap tu ratah ikan fresh cicah lak dgn air asam nyum2...

kakaya: ha itu emang rutin sy la kalu lunchtime bc novel & ZzzZZZzzz... bosan mkn fooscourt tu yg ari jumaat keluar kandang tu kakaya hehe