Monday, April 16, 2012

Nasi lemak Village Park...

As-salam... apa kabar sahabat di alam maya ku ini? Hari ini entry panjang sikit. Mood tak boleh BW, nampaknya di tukar kepada mood menaip.

Dah dua hari tau kat opis PC masuk 'workshop'. Bosannya bila CPU tu tiada di tempat. Asyik-asyik tengok monitor yang kosong itu. Sebenarnya sejak hari jumaat PC tak boleh on. Bila orang IT amek masuk 'workshop'  sampai hari ini tak boleh setel. Tadi mereka bagitau yang PC puan zai kena virus huhu...

Harap-harap mereka dapat backup semua documents dalam tu kalau takkk, abes lahhhh... Kat rumah pula lappy nie bila nak BW dari rumah tenet lak slow memanjang...

Siang tadi kat opis, jam 11 puan zai kena gerak dengan Ganesh driver kepada President untuk beli nasi lemak. Nasi lemak untuk management meeting hari ini.

Nasi lemak ini special. Memang sedap dan wangi. Selalunya kalau management meeting, mesti beli nasi lemak kat Village Park Restaurant, Damansara Utama jika boss-boss tak keluar lunch.

Jam 10 pagi puan zai dah call untuk order. Puan zai katakan jam 11.15 pagi puan zai sampai untuk collect. Order 13 pack nasi lemak dan ayam gorang untuk meeting member's dan 5 pack lagi untuk kengkawan yang 'tumpang order'. Side order boss-boss nak rendang daging dan sambal sotong.

Sampai semula ke opis sebelum jam 12 tengahari. OK jugak ada Ganesh dia yang menolong puan zai mengangkut plastik-plastik tu. Dan masih sempat lah puan zai and the geng makan reramai setelah puan zai hantar nasi lemak ke meeting room. Kat situ ada orang pantry yang serve kan. Puan zai cuma angkat kaki balik ke floor sendiri.

Nasi lemak kukus dan ayam goreng.

 Kalu ada sesiapa yang teringin boleh la ke alamat nie.

Untuk tea time, kami satu floor menjamu tiramisu nie.
Ada supplier trofi untuk Agency Awards yang bagi.
Apa lagi sambil-sambil buat keje sambil-sambil makan.

Lepas 'sakit hati' dengan ketiadaan PC kat opis, bila kat rumah tenet pulak buat hal. Punya lah slowww. Puan zai nak BW tak boleh. Bila klik kat blog kengkawan kat dashboard tu semua tak keluar. Nak-nak jika ada pic lagi la tak keluar.

Mintak maap bebanyak nanti puan zai BW. Sehari tak ngadap post anda semua rasa semacam macam kurang rasa dalam masakan huhu... OK lah jumpa lagi ek... tata...

Puan Zai @ JH...

2 comments:

Azrey Rozie Eiman said...

huish... ayam sampai 2 ketul!

Jendela Hati said...

azrey rozie eiman: hehe emang satu set ayam quarter