Salam petang sabtu...
Sabtu yang indah...
Hujan di petang hari...
Apa agenda sabtu nie?
Moh! Gunting rambut!
Sebenarnya pagi nie dah meround kat Chow Kit Road. Petang pula seronok menghayati hujan. Dan selepas maghrib kang ada jemputan makan-makan di rumah makcik puan zai di sebelah rumah.
Jemputan makan untuk meraikan semua orang dapur yang telah bertungkus lumus memasak untuk tetamu sempena majlis nikah anak sulungnya tempohari.
Pagi tadi sibuk bawa si kakak ke kedai gunting rambut. Kata kakak dah lemas dengan rambut panjang. Kali ini banyak cerita si kakak aje lah... Adik puan zai tak bawa. Takut nanti puan zai tak larat nak bawa dia sebab adik nie rajin minta di dokong... tak larat woooo....
Selalunya akan ke sini.
Kitaorang sampai tadi jam 9.
Tak pun ke Helena Salon tapi dah jam 10 pun Helena tak buka lagi.
Kedai Jenny dan Helena nie sebelah tangga je.
Jadi ke kedai auntie nie je lah hari ini.
Termenung apa tu?
Penat tunggu kedai bukak ek.
Start gunting.
Auntie tanya nak fesyen apa?
Kakak tunjuk yang ini.
Tapi jadi yang ini.
Seperti biasa kalau lepas gunting, mesti kakak ada komplen.
Hari ini tengok muka macam tak puas hati je.
Ibu tanya ok ke? Cantek lah nie... cuba memujuk walau kakak tak bersuara lagi.
Lama-lama kakak kata ok dan tersenyum.
Hmmm... lega kalau tak, ada je yang tak kena.
Selesai je gunting rambut dengan harga RM12, terus kitaorang ke UO cari apa yang nak di cari.
Intai-intai juga kasut tapi kakak tak bersuara sebab kakak dah dapat sehelai baju dah.
Pastu beli makanan yang kakak nak.
Apa yang kakak nak ialah bahan-bahan buat chifferi rigati (yang macam macaroni), roti, tuna, planta dan salad. Sambil tu kakak amek jua pau instant.
Uiii banyaknya kakak nak makan.
Ingat pas gi UO nak gi Jalan TAR pulak.
Tapi cam tak larat pun ada.
Kakak pun dah komplen lapar.
Memang lapar pun sebab kitaorang tak amek sarapan pagi tadi.
Tengok jam pun dah ke angka 11.30.
Apa lagi terus gi ke Pusat Penjaja cari mee kari dan mee goreng.
Kakak order ABC.
Sedap tapi tak abes pun sebab kenyang mee goreng.
So kakak suruh bungkus.
Wah! Licin anak beranak makan...
Pinggan dah licin apa lagi? Moh le balik...
Esok dah hari ahad ek? Tak pasti lagi apa agenda untuk esok. Ingat nak masak aje di rumah. Selain si kakak nak makan chifferi rigati bolosgnese tu, puan zai teringin nak makan ayam toast lah. Dah terliur tengok blog kengkawan yang buat ayam toast hehe... insyaAllah kalau ada rezeki dan ada bahan, moh buat moh...
Wassalam...
Puan Zai @ JH...
5 comments:
wah sampai licin 2 bekas manakan tu! baguslah tak membazir
senang nk cuci :D
kak aya: dh selamat dlm perut
karukord jagau's: betulll tu...
Ok apa rambut kakak camtu. Ada style sket
azrey rozie eiman: kakak tu ada je xpuas ati, nasib lepas gunting dia kata ok
Post a Comment