Thursday, April 12, 2012

Novel: Awak Suka Saya Tak? ~ Melur Jelita

NKB: Novel Ku Baca

Awak Suka Saya Tak?
[Karya: Melur Jelita - RM35]


Kisah Kasih Sayang

Di antara Hilman Yong, kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh.

Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam darpada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego?

Muncul Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya... seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku... sifuku... kekasihku. Kembalilah...

"Saya tidak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini..." Hilman Yong.

"Don't worry, I won't kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadap dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha... saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes... your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak ada selera dengan orang biadap. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong.

"Saya akui saya gembira bersama Mr. Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr. Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium... tetapi hanya di dinding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh di pecahkan... walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha.

Komen JH:
Best! Best! Best!

Haaa itu lah perkataan pertama yang keluar dari mulut pembaca. Cerita dia banyak digambarkan di sekitar Terenganu. Pembaca sendiri dapat membayangkan suasana di kebanyakan tempat di Terengganu seperti yang di ceritakan terutamanya Masjid terapung.

Banyak adegan lucu dan susunan ayat-ayat yang lucu yang membuatkan pembaca ketawa dan seronok. Lama juga nak habis novel ni sebab ianya tebal sebanyak 1056 muka surat. Maklumlah pembaca yang berkeje dan seorang ibu ini selalu kesuntukan masa untuk menghabiskan novel ini. Tapi akhirnya berjaya juga dengan rasa puas hati untuk keseluruhan cerita ASST ini. Cuma bila dah sampai di pertengahan tu ada rasa mual sikit dengan sikap dan watak Intan yang sangat ego dan degil huhu... Nak buat persiapan kawen pun nak ego tak nak ini tak nak itu. Ngada-ngada kannn... Watak hero satu nyawa dua nama ini iaitu Hilman dan Damien ini pembaca suka dan tersuka hehe... tapiii sememangnya watak Intan dan Hilman ini memang sepadan dan ideal.

Bak kata penulis ini iaitu Melur Jelita, semua ayat-ayat yang ada di novel ini adalah ayat-ayat kasih sayang yang melimpah ruah kerana penulis sendiri menulis dengan perasaan penuh kasih sayang.

Kalau nak cerita lebih-pebih pun tak syok, anda kena dapatkan novel ini dan pasti anda juga akan suka novel "Awak Suka Saya Tak?"... jawapannya sukaaaa.... hehehe...

OK, pembaca ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis Melur Jelita kerana berjaya memberikan pembaca sebuah novel yang sanga-sangat best, padat dengan pengajaran dalam Islam mahupun dalam kasih sayang di antara manusia.

Selamat maju jaya buat penulis...

Sekian...

Next Novel: Bila Dah Suka karya Mimie Afinie...

Puan Zai @ JH...

3 comments:

LYAfrina said...

mcm best je novel ni... blh cari gak ni buat koleksi..sbb lya pon ..mmg hantu novel..blh la share minat y sama

Jendela Hati said...

lyafrina: mmg best iya, padat dgn kecintaan pd Islam. watak hero pun best!

lelamaisara said...

Dah lame sangat la tak bace novel...dah kawin terus tak bace..heee