As-salam...
Alhamdulillah... syukur dengan rezeki yang di terima bulan ini buatkan puan zai open table khas untuk famili siang tadi.
Ada rezeki lebih bawalah famili makan-makan. Bukannya orang lain kan, sesekali makan kat luar reramai bersama mak abah dan adik beradik yang lain sudah semestinya sangat-sangat menyeronokkan.
Puan zai pun pertama kali ke Sekinchan Ikan Bakar nie.
Adik perempuan
puan zai tu kata banyak kali dah makan kat sini cuma dia kata hari ini suasananya tak
semeriah semasa restoran ini mula-mula baru di buka suatu ketika
dahulu.
Menu air apa pilih aje.
Sebelum tu, pilih dulu ikan mentah dan lain-lain untuk tukang masak uruskan makanan laut nie di dapur.
Kalau makan ikan bakar, yang amat penting ialah pencicah dia.
Kalau sedap, sedap lah apa sahaja makanan yang di bakar.
Air puan zai order Teh Sekinchan ais.
OK lah sedap cuma di bahagian bawah dalam gelas tu ada gula perang, hmmm manis sikit.
Kalau tak de pun tak pa kot sebab puan zai kureng bab manis nie.
Tapi ini lah specialnya Teh Sekinchan ais nie kot.
Menu utama ialah ikan siakap 3 rasa dan ikan kembung bakar.
Pilihan puan zai dah tentu ikan pari bakar.
Kerang pun di bakar juga.
Hari ini udang tak de stok.
So amek sotong, sotong goreng tepung.
Pastu amek lala goreng.
Dua menu nie budak-budak suka.
Dah nak hampir selesai dah semua yang ada di atas meja.
Dua orang budak yang tak sabar-sabar nak makan tadi... lapoooo...
Semua dah kenyang semua pakat balik rumah. Tapi puan zai dah adik perempuan serta anak sulung masing-masing ke Sogo, KL jenjalan.
Dapat beli sikit apa yang ada di sana. Sekian dulu. Tata....
Puan zai @ JH...
1 comment:
Overall sedap tak? Dgr2 harga kat situ mahal melampau
Post a Comment