Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Fazura Jadi Pelaris ‘Bujang Telajak Belum Terlanjur’


Aktres Nur Fazura dilihat sebagai pelaris yang mampu menarik penonton ke pawagam.
PETALING JAYA: Penerbit Eksekutif filem Bujang Telajak Belum Terlanjur A. Latiff Mohaideen mengakui pesona dan populariti aktres Nur Fazura Sharifuddin menjadi pelaris filem itu sehingga mencatatkan kutipan lebih RM2 juta sejak ditayangkan pada 19 Januari lalu.
A. Latiff berkata, selain daripada kekuatan Fazura yang berjaya menarik minat penonton ke pawagam, jumlah kutipan itu juga dipengaruhi oleh gabungan trio pelawak Saiful Apek, Nabil dan Johan, selain genre komedi yang dekat dengan peminat filem Melayu.
“Kutipan yang baik diterima oleh filem ini dipengaruhi oleh aura Fazura yang sememangnya diminati ramai. Kemunculannya di layar perak amat dinantikan oleh penonton.
“Fazura juga jarang muncul dengan filem komedi dan gabungannya bersama Apek, Nabil dan Johan ternyata menghasilkan sajian komedi yang bersahaja dan dekat dengan penonton kita,” katanya.
Ketika ditanya mengenai sasaran kutipan filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen itu, A. Latiff berkata sambutan yang baik daripada penonton selepas seminggu ia ditayangkan memberi petanda filem itu mampu untuk mengutip sehingga RM5 juta jika terus ditayangkan di pawagam untuk tempoh dua minggu lagi.
“Berdasarkan pengamatan kami, pola tontonan filem ini meningkat di antara 20 hingga 30 peratus setiap hari. Insya-Allah jika keadaan ini berterusan, saya yakin Bujang Telajak Belum Terlanjur mampu meraih sehingga RM5 juta.
“Lagi pun, pada waktu ini tiada filem komedi Melayu yang ditayangkan, sekaligus memberikan kelebihan buat filem kami,” katanya.
Penerbit eksekutif filem Bujang Telajak Belum Terlanjur, A. Latiff Mohaideen.
A. Latiff yang juga adik kepada pengarah filem itu menambah, kejayaan Bujang Telajak Belum Terlanjur juga menyuntik keyakinan kepada syarikat produksi mereka, Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd untuk mengekalkan formula gandingan trio pelawak dan aktres jelita itu dalam filem akan datang.
“Kami sentiasa mencuba formula dan konsep baru dalam penerbitan filem dan nampaknya formula yang menggandingkan trio pelawak ala Three Stooges dan aktres jelita sebagai teraju utama diterima baik oleh penonton.
“Berkemungkinan kami akan mengekalkan formula ini dalam filem komedi yang akan datang. Cuma plot dan konsepnya yang berbeza.
"Yang pasti, kami akan hasilkan sebuah lagi filem komedi yang menggabungkan Fazura dan tiga pelawak itu,” katanya-Mstar
p.s anak-anak dah ngajak ke wayang... bila nak pegi tak tau lah... suka dengan Fazura nie cantek dan lebih-lebih lagi la suka kalu bang bil tu berlakon sama dalam filem nie...hehe ~ Puan zai @ JH

Tuesday, November 29, 2011

Ombak Rindu

Ehem-ehem tiket dah dapat... tak sabar nak tengok kat wayang nie hehehe...

Saturday, November 26, 2011

Puss in boots?

As-Salam.

Ada yang dah gi tgk puss in boots tak? Best tak? Anak-anak puan zai nak tgk gak. Cerita ni dah kua kat wayang kamis lepas.

Tgk lah camner nanti. Antara janji dan tidak ni. Hehe. Insyaallah ye anak-anak..


Takat jam ni anak-anak dok main games je lah nampaknya...

Wednesday, October 5, 2011

Johnny English Reborn - Rawon Atkinson

Salam buat semua...

Dari Pediatrik Instituts pagi tadi, terus gerak dengan anak-anak ke Times Square untuk menonton filem Johnny English Reborn lakonan Rawon Atkinson ataupun kanak-kanak (termasuk lah orang tua) dengan nama Mr Bean.

Tengok wayang kat tingkat 10 tengok kat screen besar. Kat tingkat 3 tu kecil sikit screen dia.

Mula aje cerita filem nie, dah dok tergelak tengok keletah Johnny nie. Ala-ala geram aje apa yang nak dia lakukan dan dah lakukan. Dalam filem nie dapat lah dengar suara dan butir bicara dari mulut dia. Selalunya dalam citer Mr Bean kan takde dialog.

Filem Johnny English Reborn ini mengesahkan seorang perisik rahsia dari British yang di panggil kembali untuk merisik dan di arahkan untuk melumpuhkan sekumpulan pembunuhan pemimpin dunia yang akan mengacau bilau kan dunia.

Kemunculan Johnny dari pengembaraan yang telah mengasah kemahiran dirinya sendiri di kawasan pendalaman menjadi kan dirinya sebagai Johnny yang baru lahir.

Dengan kemahiran yang di pelajari itulah, bermula kerja-kerja Johnny untuk  membuktikan dirinya berjaya dalam misi.

Dalam pada itu lah, semua tindakan lucu Johnny muncul yang membuatkan semua penonton ketawa.

Hmm... ok lah itu secara ringkas sinopsis filem ini dari puan zai. Walaupun dah hampir sebulan ianya di tayangkan dia wayang, hari ini baru sempat nak bawa anak-anak. Kalau kat radio ada komen dari seorang DJ kata filem ini hanya 'ala-ala' aje. Dia yang menonton hanya banyak tersenyum dari ketawa. Tapi bagi puan zai ok lah sekadar hiburan bersama-sama anak-anak yang boleh buatkan puan zai ketawa terkekeh-kekeh sampai nak menitis airmata ketawa hehehe.





Kalau ada masa dan pulus, boleh lah nak tengok filem ini pula.

Ada kawan cadangkan tengok wayang kartun tajuk happy feet. OK juga tu. Seronok juga bawa anak-anak yang suka mengunyah popcorns sambil menghirup air di kala menonton wayang.
OK, lah bersambung lagi ye...

Puan Zai...

Tuesday, April 12, 2011

Wayang: Rio

Assalamualaikum.
Orang kata kan kata kena di kota. Dah anak-anak asyik menyebut pasal Rio kat wayang tu, arini puan zai bawa kakak dan adik tengok wayang kat Times Square tengok citer Rio edisi 3D. Setelah buat bayaran sebanyak RM70 (RM20+RM20+RM15+RM15) untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak, perghhhh pejam mata je lah RM70 tuuu. 1st time tau tengok wayang 3D nie. Suka sangattt. Emang mahal lah tapi berbaloi jugak sebab anak suka dan teruja Rio = 3D. 3D nie macam betul-betul di depan kita aje setiap pergerakan dalam citer tu. Ish ish gelak dek orang je kalau tau kite tak penah tengok 3D tu. Namapun citer kartun, masa untuk gelak dan berhibur. Pssstttt nie yang kanak-kanak dalam panggung nie tadi cuma dua orang aje yakni anak puan zai aje tapi yang dok gelak sakan orang dewasa kekeke kakaka hakhakhak (???)..... sampaikan last-last adik yang terlena di pangkuan ibu setengah jam wayang Rio nie nak abes. Sian adik penat sekolah pagi tadi pastu memalam tengok wayang lak. Wokeh lah... citer je tak best jom tengok pic yang puan zai snap tadi...
Pic sblm masuk tunjuk ticket dan amek spek 3D.

Senyum lah dik... ngantuk ye?

Sesampai je kat TS, terus cari kfc nak isi perut.

Adik lapo benar dua drumstik kfc abes.
 OK lah buat malam nie. Ini je cite anak-anak untuk hari selasa nie ye. Tajuk hari ini memang Wayang: Rio tapi bukan puan zai nak cite apa sinopsis Rio nie. Nak tahu kena gi sendiri tengok le hehehehe... Segalanya mengenai citer Zahirah & Khuza'ee. Puteri & putera ku ini.
Sekian, wassalam... Puan zai...

p.s-masih teringat citer kartun Megamind dulu tengok wayang dengan anak-anak. Cute watak Megamind tu. Persamaan Rio dan Megamind tu dua-dua watak berwarna biru.

Saturday, December 18, 2010

Wayang: Ibu nak tgk "Hantu kak limah balik rumah"

Perjalanan bermula dengan menaiki monorel menuju ke Times Square...

Bising mulut adik tanya kenapa tak sampai2 bila tren banyak kali berhenti...

Posing di tingkat 1 Times Square berlatarbelakangkan salji la konon...

Pandangan dari atas...

Salji di Malaysia

Makan tengahari di Wendy's Restoran. Ibu makan burger, Kakak makan nudget, adik cuma nak frenchfries aje...

Masa nie adik merajuk, biasa lah nak jalan pun nak merajuk kakak kata...

Nak pergi mana tu? nak tengok "hantu kak limah balik rumah". Asalnya nak tengok Rapunzel tapi beralih ke citer Mamat khalid nie

Dok tayang fan kat leher tu, satu RM10...


My bushuk masham nak tengok wayang ni...

Posing lagiii...

Dan lagiii...

Lagggiiiiii...........
Best dengan gelak ketawa dalam panggung...