Showing posts with label Novel Ku Baca. Show all posts
Showing posts with label Novel Ku Baca. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Novel: Aku Bukan Malaikat ~ Rudy Hirdy




NKB: Novel Ku Baca

Aku Bukan Malaikat
[Karya: Rudy Hirdy]


Rentetan kisah hidup seorang lelaki bernama Qimiel yang penuh dugaan. Akibat personalitinya, dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan.

Pola hidupnya tidak pernah lari daripada pengkhianatan. Dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga. Dia bergelar duda sebelum marasai nikmat rumah tangga. Namun dia pasrah dengan segala ketentuanNya.

Aku Bukan Malaikat sebuah kisah yang sarat dengan pertembungan jalan hidup yang berbeza. Menjelaskan Allah itu Maha Adil. Memberi dugaan kepada hambaNya tanpa mengenal pangkat, darjat dan keturunan. Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yang melampaui batas kemampuan hambaNya.


Penulis sukses mengangkat karakter Qimiel, lelaki lembut Muslim dalam memainkan peranan dan menempuh setiap ujian Allah tanpa keluhan. Sebuah tema masyarakat yang tidak mustahil berlaku dalam kehidupan umatNya.



Noorfadzillah Omar, Penulis PTS Litera, Novel Kuseru Nur Kasih





“Belum pernah rasanya menemukan penulis muda yang berani menampilkan sisi gelap manusia dalam ceritanya. Karya Rudy Hirdy ini buat saya terdecak kagum bahkan menitiskan air mata haru.”



Rose Harissa, Penulis Novel Wasilah Cinta Weera


Komen JH:
Seperti mana komen penulis-penulis di atas ini di belakang cover novel ini, pembaca pun bersependapat begini. Banyak pengajaran dalam kehidupan yang boleh kita dapati dalam novel ini.

Pembaca suka akan susunan bahasa dan ayat dalam novel ini. Sedikit sebanyak apa yang di terapkan dalam himpunan cerita yang terdapat dalam Aku Bukan Malaikat ini amat menyentuh hati dan jiwa pembaca.

Sebuah novel yang boleh jadikan panduan hidup supaya kita hindari dari sikap tamak haloba, dengki dan kepura-puraan.

Selamat maju jaya buat penulis Rudy Hirdy. Syabas.


Next Novel: Aku Ada Kamu ~ Lily Haslina Nasir

Puan Zai @ JH
 

Saturday, July 6, 2013

Novel: Sayang Seorang Qaiser ~ Anuar Kamaruddin



NKB: Novel Ku Baca

Sayang Seorang Qaiser
[Karya: Anuar Kamaruddin]

 

Qaiser seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja. Orangnya cukup sederhana, tetapi hatinya dipenuhi dengan limpahan kasih sayang. Jiwanya sentiasa ada rasa cinta. Dia disayangi semua terutama saudara mara.

Tanpa disedari, ada sepasang mata memerhati. Menagih cinta dari sang lelaki. Qistina, gadis kaya raya yang kosong jiwanya. Terpesona kerana budi bahasa bukan kerana harta. Cinta mereka bertaut tanpa sengaja, namun dugaan menyapa. Qaiser dicemburui dan menerima padahnya.

Namun apa pun dugaan yang melanda, cinta kedua mereka tidak tergugah dan pasti tetap bersatu kerana sayang seorang Qaiser, tidak pernah memilih-milih.

Komen JH:
Bagi pembaca novel ini novel antara yang biasa-biasa sahaja. Watak Qaiser ini memang banyak berdamping dengan watak yang penuh dengan kasih sayang. Dia mempunyai ibu bapa yang penyayang. Seorang adik yang peyayang dan seorang pak cik yang penyayang. Selain tu juga dirinya amat di sayangi oleh orang-orang di sekelilingnya.

Ada ciri suspen ada dalam novel ini. Pembaca ingin sangat nak tahu apa sebenarnya yang akan terjadi setelah membaca prolog yang memberi gambaran awal apa sebenarnya yang akan berlaku pada watak utama ini.

Bab ini pembaca boleh beri pujian sebab ianya memberi impak yang besar untuk kita sebagai pembaca untuk meneruskan pembacaan.

Teruskan usaha buat penulis lelaki ini yang bernama Anuar Kamaruddin, semoga anda akan terus suscess.

Next Novel: Aku Bukan Malaikat... karya Rudy Hirdy...

Puan Zai @ JH

Monday, June 10, 2013

Novel: Kahwin Ganti ~ Aifa Batrisya


NKB: Novel Ku Baca

KAHWIN GANTI
[Karya: Aifa Batrisya]

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki tu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.

"Awak suka saya tak?" - Mya Zara

"Aku... aku suka Dibo!" - Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semua Zara pada abang. Tak selamanya dia bole rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!" - Nuqman Hakim

Mampukah istana yang di bina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah perpepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

Komen JH:
Selalunya bila novel yang di baca, pembaca tidak akan dapat menghabiskan dalam masa yang singkat. Mungkin berhari-hari akan selesai membaca atas faktor masa dan persekitaran. Maklumlah siang berkerja, malam pula sibuk dengan anak-anak.

Tapi bila teringat watak utama iaiu Mya Zara dan Luqman Hakim, pembaca tak sabar-sabar nak terus membaca dan hati ini terlalu ingin tahu apa cerita seterusnya. Feeling betul lah!

Novel ini banyak melibatkan soal hati dan perasaan selain dari gabungan cerita kekeluargaan dan persahabatan.

Seronok dapat menghabiskan pembacaan. Puas hati dengan jalan cerita ini. Terima kasih buat penulis iaitu Aifa Batrisya dengan terhasilnya novel yang sedemikian.

Di bawah ini pembaca serta biodata penulis. Sekali lagi selamat maju jaya buat Aifa Batrisya!

Penulis kelahiran Parit Buntar, Perak ini di lahirkan pada 17 Mac 1982. Beliau kini menetap di Selangor dan sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai dua orang puteri. Pelajar lepasan Universiti Teknologi Malaysia, Johor dalam bidang Kejuruteraan Bioproses ini sangat berminat dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi dan berimpian untuk menghasilkan novelnya sendiri.

Aifa Batrisya yang kini berkerja sebagai pegawai penyelidik mempunyai hobinya yang tersendiri iaitu menjadi burung hantu. Menurut beliau, hobi ini membolehkan beliau berangan dan mencatatkan sebarang kisah terhasil dari pemerhatian dan pengalamannya sendiri dan masyarakat di sekeliling. Novel Kahwin Ganti adalah novel sulung yang di ilhamkan dari pemerhatian terhadap sahabat kembar sewaktu zaman universiti.

Next Novel: Sayang Seorang Qaiser... karya Anuar Kamaruddin...

Puan Zai @ JH...





Monday, June 3, 2013

Novel: Keindahan Cinta Iman ~ Zuraidah Othman





NKB: Novel Ku Baca



KeINDAHan Cinta IMAN

[Karya: Zuraidah Othman]

 

“Barulah saya tahu kenapa abang dan kakak ipar saya beria-ia sangat nak kahwinkan saya dengan awak. Awak tahu… saya akan ikut apa yang mereka suruh. Kalau itu yang dia orang kejarkan sangat, saya akan serahkan butik itu kepada mereka. Itu hadiah saya sebelum saya keluar dari rumah. Sekurang-kurangnya itu sebagai tanda terima kasih saya atas apa yang pernah saya terima dulu… selepas ni diaorang takkan berani mengungkit lagi”.



Dia menangis lagi lagi. Cepat-cepat air mata jernih itu dikesatnya.

“Awak ikhlas nak kahwin dengan saya?”



“Jangan sebut perkataan ikhlas di depan saya. Awak ikhlas sangat ke nak kahwin dengan saya? Kan awak nak kahwin dengan saya sebab nak carikan orang gaji untuk budak-budak tu!”



Komen JH:

Cerita menarik dalam sebuah keluarga yang sarat dengan kisah kasih sayang, konflik, dendam, tamak, cinta dan erti persahabatan dan persaudaraan.



Next Novel: Kahwin Ganti... karya Aifa Batrisya...



Puan Zai @ JH…






Saturday, March 23, 2013

Novel: Setia Hujung Nyawa ~ Fatin Nabila


NKB: Novel Ku Baca

Setia Hujung Nyawa
[Karya: Fatin Nabila]

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu budan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.

Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Komen JH:
Kesibukan diri membuatkan pembaca mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya novel ini. Sibuk dengan kenduri kawen adik lelaki dan sibuk di pejabat. Ini bukan bermakna novel ini tak menarik tapi empunya diri yang lambat menghabiskannya.

Asalnya semasa pembaca memula pembacaan hari tu, si anak dara pembaca menegur yang novel pembaca ini sama seperti di kaca tv. Ehhh... yelah dah ada drama pula. Anak dara pulak layan drama di tv jadi ibu dia sama-sama tumpang sekaki.

Masa tu layan novel dan layan tv dalam masa yang sama. Cerita ini sungguh menarik sekali dengan gabungan dua watak yang menarik. Pembaca tabik lah!

Apa-apa pun secara peribadi pembaca dapat rasa lebih dekat lagi penghayatan membaca novel Setia Hujung Nyawa ini di buku dari menonton di kaca tv, walaupun di kaca tv kita boleh lihat watak Ersalina dan Zain di 'alam nyata'.

Novel ini akan pembaca simpan dengan baek kerana pembaca sangat sangat suka dengan kedua-dua watak yang telah di sempurna dengan baek oleh Fatin Nabila.

Selamat berjaya pada Fatin Nabila. Terima Kasih.

Next Novel: keINDAHan Cinta IMAN ~ Zuraidah Othman

Puan Zai @ JH...

 
 

Friday, January 18, 2013

Novel: Dan Sebenarnya Cinta ~ Syafa' Ikhwan




NKB: Novel Ku Baca

Dan Sebenarnya Cinta…
[Karya: Syafa’ Ikhwan]


Nama saya Nur Sufrina Binti Abdul Razak. Seorang pelajar universiti dan sangat berminat dalam bidang penulisan. Gadis yang biasa-biasa saja, tetapi orang kata senyuman saya manis. Tapi tak ada sesiapa pun yang tahu, saya memikul tanggungjawap yang sangat berat. Ya, tanggungjawap selepas peristiwa hitam itu terjadi dalam hidup keluarga saya.

“Kalau apa-apa jadi kat akak, tolong akak jaga anak ini. Lindungi dia macam anak Suf sendiri. Kakak merayu. Jangan benarkan Firdaus ambil anak ini! Jangan benarkan! Janji dengan kakak. Ya, Suf?-Nur Sazrina

Ya, Rohaizat memang sentiasa ada ketika saya susah dan senang. Tapi saya masih tak pasti. Adakah dia orangnya? “Kenapalah Sufrina? Kalau awak tak cintakan saya, saya tak boleh salahkan awak. Tapi kenapa saya tak boleh lupakan awak? Kenapa mesti awak yang saya cinta?!”-Rohaizat

Tiba-tiba dia hadir. Saya bertemu dia, lelaki yang saja menyakitkan hati. Tapi, entah mengapa… saya asyik tersenyum sendiri apabila teringatkan sikap egonya itu. “Tak elok perempuan marah. Nanti cepat berkedut. Tengok, kedut-kedut kat muka awak tu dah makin Nampak.”-Amirul Haikal

Adakah dia sebenarnya yang saya cari selama ini? Tapi, saya takut dia tak dapat menerima kehidupan sayang yang sebenarnya… “Saya Cuma lelaki bodoh tang sentiasa ditipu oleh perempuan yang sama!”-Amirul Haikal

Akhirnya, siapakah yang menajdi pilihan hati saya, sedangkan sangat sukar untuk saya membuat keputusan ini? Saya memang sayang dia! Tapi kalau saya memilih dia, mampukah dia menerima kehidupan saya yang sebenarnya. Saya mencari seorang teman yang sanggup bersabar untuk terus mencintai saya.

“Saya sayangkan awak bukan sekadar teman. Saya yakin, awaklah yang saya cari. Dan saya akan terima awak seadanya.”-Nur Sufrina

Next Novel: Setia Hujung Nyawa... Fatin Nabila...


Puan Zai @ JH...