Pastikan anda tidak tergesa-gesa hayun tangan terlalu tinggi, tunduk kepala ke bawah dan pikul beban yang terlalu berat semasa melakukan aktiviti berjalan.
Dapatkan 10,000 langkah ketika di pejabat dengan cara menggunakan tangga, letakkan kereta jauh dari pintu masuk pejabat serta hadkan penggunaan telefon sewaktu berkomunikasi dengan rakan pejabat sebaliknya berjalan ke tempatnya, gunakan tandas yang jauh dari meja atau bilik anda atau berjalan ke kafetaria atau gerai yang jauh dari pejabat.
Dapatkan 10,000 langkah ketika di rumah dengan cara mengurangkan penggunaan alat kawalan jauh untuk tv, radio dan kipas, maksimumkan penggunaan tangga jika tinggal di pangsapuri, bermain bersama anak, berjalan ke kedai atau ke rumah ibadat, berjalan bersama keluarga atau jiran di taman, mengemas rumah dan gunakan laluan yang jauh untuk ke bilik tidur atau tandas.
Sumber: UM
Berjalan sambil mendaki, boleh???
No comments:
Post a Comment