Friday, October 21, 2011

Gulai ayam kampung

Ini resepi mak puan zai. Masak malam tadi. Gulai ayam kampung fresh dari 'Terbaek dari ladang' abah puan zai. Dapat sembelih 5 ekor ayam. 3 ekor buat gulai, seekor bagi tetamu dan seekor dalam freezer tunggu turn nak masak apa pulak. Apa-apa pun lauk malam tadi emang Besttt...



Bahan-bahan utama:
3 ekor ayam kampung
2 biji kelapa di perah santan

Bahan kisar:
Bawang merah 2 labu
Bawang puteh 3 ulas
Serai 4 batang
Halia 3 inci
Lengkuas 1 inci
Asam keping 1
Cili kering 4 tangkai
Ubi kentang 4 biji
Daun kunyit 1
Kunyit hidup 4 inci
Garam secukup rasa


Cara mudah sahaja:
Ayam kampung di rebus dahulu dengan hingga empuk.  Letak ubi kentang hingga lembut dan terus tambah santan dan semua bahan yang telah di kisar. Kacau sehingga masak.

Mudah kannn?

Itulah puan zai suka resepi mudah dan cepat...



 Sedap kalau ada tauhu goreng cicah kicap cili.
Bertambah selera la dapat makan ayam kampung.

 Masa ini juga ada tetamu datang, ada rezeki tetamu malam tadi dapat sama-sama makan ramai-ramai. Alhamdulillah...





2 comments:

MulutPayau said...

sedapnya gulai ayam kg tu...kalau makn ni...maunya brtmbah 2-3 pnggan...Makan beramai2 lagi myelerakan....

Jendela Hati said...

MulutPayau: berselera sampai tak pandang kiri kanan tu hehe