Salam di hari khamis.
Berita pagi jam 7am di corong radio dari Sinar.fm telah mengumumkan secara rasmi "Maharaja Lawak" yang akan bermula pada 1hb April depan.
Wah... berbunganya hati puan zai dengar. Dua bulan lepas ada juga puan zai dengar orang bercerita yang Astro akan mengadakan pertandingan antara juara-juara raja lawak cuma ianya tak confirm lagi. Berita pagi ini memang di tunggu-tunggu dan akhirnyaaa....
Apabila tadi terdengar sahaja dari corong radio, melonjak-lonjak suka dan tak sabar rasanya nak jadi penonton setia.
Tika ini Nabil menerima trofi Juara selepas di umumkan sebagai Juara Raja Lawak musim ke 2... Muka suci je masa nie hehe... |
Wajah lawak kemek Johan dan Zizan... |
Di Sinar.fm tadi juga telah di umumkan penyertaan daripada Juara-juara RL antaranya musim pertama 1-Yus. Musim ke 2-Nabil, Musim ke 3-Kumpulan Sepah dan musim ke 4-Kumpulan Kecik. Ada juga penyertaan dari naib-naib juara antaranya Tauke, Johan dan Zizan (dah jadi kumpulan-digabungkan) dan Jihan (antara yang puan zai ingat).
Kalau dah ada ketiga-tiga pelawak yang puan zai minat seperti Nabil, Johan dan Zizan, hmmm nampaknya remote control Astro dan Tv akan di kuasaikan oleh puan zai le.heheh.
Tapi kan, sedia maklum sebenarnya seisi famili puan zai memang minat dengan Raja Lawak pada setiap minggu. Kalau nak tanya siapa yang paling puan zai sokong tentu lah si Nabil. Tengok RL ini tengok berulang kali pun tak jemu. Dah gelak masa tengok live, masih gelak bila tengok siaran ulangan. Pelik lah...
Tak kisah apa jua kontroversi si Nabil, puan zai tetap suka dengan bdk minang nie. Sebabnya dia seorang anak muda yang banyak idea dan lawak dia yang bersahaja. Apa jua tugasan yang diterima dia akan buat denga sebaiknya. Syabas Nabil.
Dah lama tak tengok kemunculan terbaru Nabil (kecuali dalam rancangan "Anda ada 60 saat"), harap di dalam Maharaja Lawak 2011 ini Nabil akan buat yang terbaik, masih terbaik dan all out... cewah berkobar nie...hehehe...
OK lah kengkawan... Habis cerita Nabil ini, beralih pula pada cerita puan zai pula. Petang tadi selepas tamat waktu kerja, puan zai menemani seorang kawan yang berhajat ke Low Yat Plaza untuk membeli netbook buat ayahnya di kampung.
Dari office ke Low Yat Plaza dan Times Square ini bukan lah jauh, asal jalan kaki pun boleh.. Tapi sebab hujan, terus booked taxi dengan tambang RM8.
Kami pergi bertiga bertemankan seorang kawan dari lain-lain jabatan, yelah kami berdua dari Life sementara kawan ini dari takaful. Dia menjadi "pemandu pelancong" sebabnya kami ini bukannya terer bab-bab laptop atau netbook ni.
Dengan ini seseorang perlu ada yang mana orang ni tahu selok belok nak tanya soalan cepu itu mesti lah ada seseorang yang terer kan. Setakat nak tanya soalan basic tu boleh lah, nak tanya lebih jauh heheh tak reti.
Price yang dapat untuk netbook Dell ini hanya RM1099. Puan zai suka gak netbook nie. Comey je pastu kaler pink lak tuh...peberet kaler lahhh...
Aduh cutenya kaler pink nie. Tapi puan zai kureeeng dengan netbook sebab nanti font kecik-kecik kurang nampak (hahaha jawapan orang tiada netbook cute kalernya mcm ini). |
Yang ini view dari depan lak. Dari tadi kitaorg dok tekan-tekan keyboard tu... kikikih... |
Disebabkan kawan yang membeli netbook ini ditemani oleh seorang kawan dan seorang "pemandu perlancongan" ini, maka hari ini puan zai juga dapat rejeki lagi iaitu dapat makan free lagi, di ulangi "lagi". Kali ini di Kenny Rogers kat Times Square. Hahaha (ini dinamakan gelak kenyang). Sementara kedai tu nak format dan install dalam netbook selama 1 jam, kitaorng pun gerak kejap ke tempat makan, perut lapooo...
Menu of the day... pastu order cappucino ice blended...perghhhh lama tak minum dehhh... best sesgt sampai lupa pasal cerita duck rice semlm tu haha... |
Hmmm setelah collected netbook, terus balik ke rumah dengan taxi memasing. Seorang balik ke Segambut Dalam, seorang lagi ke Bandar Tasik Permaisuri dan seorang lagi yakni "pemandu pelancong" tadi tu balik ke Ulu Langat.
Memang syiokkkk dapat makan di luar dengan kengkawan. Makan yang dibelanja pula tuh. Rejeki-rejeki. Rejeki orang belanja... (haha gelak kenyang lagi nih).
Tapi... tapi yang tak bestnya, apabila sesampai je di rumah anak-anak ku kedua-duanya sudah lena di ulit mimpi. Huhuhu... kalau tak mesti dah dorang sambut pulangnya seorang ibu dari tempat kerja dengan pelukan dan ciuman. Oh my bushuk masham.
Ala tomey-tomey my buchuk masham dah tidur. Sorry lah ibu terlewat balik. Lagipun mak puan zai bagitahu yang anak-anak memang tidur awal yang seawalnya mungkin sebab petang tadi hujan dan sejuk.
OK lah sekian coretan hari ini. Esok dah hari khamis. Sekejap je rasanya minggu ini.
Sehingga sampai berjumpa lagi esok. Selamat beristirehat.
Wassalam.
PUaN zAi...
No comments:
Post a Comment