Dah hari rabu dah hari ini. Sekejap je kan. Rasanya baru je tiba hari isnin. Diam tak diam seharian kita telah menjalankan tugas sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak-anak, anak kepada ibu dan bapa kita serta pekerja kepada majikannya.
Hari ini hari "menuai" di kalangan kami yang berkerja.
Selain itu juga hari menglangsaikan bil-bil atau utang-utang. Utang-utang itu merangkumi utang tudung, utang selimut, utang kain dan lelainnya.
Bila ada duit sikit mula lah tekak nak telan macam-macam. Antaranya entah kenapa puan zai teringin nak makan duck rice.
Bila sebut duck rice, ada orang dengar akan rasa geli pada itik. Dan ada juga kata dagingnya liat sedikit berbanding dengan daging ayam.
Puan zai ini bukan lah peminat pada menu masakan itik. Makan gulai telur itik tu memang lah ada. Tapi entah lah, cafe kat office tu menghidangkan duck rice ini dengan tatapan yang penuh selera dan sedappp. Baru tatap dah selera, itu belum makan lagi, perghhhh.... (bagi orang lain ntah la sedap ke tak sedap puan zai tak pasti).
Tak silap dua bulan lepas, puan zai 1st time ada gi cari duck rice kat cafe dalam bangunan office. Dapat makan dengan dua orang ex-buddy tentunya lagi la selera bila makan sambil berborak sesambil imbas kenangan/kerja-kerja lalu.
Tadi nie, kat office dok teringin lagi. Teringin untuk kali kedua. Adeh camner ek... Nak tak nak kena cari juga walaupun harga sepinggan duck rice kat sini RM15.90. huhu...
Chicken rice instead of duck rice |
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii....... hari ini takde rezeki nak makan sebab dok bz ke Midvalley untuk gi bayar bil kat post office. Perut pun dah lapar tak sabar-sabar minta di isi dengan makanan dengan kadar segera.
Kaki terus melangkah masuk ke Chicken rice Shop dan terus order untuk dua orang makan satu set chicken rice.
Nasi, half stim chicken, fishball soup dan tauge. Tauge? Ini emang peberet puan zai.
Makan dengan selera walaupun pagi tadi dah set nak makan menu lain. Apakan daya....
Balik semula ke office, wah rezeki lagi bila ada salah seorang boss department lain nie belanja semua orang aiskrim. Seramai lebih kurang 20 staff kat sini (lain-lain dept), dia belanja aiskrim perasa kiwi sementara boss-boss lain dalam bilik dia beli aiscream magnum dan conetto.
Kiwi icecream instead of magnum or connetto... (aii memilih ker?) haha |
Itu acara tengahari dan sebelah petang. Pada acara sebelah malam pula, puan zai dan kakak yang di "driver"kan oleh adik lelaki puan zai ke Tesco untuk membeli keperluan dapur yang penting-penting.
Bila sebut "menuai", tak sah lah kalau si ibu dan si anak dara sunti ini suka sangat ke Tesco (hai Tesco lagi ye?). Sememangnya tiada tempat lain yang selesa selain dari Tesco.
Lagipun ia dekat dengan area rumah puan zai. Jika nak ke Giant, jauh sikit sebab Giant Batu Caves tu kalau nak pergi kena tempuh jem di Jalan Kuching dan jalan sekitarnya.
Barang memang naik takat ini. Duit yang di pecahkan kalau dalam RM50, alahai macam tukar duit Rm5 aje.
Hari ini di Tesco puan zai belanja dalam RM125 untuk keperluan yang memang wajib puan zai beli semasa "menuai" kecuali kalau addtional barang permintaan, contoh apa yang anak nak, itu memang terkeluar dari list barang penting.
Antara barang penting yang puan zai mesti beli setiap kali hari "menuai" ialah:
1) Beras 10kg
2) minyak masak murni 5kg
3) telur 30 biji
4) colgate
5) sabun mandian (untuk gel puan zai suka beli shokubotsu, untuk abah pula abah tak suka gel puan zai beli sabun fruitale)
6) axion
7) Dertergent (selalu amek brand biasa selain dari dianamo yang mahal tu)/sabun serbuk (breeze)
8) Syampoo
9) maggi goreng dan soup
10) biskut - untuk adik cicah dengan milo
11) milo 2kg
12) susu pekat tanpa colestrol 5 tin
Haaa ini lah antara barang wajib yang mesti beli. Sekiranya ada barang tak wajib beli, itu tengok pada permintaan yang munasabah untuk di beli heheeee...
Tengok je bersepah-sepah dulu instead of terus kemas bawa ke dapur... |
Lazimnya inilah yang puan zai akan beli, mula-mula suka buat list barang apa nak di beli dan siap suruh adik kira dlm HP dia takut beli terlebih budget.
Tapi kalau dah tiap-tiap bulan beli benda yang sama, hmmmm sendiri mau ingat lah, dah save dalam kepala otak nie. Dari barang no 1 - 12 memang dah ingat.
Kakak nak guna bekas telur instead of the telur... |
Dalam pada tu, dari mula sampai la ke rumah, mulut si kakak habis-habis ingat kan ibu yang kakak nak guna bekas telur untuk kelas pendidikan seni yang mana cikgu pesan kepada murid-murid supaya bawa ke sekolah esok. Jadi katanya "Ibu jangan lupa amek telur, nanti lupa. Cikgu nak bekas sahaja".
Hmmm begini lah hidup orang berkerja. Penat kerja, dapat gaji tup tup haiii cepat pula habis. Bila dah habis seksanya nak tunggu tuaian bulan akan datang.
Nak buat macammana kan... untuk membesarkan anak-anak memang memerlukan tenaga dannn duittt... expenses zaman sekarang berlipat kali ganda.
Pada yang berboros dan tak beringat tentu akan terus tengelam. Dan hidup ini mudah bagi mereka yang suka menyimpan, berjimat dan bijak menguruskan hal ehwal "ilmu hisap" di alam rumah tangga.
OK lah, sekian lah coretan panjang pada hari rabu nie. Semoga pada anda yang membaca, terima kasih puan zai ucap kan. Mudah-mudahan jemput datang lagi dan semoga kalian sihat dan berbahagia di samping keluarga.
Wassalam... dari puan zai...
No comments:
Post a Comment