Wednesday, February 9, 2011

10 tahun sudahhh....

Assalamualaikum semua,

Sesampai barisan kedua ayat dalam post nie, dah banyak kali puan zai type pastu delete, type dan delete.

Ntah lah malam ini tak ada idea pula. Maklum lah mood pun tak OK hari ini. Macam runsing pun ada tapi tak amek pot sangat nanti terbawa ke tidur pula.

Kadang-kadang puan zai nie pelik sikit, walaupun tak ada masalah, bila ada orang lain bermasalah, macam terbawa-bawa sama sampai turut memikirkan.

Yelah nasib orang tak tahu apatah lagi nasib kita sendiri.

Ada seorang teman. Sudah acap kali dok msg pasal kerunsingannya juga menjelang hari pernikahannya tak lama lagi.

Memandangkan esok yakni anniversary puan zai yang ke 10 (10th Feb 2001-10th Feb 2011), puan zai terimbas lah sikit-sikit kisah dedulu.

Masa berkawan, yelah puan zai lepas sekolah, kerja pastu bertemu suami terus berkawan dan bercinta cewah kira sang suami nie lelaki terawal dan terakhir.

Dedulu takut nak bercinta, jumpa sorang nie terus ngap...hehehe... Pastu dah berkawan, bertunang, pastu nikah dan sekarang dah beranak pinak. Udah dapat sepasang pun.


Teman puan zai nie sama company dengan puan zai cuma dia di luar daripada HQ. Dah lama puan zai dengar yang branch dia nak closed bulan 6 nie.


Kiranya ini adalah branch kedua yang dia tranfer selepas 1st branch yang kat CM, KL dulu pun closed. (Senasiblah dengan puan zai juga masa dok kat Sg Wang, closed di Sg Wang, kena tranfer balik ke HQ).


Kisahnya dia dah start runsing nak kumpul duit, pastu nak piker kan kerja macammana sebabnya hingga kini tak pasti ke mana dia dan 2 orang staff lagi akan pergi, tak pasti kemana dia akan di tranfer.

Dia bertanya camner lah puan zai dedulu masa nak nak nikah.


Dia kata nak ikutkan simpanan memang tiada. Serupalah dengan puan zai nie dedulu. Nak kata simpanan memang tiada lah.


Maklumlah puan zai anak sulung pula, jarang nak buat simpanan. Dapat aje gaji dah asing siap-siap untuk mak abah. Lagipun dedulu gaji bukannya banyak. Takat cukup makan pakai. Maklum lah sekolah bukan tinggi sangat. Lepas SPM dah cari kerja.


Kebanyakkan duit persiapan perkahwinan puan zai dengan suami hanya tertumpu penuh pada duit kutu dan duit bonus hujung tahun.


Dari situ puan zai gunakan sepenuhnya untuk segala persiapan pernikahan hinggalah ke persandingan. Beli barang sedikit demi sedikit.


Hantaran dulu bukan lah banyak mana. Semua hantaran puan zai serah kan pada abah untuk dia buat kenduri kendara. Abah pun bukannya kerja gaji banyak. Setakat kerja dengan orang apalah sangat.

Dari hal dalam rumah, sampai ke dulang hantaran, bilik pengantin, andaman, pelamin, cameraman dan lain-lain, puan zai yang urus.

Bahagian abah hanya pada kenduri kendara. Abah dan mak sampai demam-demam bila majlis semakin hampir... Orang tua kita pun mesti runsing juga nak piker kenduri kendara nie.

Satu yang puan zai ingat abah hadiah kan satu set katil pengantin untuk kami. Pastu nak memeriahkan majlis sulung nie, abah book pancaragam dan karaoke. Alah ada dok main-main music dan tarian lagi...


Memang kalau menjelang hari perkahwinan ini, macam-macam lah kita akan pikerkan.

Nak piker ini nak piker itu... Macam-macamlah nak piker.


Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Semua nak kita pikul dan jalankan dengan teratur.


Puan zai harap teman yang seorang nie tabah lah hendaknya. 


Pernah puan zai text kat dia dengan mengatakan... 

"Jika kita ada niat baik nak mendirikan masjid, insyaAllah, semua urusan kita dipermudahkan dan ini ibarat rezeki untuk kita. Seperti mana mereka yang melahirkan anak, dah tentu ada rezeki disebalik kelahiran anak tu"


Jadi puan zai tak nak dia terlalu runsing, dan amat-amat berharap apa yang dia hajati dapat dipenuhi. Semoga segala urusanya dipermudahkan dan diberkati. Amin.


Wassalam...


 p.s dalam takde2 mood nie, tersenyum jua bila dapat angpow merah semalam dan coklat dari boss-boss kecik. Boss besar masih bercuti. Cuti CNY dan cuti kawen sekali dengarnya tuh. Dah kawen tu pe la meh sampul merah. Bila lagi staff nak rasa angpow tu. Asyik limau je hehehe....

2 comments:

lady lavender said...

hepi 10th anniversary pn.zai..tahiniah. kita pun tahun ni thn yg ke 10 jgk tapi bln 9 :-)

Jendela Hati said...

Thanks LL... tak sangka sama tahun ye...hehe