Friday, May 13, 2011

Aku dan Nabil frust...

Semalam lepas gelak ketawa tengok Maharajalawak minggu ke 7 tu, terus aje puan zai on laptop. Semua orang dah lena tidur maklum lah dah jam 12 'tengah pagi' hehehe.

Bila nak login Blogspot alahai tak boleh masuk pulakkk... frust sesangat... frust macam putus cinta hahaha. Dah la timing OK nak ngadap blog nie yang mana takde orang nak kacau berblog, mata tak boleh pejam alamatnya TV jadi teman...huhuhu...
Kalau terjah ke blog paling utama dan teruja puan zai nak klik ialah bahagian comment dan shoutbox. Pastu terus klik ke Dashboard untuk sapa kawan-kawan yang ada post entry.

Nak citer pasal ML malam tadi puan zai tetap suka dengan persembahan Nabil. Nabil mengiyekan kata-kata AC bila AC kata Nabil malam tadi tak sihat sebab demam. Dan kelihatan Nabil frust dengan persembahan dia sendiri bila Nabil kata banyak benda dia nak buat tadi tidak menjadi. Tapi bagi puan zai sendiri, puan zai suka dengan persembahan dia bak kata Mamat Khalid persembahan Nabil yang ala-ala Silent Comedy ala-ala orang Perancis.

Paling suka bab yang peserta yang di beri tanggungjawap besar untuk buat undian keluar mana-mana peserta yang mereka pilih. Semua ada nama yang naik untuk di keluarkan KECUALI tiada sorang yang undi Nabil keluar hehehehe.

Paling tak suka ialah bila AC umum ada undi masuk selepas mengumumkan Amir tersingkir. Memang lah tak di nafikan hati ibu ini turut nak berair mata lihat Amir beri ucapan terima kasih di akhir ML tu, tapi tak patot Amir tersingkir sekarang, dia patot tersingkir dari minggu pertama lagi. Opsss, bukan apa yang ada sekarang pun dah cukup. Rata-rata buat persembahan yang MANTOP terutama dah tentu lah Nabil (bodek nie), Jozan (best tengok Zizan dan Johan mmg best giler), Jambu (muka legend ati jambu), Sepah, Balas dan Man.

Paling tak suka dan tak suka ialah untuk undian masuk nie peminat cuma boleh klik 'Like' kat FB untuk mana-mana peserta yang telah tersingkir terdahulu dengan secara percuma atau FREE dalam bahasa english. Free emang free le sbb broadband nak masuk FB pun kena bayar tapi nampak sangat dorang nie pi mai pi mai bak kata PuanBee2 tu. Bagi puan zai peminat dah keluar duit untuk undi peserta yang mereka minat, alih-alih nak undi masuk free pulak.

Alahai macam-macam ler. Tapi tak apa la asal peserta yang puan zai minat ada. Tak sia-sia undi hehehe.
Last sekali puan zai harap Nabil dan Jozan terus mara dan buat sebaik mungkin minggu hadapan.

Sekian buat catatan harini, minta maaf jika ada tersalah bahasa atau kata-kata yang mana ini cuma pandangan sendiri dan blog sendiri. Baiii...
Puan Zaiii... yang frust...

Rata-rata filem comedi arahannya puan zai suka. Pic nie adik yang snap kat TV.

p.s Sejak melanggan astro warna nie gara-gara ML, suka tgk kat Citra tengok filem-filem comedi 80an/90an, seronok teringat masa zaman budak-budak.

6 comments:

Yati said...

Amir tu tak lawak langsung. Patut dia yang keluar awal-awal. :)

Kak Aya said...

malam tadi saya suka JAMBU.

zul permatang badak said...

tak minat lawak.....kalau sitcom lucu kat tv saya hanya diam......cuba perhatikan mesej yg disampaikan je.....

Jendela Hati said...

Yati: setuju. yg tinggal skrg pun dah lawak dan bagus kan yati.

Kakaya: ye, sy pun suka muka legend tuh kak aya.

Zul permatang badak: sejak umur sy masuk 30an nie, jiwa nak komedi takmoh selalu tgk citer sedih2.hehe.

Puanbee2 said...

bee rasa jambu paling best minggu nih heee , nabil memang nampak kurang ye lah sebelum nih nabil paling byk idea kreatifnya

Jendela Hati said...

puanbee: bila tingat dorang terbahak2 gelak hehe.