Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu, ibu...

Assalamualaikum...
Sedang puan zai leka menonton TV malam tadi, terdengar kakak dan adik dok bercakap sesama sendiri sambil gelak-gelak kecil. Bila puan zai angkat muka untuk melihat, kelihatan kakak dan adik berbahasa isyarat pula sambil letakkan jari telunjuk ke mulut masing-masing. Ishhh... apalah yang mereka nak buat tu? Ada-ada jer. Bila puan zai melangkah kaki ke ruang tamu tiba-tiba dua beradik ini...
I
I
I
V
Selamat Hari Ibu, ibuuu... Sayang ibu...
Kedua-dua mereka ucap sambil memeluk ibu ini. Wah surprizenyerrr... lebih terharu keduanya memberikan ibu bunga dan hadiah.
 Pemberian anak-anak.
 View dari dekat.
 Pandai nak bagi surprise ek.
 Untuk mak puan zai sendiri, kami beri mak tudung. Sekian sahaja kisah hari ini. Puan zai ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu puan zai iaitu Jamaliah Binti Othman dan seluruh ibu-ibu seluruh Malaysia serta blogers yang sudah bergelar ibu. Hargai lah ibu kita sementara ibu masih di sisi kita dan terus menyayangi mereka, mendoakan mereka dan sentiasa mengingati setiap pengorbanan yang telah mereka lakukan terhadap kita sepanjang hayat ini.
Wassalam.
Puan zai...

P.s-Al-fatihah buat mak mentua puan zai yang dah kembali ke rahmatullah March tahun lepas... semuga rohnya di cucuri rahmat. Amin.

3 comments:

Kak Aya said...

Selamat hari Ibu untuk Puan Zai juga!

Bee said...

alaa comel ank bee bg bunga jugak siap wish tp dia bg bulan 4 kelmarin haa..bunga dh hilang adik2 main

Jendela Hati said...

Kakaya: terimakasih kembali...

Puanbee: yelah puanbee, ni pun si adik nak main terus kakak amek letak atas lemari hehe...