Sunday, May 1, 2011

Kempen satu rumah, satu study table...

Assalamualaikum.
Salam hari ahad. Cuti sempena public holiday Hari Pekerja hari ini, puan zai bawa anak-anak untuk mencari study table.  Semasa hari pertama sekolah Pengetua sekolah kakak ada mengata bahawa berilah keselesaan pada anak-anak kita di rumah tempat yang selesa untuk mereka mengulangkaji pelajaran di rumah. Sebab itu kempen satu rumah satu study table di sahut. Kat rumah ni yang ada meja makan ataupun coffee table je tak pun meja kecil untuk letak laptop hehehe. Meja untuk kakak study tiada. Kakak selalunya suka sangat dok menulis kat bawah je. Sejuk kat lantai katanya. Sambil menulis sambil meniarap. Masa sambutan hari jadi kakak yang ke 9 pada Febuary lalu, si ibu ini tak sempat nak gi beli study table.
 Kakak dan adik menikmati roasted chicken rice dan soya... tengahari adik makan nasi dua sudu tapi susu dua botol. Bila petang adik lapar nasi. Sesampai di TEsco Menjalara terus adik minta nasi ayam. Tau pun lapar. Asyik nak susu jer.
 Semasa ibu perabih balance-balance makanan di meja, kakak dan adik di bawa bermain dulu kat play ground beli token RM10.
 Ntah apa lah yang kakak dan adik belek tu... Token RM10 tak cukup untuk main untuk 10 jenis games apa lgi terus tarik tangan memasing ke tempat lain.
 Kakak dan adik minta singgah kat Popular bookstore nak cari buku latihan math petak-petak untuk kakak dan kertas lukisan serta stationary yang lain.
 Adik nak pencil colour. Si kakak jadi perunding dan penasihat pada si adik yang sedang rambang mata nak pilih yang mana satu.
Sebelum pulang, sempat beli barang basah seperti ikan kembung 10 ekor RM2.36, sayur bayam 70sen, kobis RM1.65, santan kotak RM1.78, cili boh Rm3, tepung gandum, telur 30biji RM7.29 dan susu RM2.49X2tin, ni semua harga TEsco heeehehe... Tak banyak beli sebab last week dah belanja dapur. Dannn rembat satu study table yang berharga RM36.90 dan rak buku RM11.90. Bersepah bilik nak pasang meja nie.
 Dah siap pasang. Dah sahut pun saranan Pengetua sekolah. Tapi nie tak kemas lagi. Masih bersepah bilik nie. Rak buku tu patut letak menegak tapi untuk kakak, rak tu di pasang secara melintang paku di atas study table, boleh lah letak buku-buku di dalam rak tu. OK lah untuk post hari ini. Selamat berjumpa lagi esok hari.
Puan zAi...

p.s-esok pepagi nak gi ke Jalan TAR dengan adik, nak cari kain ela nak buat baju rayeee... ok leh bai2...

4 comments:

Puanbee2 said...

wah awai cr kain ela nyer hahaa

Kak Aya said...

shopping sakan nampaknya...

Cik Ton said...

happy kan klu tengok anak2 happy

Jendela Hati said...

Puanbee: salahkan tukang jahit sbb dorang nak cpt2 hehehe (alasan je puanzai nie ye)

Kakaya: hehehee..seadanya...

Cikton: Hai cikton! hehehe itulah seronok kalau tgk anak2 pun seronok..