Saturday, May 7, 2011

Cuaca terik - Rehat di rumah

Assalamualakum semua...
Subuh anak-anak dah bangun. Bila bangun dah mengadap TV. Apa lagi kalu bukan mengadap katun. Tengok pada cuaca hari ini yang panas terik sesuai kalu pergi picnic. Tapi bagi puan zai lagi sesuai kalu dok dalam rumah. Relax-relax dan rehat badan dan minda hehehe. Anak-anak ada gak ajak keluar takat post ini di tulis, kami masih memerap di dalam bilik masing-masing memegang buku sendiri. Jom la layan pic yang sempat di ambil untuk activity dalam rumah di hari sabtu nie...

 Baca doa makan dulu ye...
 Menikmati sarapan pagi.
 Menu pagi nasi goreng dan cekodok letak bawang dan kacang buncis.
 Ini pula hidangan tengahari. Udang. Masak simple. Nama masakan ini ialah Udang Masak Terik. Heheheh maklumlah cuaca pun terik. Masak udang ini puan zai letak santan 3 sudu, kacang buncis 5 btg (sementara stok masih ada), bawang merah satu labu, bawang puteh, cili merah 3 hiris dan halia juga 3 hirisan. Pastu masak nasi puteh seperiuk serta 5 ekor ikan kembong goreng bersambal. Jemput makan...
 Adik baca doa makan tengahari.
 Pencuci 'mulut' - mangga.
Pencuci 'tekak' - ibu ini goreng keropok. Kawan kat opis sedekah sebungkus. Memang sedap dan lembut je jika kunyah. Keropok Ikan Abu Bakar Omar, Marang Terengganu. Keropok ini di kirim pada kawan yang lain masa dia balik Kelantan last week. Sapa-sapa yang berminat nak sedekah puan zai keropok, bolehlah belikan keropok keluaran Abu Bakar Omar ini... hehehehe...

Sekian.
Wassalam.

Puan zai...

3 comments:

Kak Aya said...

wahhh puan zai tayang makanan dari mula sarapan hingga makan tengah hari, makan malamnya nanti la pulak ye?

Puanbee2 said...

banyak nya sarapan tu puanzai ..

Jendela Hati said...

Kakaya: makan malam memasing cari biskut dan roti cicah milo... kekeke

Puanbee: demand anak2, nak itu ini...