Assalamualaikum...
Start 1 March nie, puan zai dah start bz. Makin bz. Cewahhh... Tapi kan se"busy-busy" hari ini di office, internet di rumah alahai amat lah slownya. Sepatutnya biarlah "busy" (laju) juga. Betul tak?
Nak type title satu hal, nak tunggu kuar font pun "berjam-jam" menunggu. Nie kalu goreng telur mata kerbau pun sempat nie. Adehhh huhu..
Memang le puan zai tak amek pakej mahal. Amek pun pakej murah je RM48 sebulan je... Memang "kena" lah pada kelajuannya. Asalkan selepas seminggu dari billing date bill internet, ha mula la buat hal..huhu slowwwnyyaaa....
Kat office hari ini pepagi dah bz. Slash aje card jam 7.30am, pehtu on lampu, pehtu on kipas (nie wajib on sebab air cond tak on lagi 8.30am baru on) terus on pc. Tup tap tup tap banyak benda nak follow-up.
Hari ini ada dua orang officer under boss kecik masuk office 1st day. Mereke bukanlah under company tapi under agency. So boss kecik kena brief apa yang patut kat floor office dia.
Sebelum mem'busy'kan diri assist boss kecik, puan zai amek dulu dua bekas hot water untuk big boss, unlock bilik dia, sendal pintu dia dengan door stopper, check meja dia mana tau document semalam dia dah sign atau approved terus puan zai amek news paper yakni the star, malaysian reserve dan sin chew untuk dia.
Setelah tu cepat-cepat, setting meeting room, setting LCD dan laptop untuk boss kecik buat presentation atau briefing pada dua orang officer tu. Dah ler puan zai ni assist boss kecik dan boss besar, hari ini juga puan zai dah jd "hrd"-ambil access card mereka untuk keluar masuk office, tunggu orang fix phone line, PC, jd "tealady"-tolong amek air untuk isi dlm kettle letak dalam meeting room (maksudnye tak de tealady company anta dorang kopi sbb boss kecik dah beli siap-siap refreshment letak dalam bilik tu), dannn jadi "cleaner"-tolong bersih apa yang patut lepas office hour, buang apa yang patut dan simpan semula LCD dalam bilik big boss.
Fuhhhhh nie kalau management tahu nie, mau gaji puan zai naik double atau triple nie...hahahaha (jgn le dok perasan puan zai oooiii hehehe)...
Se"busy-busy" puan zai hari ini tapi puan zai still dapat menikmati hidup yang aman dan dapat menikmati makan free lagi sebab lunch tu boss kecik belanja puan zai, dua staff under boss kecik serta dua orang officer tadi makan, pe lagi..teringin nak minum milk chocolate shakes.. fuhhhh legaaaaa..... tengkiu bossss....
Balik keje teringin nak nikmati Honeydew Pearl kat Little Penang, Times Square - RM3.90... Srupppp sruppp...legaaa... |
Lepas mehilangkan dahaga, terus ke panggung tengok citer Di sini ada hantu... cerita lawak antu camnie puan zai boleh lagi tgk sebab kelakar (ala-ala zombi kg pisang/kaklimah balik umah) ...kalu antu serius sori ar surender ler tak berani nak tengok... nie pun dah tutup mata dengan tudung kakakah... yang bestnya 1Malaysia, semua bangsa ada walaupun tak fullhouse... gelak satu panggung dehhh...
Untuk dinner cuma nak jamah choc es dan tuna toasted... tak leh masuk makanan lain dah memalam nie... |
Wokeh lah sampai di sini sahaja coretan untuk hari selasa nie... Selamat malam... tidur puas-puas ye...
P.s-1 March juga tarikh yang tidak akan di lupakan, menunggu saat-saat debar TOF operation adik yang telah berjaya oleh Team surgical Dato' Z pada 2006.
Puan zai...
No comments:
Post a Comment