Monday, March 14, 2011

Salak oh salak

Salam hari isnin...

Penat-penat balik berkerja hari ini, selak je pintu peti ais dah nampak seplastik buah salak. Kalau nak tahu antara buah-buahan peberet puan zai ialah buah salak.

Buah salak nie datang dari jauh. Datangnya dari Indon. Dapat lah dalam 20 biji buah salak sebagai buah tangan si pemberi.

Selalunya begitu lah buah salak nie jarang puan zai beli kecuali dapat dengan pemberian daripada orang tak kira lah kawan atau jiran atau sedara yang membeli (main point: dapat salak free ler hehehe).

Salak oh salak
Biasanya kalau dah nampak buah nie terus kopek sampai habis. Dah kopek kulit terus pisah kan isi dari biji buah salak.

Puan zai kalau bab buah salak nie kena terus buang biji. Tak moh le tengok anak-anak atau famili makan gigit terus takut dan ngeri tengok biji dia yang keras tu. Untuk keselamatan terus asingkan biji dahulu. Tinggal nak makan je, tak perlu susah-susah nak nak kopek-kopek lagi.

Cerita buah salak nie, tak sah kalau jari tak luka kena kulit salak tu. Maklumlah tajam ya amat. Tapi tak kisah sebab isinya yang sedap tuuu... perghhhh...

Rasanye puan zai macam pernah cerita pasal buah salak tapi tak pa lah sebab hari ini dapat rezeki buah salak jadi inilah cerita untuk hari ini.

Puan zai cuba untuk masuk dan baca entry kawan-kawan lain tapi slow sangat setakat jam 9.00pm nie. Insya Allah akan puan zai terjah dalam beberapa jam nie. Sehari kalu tak baca blog kawan tak sah tak kira lah di mana sahaja anda berada tak kira dalam Malaysia atau luar negara sekalipun.

Dengarnye kat berita TV tadi kata sebab gempa bumi di Jepun tu menyebabkan internet menjadi slow. Tapi kalau bukan kerana itu mungkin sebab pakej internet puan zai yang terpaling murah sangat kot...hehe. (Maklumlah penjimatan sedang berlaku).

Pesan puan zai pada semua jangan berhenti menulis kerana Jendela Hati suka baca blog anda!

Sekian catitan pendek ini. Terhenti buat seketika. Jumpa lagi.

Wassalam.
Puan zai...

No comments: