Thursday, March 3, 2011

Meeting? Union meeting...

Assalamualaikum...

Hari Khamis bersamaan 03/03/2011, puan zai ada union meeting kat opis. Patutnya tahun nie kena dah renew CA (Collective Aggreement) yang baru.

Hajat nak gi meeting ini cuma (di ulangi) cuma nak dengar bila masuk CA baru tu. Bulan nie ke, bulan august jugak ke atau bila? Tahun 2009 seingat puan zai duit masuk sebelum raya bulan august. CA nie perlu diperbaharui 3 tahun sekali, jadi ramai lah yang ingin tahu. Lagipun dah lama benar president dok senyap. Apa-apa update kena lah bagitahu union member's. Mana lah tak "bertikam lidah" antara member's dan president.

Tadi meeting dah macam dalam parlimen, banyak sangat bercakapnya. Dan pelik ada yang tak paham setengah perkara yang dah di bangkitkan dalam meeting yang lalu. Dah banyak bunyi-bunyi merungut berkata yang mereka datang meeting hari ini cuma nak tau duit bila masuk, nie dok citer hapa-hapa ntah. Meeting konon 1 jam tapi dah meleret ke 1 jam 15 minit. Perut dah lapar weeeiiii lagipun dah masuk waktu kerja. Camner Wa chow dulu arrrr... 

Keluar aje dari meeting room, terus melulu carik makanan. Lapo weiii. Beli nasi campur. Pehtu ternampak pulak nasi ambeng kedai sebelah. Wajib beli untuk mak. Mak selera benar kalu dapat nasi ambeng nie. Nasi ambeng selalunya jual hari jumaat. Tiba-tiba ada pulak hari kamis. Rejeki mak.

Untuk dinner hari ini, puan zai makan mushroom+chicken yee mee sizzling claypot. Nak tau... kalu gi mana-mana ada jual yee mee ni mesti puan zai makan. Letak pulak cili kicap cili api... perghhhh...

Sekian buat coretan hari ni. Wassalam.

No comments: