Hari ini tak gi mana-mana. Orang-orang sebelah-menyebelah dengarnya semua ke Dataran Merdeka beramai-ramai. Hari tu lalu di sana masa balik kerja, ternampak ramai abang-abang askar dan banyak juga canopy yang terpasang.
Itu mereka, orang-orang yang berjalan ke Dataran, nampaknya puan zai memerap lagi di rumah. Celik mata, anak-anak dah siap bangun. Apa lagi... mereka meminta sarapan lah. Ibu nak ini, ibu nak itu...
Lepas sarapan nasi lemak dan milo suam, kakak dan adik turun ke bilik air untuk selesaikan kasut-kasut mereka yang kotor itu. Kena cuci hari ini juga takut esok tak sempat kering, isnin nak guna dah. Malu lah kakak kalau pakai kasut kotor hari isnin nanti.
Sementara tu, puan zai dok sibuk kemas bilik nie. Sapu habuk benar rasanya. Kain pun dah memanggil2 minta mereka di cuci. Yang penting baju sekolah anak mesti settle hari ini. Esok ahad nak kena iron dah.
Yang ini donut bercoklat. Peberet kakak dan adik. Ada nenek berdekatan rumah yang jual 3 ketul RM1. Nie makan dalam jam 10.00, 2 jam selepas sarapan nasi lemak. Makan panas2. |
Dah siap semua. Mata menjengah dalam cabinet baju anak-anak. Alahai "cantik" tersusun baju-baju. Apa lagi puan zai punggah dan kemas balik. Budak-budak nie kalau amek baju dalam cabinet nie memang tangan tu suka hati jer kaup... ishhh... dah ibu kena kemas balik.
Lunch sayur-sayur je. Simple. Kobis+udang (di buang kulit). Bayam goreng. Telur dadar. |
Sebelum makan tu, rejeki datang bila nenek saudara sebelah rumah beri sebekas gulai nangka. Lepas makan terus lepak dalam bilik teman si kakak buat kerja sekolah. Hari ini kakak di larang bermain di luar. Baek kakak habiskan kerja sekolah. Dan adik pula bermain sendiri depan TV. Tengok citer P Ramlee.
Tajuk post hari ini ialah pasal cekodok ek tapi last-last baru kuar citer cekodok. Ada milo dan teh o suam. |
Dalam jam 5pm tadi nie, hujan lebat-selebatnya. Dalam jam 6pm dalam hujan-hujan tu adik mengadu lapar. Tengok-tengok periuk ada la sesenduk nasi. Bila bagi adik, adik kata nasi keras. Yelah tinggal kerak-kerak je. OK lah adik ibu masak kejap nasi ye. Sambil tu tengok kat dapur ada tepung, telur, ikan bilis dan bawang. Laju je capai tepung nak buat cekodok.
Sambil-sambil nak panas kan minyak, si kakak pula buka tudung periuk kononnya nak senduk nasi. Laaaa kakak pun lapar ker? Kesian jap ye kakak ibu buat cekodok dulu ye... nasi tengah masak tu... Mengerling ke jam dinding hmmm jam baru 6pm anak-anak dah carik nasi, yelah hujan-hujan nie memang lapar (termasuk ibunya lah).
Kakak senyum-senyum pandang kuali dan masuk ke bilik semula sambil kata "Kita suka cekodok, sedap..."
Dah siap cekodok apa lagi terus lah mengadap cekodok si tiga beranak nie cicah dengan cili sos. Kakak minum teh o suam sementara adik minta milo.
Cadangnya pagi tadi kononnya petang nie nak ke Keramat rumah atuk puan zai ada BBQ. Dapat lah gathering reramai makan-makan.
Mak dah gi ke sana tengahari tadi. Kami akan menyusul petang sikit (alah datang terus makan lah konon hehehe) tapi nie mak call dari sana kata hujan lebat sesangat dan air naik paras betis di jalan besar. Nasib lah rumah atuk tak naik air. Kalau tak haru jugak. So programme hari ini di rumah sahaja lah.
Dah lama tak banjir nie. Dulu masa lombong di belakang rumah atuk (Keramat lorong 1) selalu jugak naik. Ingat kan tak naik lagi bila lombong tu dah di timbus dan buat projek The Keramat Mall tu. Dengar pasar keramat yang besar. Tup tup banjir juga lagi tak pasti la teruk mana. Harap tak lah teruk.
Nie pic dedulu nie masa kat umah atuk. Yang berdiri paling depan tu arwah nenek. Kecil je pic ni nak besau kan tak clear... Ingat lagi orang yang paling bz masa banjir ialah nenek. |
Keramat ni memang terkenal dengan banjir. Teringat masa kecil-kecil dulu bila cuti gi umah atuk. Kalau time banjir budak-budak suka main air. Tapi susah nak ke toilet la dalam beberapa jam. Nanti ada lah org hantar bantuan dengan bot bagi nasi bungkus. Rumah atuk nie ada bahagian atas dan bawah. So memang naik air, semua barang di angkut naik ke bahagian atas. Bila air dah surut beramai-ramai gi cuci lumpur-lumpur tu. Semua pakcik dan makcik akan turun tolong mencuci lepas dapat ke rumah atuk lepas air surut.
OK sekian sahaja post untuk Sabtu+Hujan=Cekodok untuk hari ini. Sebut hujan mesti bersamaan dengan cekodok. Tak tau nape. Mungkin sebab hujan itu datangnya cekodok untuk di jamah semasa hujan kan...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment