Friday, March 18, 2011

Tahniah Man RajaLawak Musim Ke 5

Tahniah Man... Anda Juara Raja Lawak Musim ke 5...

Assalamualaikum...

Rata-rata malam ini mesti orang sibuk bercakap pasal RL5 malam tadi yang bersiaran langsung di Shah Alam Cenvention Centre @ Astro Prima.

Start jer RL5 final tadi, sakit perut dok gelak sakan tengok reaksi si pengacara fofular tu, Johan dan Zizan masa buat persembahan bersama Jamal Abdillah dan Jo Flizzo.

Apa-apa pun tahniah buat Man dengan aksi lawaknya yang sangat kelakar untuk segmen bebas manakala segmen lagu tu memang best! Lagu khas buat mat rempit. Mesti balik rumah dengan gaya bebas bawa RM100K dan trofi.

Selama ini kumpulan Balas memang asyik tangga no 1 setiap minggu. Nasib tidak menyelebelahi mereka apabila mendapat tempat ke 3 malam nie (bawa pulang RM30K). Puan zai perhati malam ini mereka sedikit gemuruh dan tersasul-sasul terutama si Fendi.

Kumpulan R2 juga tidak ketinggalan jauh, persembahan mereka juga best walaupun mendapat tempat naib juara (bawa pulang RM50K).
Apa-apa pun komen puan zai, ketiga-tiga finalise tetap puan zai suka sejak minggu pertama sampai lah malam Juara RL5.

Habisnya RL5 ini, bermula pada 1hb April akan bermula lah program yang di tunggu-tunggu iaitu Maharaja Lawak. Mulanya cuma akan di tayangkan live di astro warna. Tapi tadi bila Johan umumkan yang Maharaja Lawak akan bersiaran langsung serentak di astro warna dan prima, wahhh suka puan zai sebab tak perlu ambil pakej warna tu. Penjimatan akan berlaku. Apa lagi program ini emang puan zai nanti kemunculan Raja Lawak 3 iaitu Nabil dan juga Johan serta Zizan.


Finalis RL5-Kumpulan R2, Man dan Kumpulan Balas. Man mcm tau-tau nak menang posing depan sekali ye.hehe.

Anak-anak tengok RL5 masa Man buat performance.

Adik dok berpangku kat ibu bila ibu nak updated blog. Nak update pasal Man.

Sekian buat malam lawak nie. Selesai sudah lawak tahun nie. Tahniah Man.

(Bak kata Babyface@Sathiya : "Awak Abdul Rahman umpama Seniman")

Bersambung lawak bulan depan dengan Maharaja Lawak. Baiiiiiiiiiiiii....

1 comment:

Kak Aya said...

ramai yang setuju man jadi juara!