Salam di hari rabu...
Hari ini seorang kawan satu floor minta puan zai teman dia ke Masjid India untuk tukar jubah yang dia beli untuk mak pada jumaat lepas. Size yang dia beli tak padan dengan mak, jadi nak tukar size yang besar sikit sebabnya next week makayah dia nak menunaikan umrah.
Tepat jam 5.15pm pakcik taxi yang selalu kami naik untuk keluar telah tunggu kat lobi. Apa lagi terus lah ke destinasi ke Masjid India. Lambat-lambat kang takut ada je memanggil di waktu selepas keje nie. Wahhhh... Cepatnya sampai sebab tak jam pulak hari ini. Jalan sangat-sangat clear...
Setelah pilih jubah yang lain, sempat juga kawan nie rembat dua pasang kain untuk dia sedekahkan pada puan zai - satu untuk mak puan zai dan satu pasang untuk si Zahirah kat rumah tu. Terkejut puan zai apa ntah mimpi dia nak belikan kain untuk mak dan anak puan zai tu. Apa-apa pun terima kasih sesangat. Rezeki juga tu...
Satu untuk mak satu lagi untuk anak... |
Kedai nie dah lama dah kat sini. Sejak zaman mak puan zai muda-muda dah ada kedai nie. Sentiasa jadi tumpuan wargakota untuk mengenyangkan perut setelah penat bershopping. Waktu petang ramai orang-orang office disekitar datang makan petang.
Mee hailam dengan cili jeruk... |
Satay daging dan ayam. Teh ais. Kalau tempat lain puan zai tak makan daging tapi kat sini puan zai makan daging siap telan sekalik dengan lemak-lemak ia..huhu... |
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut sakit kaki. Eh-eh senang hati. Tapi sakit kaki jugak lah sebab dari Masjid India jalan kaki cuci mata sampai lah ke TAR dan terus round-round masuk Sogo. Waktu ini ada sales 50% hingga 70%, memandangkan bukan time festival, maka lagu sogo yang berkumandang.. "sogooo... sogooo...sogooo". Si kawan kata geli telinga dengar hehehe...
Hari ini puan zai tak beli apa-apa. Cuma menemani si teman membeli baju diri sendiri dan suaminya. Puan zai eskot je. Tukang bagi pendapat sama ada yang di pilih ok ke tak. Hari ini puan zai cuma window shopping. Untuk anak-anak puan zai beli buah potong, dragon fruit dan buah pear. Selain tu adik ada pesan belikan cornflakes dengan susu kotak untuk breakfast esok hari.
Buah potong satu pack RM3.50. Buah pear RM6.90. Dragon fruit RM2.10... |
Jam 8pm sampai rumah je, anak-anak sambut dengan ciuman dan pelukan untuk ibu. Masing-masing menyelongkar barang-barang yang ibu beli. Suka ibu tengok. Adik pula tunjuk baju sukan yang baru dapat pagi tadi. Baju OK tapi seluar panjang sikit. Kakak kata "Adik pendek tak makan kakak tinggi".. hmmm yelah kakak oi...
Buah-buah ini je yang beli, tak ada apa pun. Makan lah buah-buahan ini elok makan buah banyak-banyak serta minum air masak bebanyak ye...
OK lah setakat ini sahaja coretan seorang ibu di hari rabu. Wassalam dan selamat beristirehat semua semua rakan blog serta anda yang menjengah post yang tak seberapa ini.
Puan zai...
1 comment:
puan zai, terliur la tengok mee hailam tu...time tengah malam macam ni terasa lapar pulak
Post a Comment