Jumaat yang indah tapi mengantuk... heheh...
Hari ini hampir-hampir jam 8.30am baru sampai office. Pagi ini apak nak hantar kakak dan adik ke sekolah. Selalunya kan kakak naik bus sekolah jam 6.30am. Hari ini jam 7.00am baru kuar rumah. Hantar kakak ke sekolah pastu patah balik untuk hantar adik ke TBK. Sampai TBK 7.15am. Cikgu mahupun makcik pembantu tak sampai lagi.
Tak apa lah selalunya makcik sampai jam 7.30am. Selalunya Cikgu lak dalam jam 8 baru sampai. Tunggu punya tunggu jam 7.40am baru makcik sampai. Nie sure jalan jem kat International School nak ke Mont Kiara terus ke Jalan Duta. huhu... Sakit kepala tengok banyak kereta walaupun bukan kita yang drive. Kaki ni saja je nak brake-brake di sit sebelah driver... hehehe
Sampai opis boring jer kengkawan semuanya rata-rata cuti. Sorang cuti balik melaka. Sorang tu cuti ehsan bapa mentua meninggal dunia. Sorang lagi perabih cuti tahun lepas. Tinggal lah seketul puan zai kat floor tu. Kawan nak chat time keje emang takde ler. Kerja banyak juga nak buat tapi borink lah + ngantuk lagi... lagipun kawan borak-borak dalam email pun MC. Dengarnya kawan mc sebab demam dan sakit kepala. Tonsil pun bengkak. Cepat-cepat sembuh ye kawan, rest je kat rumah ok. Kalau tak larat masak porridge kat rumah, beli kat mcd pun sedap. hehehe.
Tengahari puan zai lunch dengan ex-buddy je. Kalau puan zai kat tingkat 12, dia lagi tinggi di tingkat 17. huhu. Makan mehon bandung sampai licin. Dia pulak makan maggi soup. Sedap jugak sebab banyak sayur. Harga RM4.00. Tu tak sempat nak amek pic sebab dah kebuluq sangat.
Rehat hari ini 2 jam, pas makan dan chit chat kejap puan zai naik ke opis dan Zzzzzzzzz dalam setengah jam. Maklumlah orang takde, boss-boss pulak semua keluar lunch appointment. Tentu-tentu masuk dalam 2.30-3.00pm. Ada la dalam seketul dua dalam tu. Pe la amek pillow kecik tu terus pejam mata. Shhhhhh..........
Kakak dinner nasi + ayam kicap + air masak. Sambil makan sambil kata sedap sedap... |
Adik tak moh makan nasi tapi nak makan pengat aje... |
Wokeh lah... takat ini aje... kalau panjang umur dapat menulis lagi esok...
Wassalam.
No comments:
Post a Comment