Thursday, March 17, 2011

Puas hati dalam penat

Assalamualaikum...

Salam hari khamis...

Wahhh font hari ini corporate colour company puan zai nie. Colour yellow and black.... heha...
Setengahari tiada di opis. Jam 1.30pm dah gerak ke KL Convention Centre untuk setup booth untuk Job EXPO tu bersama boss kecik, 1 marketing staff dengan 2 orang HRD staff. Naik satu kereta. Kereta boss kecik. Muat satu kereta pegi renyai balik opis balik pun renyai.

Pagi tadi big boss dah "terbang" ke Kuching. So tugasan banyak beralih arah pada boss kecik je.

Sampai KLCC semua start buat apa yang patut. Board yang separuh siap (mmg boss kecik soh buat camtu) kena buat selebihnya kat sana. Sebabnya tak tau hall sana jenis camner. Takut paste siap2 tak kena dengan hall tu.


Puas hati dalam penat. (Booth dlm pic separa siap)
Booth nie buat sama-sama berlima. Buat berkerjasama dan enjoy. Puas hati lah (hai kena lah ngaku sendiri) walau penat-penat nie, apa yang kita dah lakukan dan boss pun puas hati sama sambil menyebutnye depan kita, hmmm apa lagi lah lapang dada.

Pada mulanya risau juga kalau ada yang tak kenan hati boss tapi bila boss kata "ok, nice nak compare dengan orang lain" tu kira berbunga lah. Bukan berbunga apa pun, takat ok, kita pun lagi lah ok.


Siap juga akhirnye. Tapi yang ini dah adjust sikit dari asal sebab hall yang kecik board pun kene kecik.

Boss belanja minum.
Boss tanya nak minum apa. We all kata "anything" boss. Boss kata "OK, I will buy "anything" brand" hehehe lawok-lawok. Last-last boss bawa paperbag Starbuck. Fuhhh leganye dapat minum sebabnya memasing dah panas, aircond kat sana tak kuat sangat EXPO start esok, so agaknye jimat aircond le tu. Tekak pun cepat jadi kering bila memasing nak air sejuk dari air panas.

Kasihan boss masa dia sampai dari beli air, terlupa nak ambil straw. Dalam keadaan berpeluh-peluh berkemeja tu dia patah balik ambil straw walau kami kata "Tak payah lah boss, we all minum without straw also can"...


Ini saguhati dari ibu untuk anak-anak ibu yang tunggu di rumah kerana ibu balik lambat.
Walaupun bz dengan tugasan di tempat kerja, kepala ingat juga pada anak-anak di rumah. Tak lupa pada mereka puan zai beli Apple Donuts dan air soya. Sampai rumah, kakak tak de gi masjid. Si adik seronok bila nampak puan zai bawa saguhati dan siap asing-asing donut untuk kakak. Ingat adik pada kakak ye. Bagus.


Fuhh apa nie? Saja je nak tayang...
Haaaa jangan tak tau, nie breakfast puan zai pagi tadi. Penangannya sampai bertenaga lah buat kerja-kerja setup booth tadi hahaha. Lawok-lawok. Pagi tadi dok tak tau dah nak breakfast apa sebenarnya. Last-last gi tapau nasi impit dan kuah lodeh, karipap ayam 2 dan apam 1 serta nescafe ais semestinya.

Wokeh lah sangat nie macam mata pun tak leh buka je nie. Nak je terjun terkam bantal yang empuk dan mengantukkan itu.hehe.
Sekian aje untuk malam ini. Walaupun task hari ini dah selesai tapi esok kerja kat opis masih menanti. Big boss tak de tapi boss kecik ada kejap sebelah pagi sebab meeting. Sebelum balik pun dia dah pesan jangan lupa setting meeting room untuk dia sebab dia nak buat LCD dan notebook untuk presentation. Lewat sedikit baru dia ke KLCC untuk expo tu.

Wassalam.
Puan zai... yang puas hati dalam penat.

2 comments:

Kak Aya said...

nama company puan zai tu ala ala je dengan company kak aya kerja....kita pernah jumpa ke? he he

Jendela Hati said...

hehe lawak lawak