Friday, March 11, 2011

BZ kerja dan BZ Jenjalan sensorang...

Salam buat semua...


Sejak pagi di hari jumaat nie hingga lah ke petang hari hujan renyai-renyai. Makanya lunch hari ini berkurung dalam bangunan opis jer. Ramai juga tak keluar ke mana-mana.

Lagipun puan zai pada jam 3pm ada meeting dengan boss kecik dan juga HR department berkenaan dengan Job EXPO pada 18hb-20hb depan yakni bersamaan hari jumaat di KLCC.


Ada la task yang perlu puan zai buat sebelum tiba masanya expo tu pada 18hb tu. Dan catit apa yang penting keluar dari mulut boss kecik.

Puan zai tak gi sertai HR staff dengan boss serta dua orang marketing staff under boss kecik nie. Part puan zai hanya co-ordinate dari opis aje. Kerja luar nie selalunya marketing staff je yang selayaknya buat. Dah tentu-tentu mereka boleh claims mcm2 kat company... ye tak?


Dalam meting tu boss kecik ada kata yang dia minta tolong puan zai gi sama-sama dengan dia pada hari kamis 17hb, sehari sebelum expo tu untuk setting booth bersama marketing staff dan itu pun kalau big boss bagi permission takut big boss nak puan zai stanby kat opis je.

Yelah apa-apa pun kena tanya big boss. Susah kalau jadi staff kesayangan nie... hehehe jangan perasan ek puan zai... tak le kita kerja nie priority kena assist kerja-kerja big boss. Rasanya ok kot kalu ikut boss kecik sebab big boss mungkin ke Klang ada branch dinner. 


Seharian di hari jumaat nie bz ini buat itu. Fuhhh terasa letihnya. Ingat kang sharp2 5.15 nak cabut terus balik rumah. Dah la renyai lagi tadi. Ngam-ngam abis meting tadi mak call dari rumah kata yang adik puan zai nak buat birthday anak lelaki dia yang masuk 7 tahun esok.


Nak tak nak, takut esok tak de driver nak anto gi beli barang birthday, terus jalan kaki ke Hang Tuah LRT dan turun kat mana lagi kalu bukan kat Sogo.


Maklumlah saja hari ni kira dah tengah bulan nie. Poket pun tak berapa penuh. So tinjau2 lah bahagian kanak-kanak. Mata terbeliak bila ada t-shirt dan seluar yang murah. Satu t-shirt KikiLala dapat RM10, apa lagi rembat lah apa yang patut.


Penat juga jenjalan sensorang nie. Nak wat camner terpaksa le takde sapa nak teman. Tapi ok juga lah jalan je tak perasan kat tangan dah ada 3 t-shirt dan satu seluar.


Puan zai beli sepasang baju dan seluar kononnya hadiah dari "Zahirah dan Khuzaee". Satu t-shirt kononnya dari "mak dan abah" puan zai. Dan satu lagi t-shirt kononya dari "adik lelaki" puan zai. Saja nak "meramaikan" hadiah-hadiah birthday anak buah tu esok biar nampak banyak kan kan kan... hehehehe...


Dpt beli seluar herge Rm25, t-shirt herge dlm RM10-Rm13. Jadilah beli yang ini time ujung bulan nie.
Tak lupa beli bubur kacang untuk adik dan kakak. Peberet dorang nie.


Sekejap je dah seminggu berkerja minggu nie. Penatnya emang terasa terutama bila 24jam mengadap PC.

Tapi kalau ngadap PC kat umah tak penat sebab terhibur dapat baca blog kengkawan. Bukan macam kerja kat opis yang kadang memang meng"tension"kan kepala otak nie.


Sekian je buat hari ini. Kalau tak de aral melintang, esok ada program sambut birthday tu di bawah pokok rambutan sambil reramai buat potluck.

Pastu hari ahad nak ke Damansara ada kenduri kawen. Jika tak, nampaknya berkurung dalam rumah lah nampaknya. Orang tua kata kalau start hari jumaat hujan, akan berterusan hujan dalam minggu tu. Hujan kalu tak le gi mana-mana, kesihatan anak di utamakan.

Sekian sahaja.

Wassalam


p.s-Program peberat akan ke udara live dalam masa 5 minit lagi. Apa lagi kalau bukan semi final RL5. Puan zai nak standby untuk ketawa hehehe. Chowww...

Puan zai...

1 comment:

Jendela Hati said...

11-03-11
Cantik tarikh hari ini...