Wednesday, March 9, 2011

Tak sesueiii ker???

Salam buat semua…

Dah hari rabu ekkk... tinggal dua hari lagi kena datang kerja...

Dua hari lepas puan zai ada mengenakan tudung Syria yang puan zai beli dari kawan-kawan kat opis.
Memang first time pakai tudung nie. Sebelum nie tak penah pakai kat opis melainkan sekali dua pakai bila nak ke kedai kat umah.

Tudung jenis nie dah lama di jual kat opis nie. Maklumlah kat opis nie macam-macam orang jual tudung yang bermacam-macam jenis. Pilih je yang mana berkenan di hati dan bayar time gaji. Tak best gitu? Beli, pakai tapi bayar gaji hahah syok syok... Memang skim jual beli barang kat opis nie bayar time gaji, jadi berpusu-pusulah orang membeli. Very the business.

Nak citer hari tu bila puan zai nak ke salah satu department nak hantar document, singgah tempat ex-buddy. Masa dok chat dengan dia tiba-tiba kawan-kawan dia semua dok tergelak bila memandang puan zai yang pakai tudung jenis nie. Semua dok kata puan zai tak sesueiii atau tak elok pakai tudung jenis nie…. Cisss apa lagi malu lah bila dah di gelak dengan orang camtu.

Balik tempat sendiri ngadu kat akak sebelah meja (luahan hati lah konon pas kena kutuk)… Dia pun pakai tudung syria nie... last-last akak tu kata :

“Tak pa lah zai, elok apa awak pakai tudung tu. Lama-lama biasa lah, mula-mula emang rasa tak elok. Lagipun yang dok gelakkan awak tu semua tak pakai tudung”.

Eh eh ye jugak, yang dok gelakkan tadi semua tak pakai tudung jadi sendiri mau piker lah...

Tang masa org gelak tu puan zai pakai tudung kaler itam. Esok nak try yang kaler nie. Kaler ijau muda. Tanya kat Zahirah elok tak ibu pakai nie? Kakak just angguk dan senyum. Tapi sesueiii ker? Ishh lantok le kalau org nak kutuk...
Roast Duck Rice : yang memanggil-manggil soh datang makan.
Fuhh lunch tadi ada gathering makan bertiga dengan ex-colleagues-sgwang kat Charlies Reserved, cafe kat opis tu.


Ntah lah tekak ni terasa sesangat nak makan duck rice tu lagi. Nie kiranya second time makan. Tak pasti apsal nak makan lagi. Daging ia tak macam ayam. Liat sikit. Tapi tekak nie kata OK jer. Kalau habaq kat bdk lain mau dorang reply "eee wekkk itik?" kalau dorang tau puan zai nak mkn itik hari ini. Tapi biaq pi la dorang, kita yang nak makan. Ye tak?


Time bayar ek apsal pulak sepinggan RM23? Bukan RM15 ker? Ex-buddies kata emang la RM23 kawan oiii... Eh ye lah "aku lupa aku lupa dasat dasat-bak kata salah sorang peserta Raja Lawak".

Emang lah first time dulu kawan belanja patut lah tak terasa mahalnya. Kali ini bayar sendiri tu yang buat-buat terkejut bila nak bayar. Hahaha cak pong cak pong puan zai nie. Tak kisah lah mahal asal puas atiii...


Dah kenyang makan nasi, naik ke opis tunggu nescafe dari tealady yang datang hantar jam 2pm setiap hari untuk semua staff. Pe lagi srup srup srup takut ngantuk pas pengenyangkan perut lunch tadi.


Wokeh lahhh takat saat ini je yang ingin di coretkan buat semua.


Wassalam...

2 comments:

lady lavender said...

boleh tahan jgk yea kwn2 ofis pn zai boleh gelak depan2 psl pakai tudung yg tak sesuai dimata dorang. Abaikan aje lah pn zai..betul apa ckp kakak tu, dorang yg gelak tu bukannya bertudung. Yg penting aurat kita dah tertutup.

Jendela Hati said...

Pakat je dorang tu lain-lain floor... kalu tak dah kena sound dgn akak tu hehe.. kena gelak mcm org buat salah jer..huhu