Tuesday, March 15, 2011

"Kita berbudi orang berbahasa" Part 1

Salam hari selasa buat anda semua.

Tajuk di atas tu macam terbalik je ek. Patutnya kalau kat sekolah berbunyi orang berbudi kita berbahasa.

Tapi lebih kuang sama je lah. Tunggang terbalik tunggang terbalik camtu jugak jadinya untuk maksud entry hari ini.

Nak citer pasal smlm lah nie. Satu hari puan zai dok assist boss kecik.

Memandangkan bigg boss nak out-station to Kuching this thursday, puan zai dah siap booked flight dgn hotel dia sekali. Memandangkan dia orang Sarawak, sambil gi branch visit dia cuti sekali sehari balik kg. Selebihnya ada event branch sana.

Jam 12.15 puan zai dah follow boss kecik dan sorang marketing staff ke Mid Valley untuk cari cupboard, kaler paper dan lain-lain. Board nie untuk Job EXPO tu le yang start pada ari jumaat nanti.

Sebelum tu, nie lah dia maksud "kita berbudi orang berbahasa", boss kecik dah bagi in-advance sebelum buat board nie dia belanja makan kat Nando's. Pergh... emang kenyang lah nak2 kalu bab orang belanja nie. Sori ler menu lunch tak sempat nak amek maklum le mamam dengan boss segan nak snap2 pic haha. Control ayu gitu.


Pas makan terus gi MPH cari bahan-bahan. Dah merayau-rayau dan bayar, boss kata dia nak pekena coffee kat Crispy & Donuts. Dia kata boleh ke kitaorang makan donut lagi sebab dia nak coffee je. Kitaorang pun kata ok je-no problem-still boleh makan (haha bab donut laju jer).


Dok makan tu puan zai ckp kat dia ingatkan dia tak suka coffee sebabnya kalu meting dia sorang je order milo manakala boss lain minta coffee. Dia kata emang hantu coffee cuma nie baru start balik minum setelah setahun tinggalkan coffee.


Sampai opis jam 3. Mak aiii 3 jam nooo. Tapi tak pe. Sebab kuar dgn boss, jam berapa tak kisah.haha.


Sibuk buat benda alah nie. Sampai jam 6.30 ralit buat nak cepat siap.


Pastu nak citer lagi satu contoh untuk tajuk di atas "kita berbudi orang berbahasa" ialah last week sorang boss nie (dept head lain ler) pi anta document untuk bigg boss puan zai verified. Pas dia verified kata OK dia pass to puan zai untuk bagi balik pada boss tadi. Bila puan zai pass kat dia, dia minta puan zai anta ke CEO opis untuk dia lak sign.

Fuhhh jam dah 5.15pm emang time balik nie. Driver puan zai lak dah sampai tunggu kat bawah. Plan memang nak balik awal masa tu.


Nak tak nak pi jugak naik atas sambil sempat ngerling dua staff boss tadi tu dok chat dan gelak-gelak... ish menyirapnyer tgk staff tu gelak patutnya dorang punye kerja nie. Tapi xpa anto je la sambil boss tadi pesan yang dia cuti esoknya dan minta puan zai isi by hang slip untuk document ni di anto ke Admin (dept nie yang handle bab2 anto surat keluar. Kita just isi form, runners yang broom broom anto).


Masuk opis semlm pepagi boss tu panggil puan zai dan beri saguhati sebab tolong dia anto document urgent tu.

Haa ni le namanya "kita berbudi orang berbahasa". Gitu?
Kadang-kadang kena piker apa yang kita buat semua nye kena ikhlas hati dan buat dengan hati yang lapang. Ye tak?


Kadang yang buat tak lapang tu bila terjadinya bukan dalam bidang kita, tapi orang lain main bantai je buli kita. Tu yang buat sakit hati. Lagi satu apa jua yang dilakukan boss tak appreciate. Lagi la haru. Tapi alhamdulilah takat ini semua dalam keadaan under control dan puan zai masih happy kerja di bawah big boss dan boss kecik nie.


OK le sekian buat hari ini. Jap lagi nak gi anta adik medical checkup kat Pediatrik, HKL. Kali ini jumpa Dato' Z punya surgical team.


Wassalam.
Puan zai...


p.s-tadi mak kata bil eletrik baru dapat. Jiran sebelah pula melompat bila dia baca bil eletrik dia untuk bacaan terkini tertulis RM6,000.00. Makkk aiii mana tak melompat dia. Giler ker TNB. Nak salahkan machine bil tu ke TNB staff yang tak cek betul2 sblm bagi tuan umah. Mengagau la jiran tu cari orang TNB. Ish macam2. Kes nie boleh termasuk ke dalam "kita berbudi orang berbahasa" ATAU "orang berbudi kita berbahasa"-orang dah bagi bil, kita lak terpinga2. hahaha... chow..

2 comments:

Kak Aya said...

betul tu puan zai, kalau kita buat kerja dengan ikhlas, Insyallah mesi bos akan appreciate kita , mungkin bukan dengan kenaikan gaji atau bonus tapi appreciate dengan makan-makan, cenderahati.

Jendela Hati said...

Makaseh kak aya. nie yg lg semangat nak koje esok.