Salam hari sabtu...
Memang sepanjang minggu nie, tak sabar nak tunggu tibanya hari sabtu hari ini.
Macam-macam benda dah buat kat opis minggu nie. Badan pun letih dan perlukan rehat. Maksud rehat nie berehat di rumah lah. Dapat relax-relax sambil baca blog kawan-kawan.
Pagi-pagi anak-anak siap bangun, mandi dan sarapan.
Sarapan hari ini dengan sepingan meehon goreng sorang satu. Kakak minum teh "o" BOH manakala adik pinta teh tarik BOH kurang manis, manakala ibu ni teh BOH 2 in 1.
Kalu nak rasa relax dan santai mesti nak pekena teh BOH lain lah kalu nak buat keje kat opis pekena coffee atau nescafe.
Teh kat rumah kami nie setiap masa dengan teh BOH. Bila dengan teh BOH emang selalu akan ingat atuk. Atuk yang sinonim dengan BOH.
Stok free teh BOH nie dari umah atuk sebab dulu atuk keje dengan boss teh BOH Mr Triston Russell. Selalunya kami sekeluarga panggil dia tuan Russell. Dia panggil atuk pak usman (Othman bin Rahmat).
Atuk dulu keje dengan Mr Russell ini sebagai tukang masak, driver dan tukang jaga rumah tuan nie kat Ampang.
Dengarnya semua atuk buat. Atuk setia keje dengan tuan nie sampai macam-macam kenangan masih terpahat di ingatan atuk. Anak-anak tuan Russell masa kecik atuk yang jaga. Jangan tak tau anak-anak tuan makan sambal belacan tau.hehe.
Dengarnya semua atuk buat. Atuk setia keje dengan tuan nie sampai macam-macam kenangan masih terpahat di ingatan atuk. Anak-anak tuan Russell masa kecik atuk yang jaga. Jangan tak tau anak-anak tuan makan sambal belacan tau.hehe.
Kalu dulu paling seronok bila atuk bawa balik macam-macam makanan masa krismas. Selalunya tengahmalam baru atuk sampai rumah bawa macam-macam desert dari rumah tuan seperti kek, pai, desert2, gula dan macam-macam. Yang suka cucu-cucu atuk lah. Dapat rasa semua yang atuk bawa.
Cerita mengenai tuan nie, setiap kenduri kawen adik beradik mak setiap kali itu lah tuan dan isteri datang. Sekarang time cucu-cucu atuk pun dia ada datang jika ada kelapangan.
Dengarnya isteri tuan berada di Austrlia. Manakala tuan dan anak perempuan, Ms Caroline masih di sini, pewaris BOH generasi ketiga. Nak tahu pasal sejarah BOH KLIK sini.
Perhatian: Sori gambar kabur pakai HP korok.
Ini atuk kesayangan puan zai, Othman bin Rahmat. Sebelah ni tuan Russell. Berpic masa majlis perkahwinan puan zai 10 February 2001. |
Puan zai masih ingat tuan datang masa majlis perkahwinan puan zai kat sini. Dapat juga dia cari jalan untuk sampai ke majlis puan zai. Terharu bila tengok dia dan isteri datang.
Masih terpahat di ingatan dia bawa hadiah satu kotak besar. Dalam tu ada tea pot satu set. Beraneka jenis teh. Ada yang dalam paket ada yang dalam tin semuanya brand BOH.
Tea pot dari tuan. Penah pakai sekali pastu tak moh dah pakai terus simpan takut sumbing. Sayang weiii... |
Stok yang atuk dapat dari tuan. |
Tahun lepas october 2010, dua minggu selepas nenek puan zai meninggal dunia, atuk gi bersama adik sepupu perempuan ke opis tuan untuk beritahu tuan tentang berita kematian nie.
Menurut adik sepupu sebelum gi tu dia siap kan atuk pakai kemeja dan siap bedak bagi wangi hehe.
Sampai opis tuan turun dengan anak dia Ms Caroline. Berpeluk-peluk mereka sampai tuan tanya "Apa kabar pak seman? Lama tak jumpa". Dalam hati adik sepupu kata "Nasib aku dah berbedak kan atuk bagi wangi tadi pakai kan deodorant lagi.hehe".
Bila atuk kata nenek baru meninggal marah betul dia kenapa tak bagitahu awal. Tuan kata kalu ada apa-apa datang je ke opis Jalan Ampang tu.
Speaking atuk dengan tuan, pandai jugak atuk speaking hehe. Adalah cakap melayu sebab tuan nie pun emang lahir kat Malaysia. Dulu masa puan zai kecik-kecik pelik je dengar atuk cakap omputih bila lama-lama baru tahu kenapa.
Sebelum atuk dan adik sepupu beredar, tuan ada berpesan pada adik sepupu supaya bawa atuk datang opis setiap bulan. Jangan miss untuk datang sebab atuk nie dapat ehsan pencen dari tuan setiap bulan selain dapat stok BOH nie. Kalau boleh tiap bulan tuan nak jumpa atuk personally.
Jadi, sampai sini aje lah citer tuan Russell dan atuk. Dok imbas kenangan bersama tuan Russell sambil hirup teh di kala awan mendung. Sruppp sruppp...ahhhh...
Teh BOH ada ummppphhhh....
BAiiiiii....
p.s-Masa buat entry nie mak tengok. Mak kata masa umur mak 15tahun mak penah keje kilang BOH. Seronok mak kata kalu bab nak makan sebab tuan kata makan je apa yang ada kat peti ais.
Sekian
Puan zai...
2 comments:
wahh dasat keluarga puan zai ada cerita sejarah dengan orang terkenal...
saya takat ada sejarah minum Teh Boh je le...
hehe aik tetiba terasa kembang plak huahua
Post a Comment