Tuesday, March 8, 2011

Penunggu vouchers

Salam hari selasa...

Dari malam tadi hujan membasahi bumi... Tak henti-henti sampailah ke subuh hari. Berpayung lah kakak ke jalan besar untuk menaiki bus sekolah. Kesian tengok bab anak-anak ke sekolah time ujan-ujan nie. Tapi apa nak buat. Ujan rahmat. Sekolah kena diteruskan sebelum bermula cuti sekolah next week.

Adik pula pagi-pagi dah bangun dan terus ke toilet. Tentu sejuk sebab sepanjang malam hujan. Nasib adik tak melepaskan hajat atas katil. Kang habis cadar ibu basah kena kencing adik buatnya.
Puan zai ke office dari kereta nak masuk ke lobby pun sedikit basah. Sebelum masuk ke highway pagi tadi air naik ngam-ngam paras tayar kereta.

Jem? Pastinya lah jem. Suasana masih gelap walaupun tadi sampai jam 7.15am. Jalan besar dan highway dah off lampu jalan. Yang nampak cuma pesta lampu brake aje dari belakang. Merah menyala di sepanjang jalan. Perut pun berkeroncong, jam 7.45am terus ke food court untuk menjamah roti canai cicah sambal ikan bilis.

Dok sibuk-sibuk buat report, sorang kakak kat floor puan zai ajak ke JJ (Jusco), MidValley untuk collect JJ vouchers untuk salah satu contest department dia. Bukan sedikit tetapi banyak, payah kalu gi seorang diri.

Jam 11.30am kami gerak ke sana takut lambat. Big boss tak masuk hari ini... sakit gigi lah tu. Lepas inform boss kecik tu terus ke parking.
Sampai je kat counter JJ, staff JJ tu kata mungkin lambat nak tunggu, so kami pun gi lunch dulu sementara vouchers siap untuk di angkut balik ke opis huhu....

Lunch tadi makan kat Garden Cafe, Mid Valley dan order Penang Assam Laksa dengan ice lemon tea. Dapat dessert keledek manis isinya sedappp... Sori le take pic laksa tinggal separuh sebab lapo bangat... hehee
Pas makan, dua orang ini dok menganga tak tahu nak buat apa. Akak nie ajak puan zai jenjalan dulu sementara staff JJ call bila vouchers dah siap.

Kira window shopping je la. Ada banyak baju-baju yang cantik tapi setakat tengok dan belek-belek belum tahap nak beli atau kena beli huahauhuaaaa....

Penat jalan sampai 3 floor akhirnya kami surender sebab letih berjalan cuci mata. Terus dok jalan ke counter tadi ingat nak tunggu depan tu, tak sempat nak duduk kat  sofa yang dikhaskan untuk customer, staff tu dah panggil.

Wah... penuh satu kotak vouchers2 tu. Pulak tu berat sungguh nak jinjing dua orang.  Pakat rasa macam  jinjing 50kg beras. Ishh idak lah berat camtu, rasa je seakan mcmtu huahuahua. Fuhhhh dari counter  tu nak ke parking boleh tahan le jauhnya. Tapi apa nak buat orang mintak tolong, kita-kita yang kuli nie tolong je lah. Boss akak nie soh gi, akak nie mintak temankan, puan zai pun temankanlah jadi guard sambil bawa cota nak katok kepala sapa-sapa yang cuba nak merompak (cewah lawak je puan zai nak bawa cota amendenye kakakah).

Sampai kat ticket machine tu, puan zai tunggu kat tepi sementara kakak tu bayar parking dan ambil kereta. Kereta akak tu sampai jer, pe lagi puan zai just seret je benda alah tu ke kereta sebab tak larat dah berat sungguh.

Sampai balik opis dalam 2.15pm. Pedulik apa, bukan saja nak buat lambat. Memang lambat nak nunggu vouchers tu keluar dari account department JJ tu huhu.

Nilah dia cerita puan zai untuk hari ini sebagai penunggu vouchers yang (banyak), dan amat (berat) itu...

Sekian.

Masa untuk merehatkan diri. Begitu jua anda di rumah.

No comments: