Friday, March 25, 2011

Ingat pada mak dan anak-anak...

Assalamualaikum...
Hari ini hari jumaat iaitu last keje untuk minggu ni.
Lega lah dapat cuti dua hari & dok relax kat rumah.
Penat berkeje selama 5 hari tu mcm keje 5 minggu je.
Hari ini tiada apa yg menarik nak update.
Cuma nak update yang ada di bawah nie aje.
Apalagi kalau bukan pic yang kabur-kabur nie hehe.
Petang tadi ada program makan-makan kat opis.
Sebulan sekali emang company akan buat program nie.
Bagi semua staff makan free.
Antara makanannya ialah:
jeng jeng jeng...
I
I
V
Chicken chop with fries
Steak with corn
Nasi Lemak
Karipap
Kueh talam
Aga-agar
Tau foo fa
Ice cream cup
&
Air grape
Siap ada lucky draw sebanyak 20 cabutan.
5 hampers besar.
Dan 15 lagi barangan elektrik.
Seperti biasa puan zai takde luck nak dpt.
Cuma kawan lelaki sama floor tu je yang dpt td-rice cooker.
Kawan pompuan semua nganga.
OK lah tu dari tak dapat apa-apa ek?
Puan zai?
Puan zai cuma dapat makan jer.
Syukur alhamdulilah lah tu.
Agar2 & kueh talam tuk mak.

Tau fu fa tuk anak-anak.

Puan zai nie suka gi makan.
Kalau gi makan mesti ingat mak & anak-anak.
Lepas abes acara, puan zai teman kawan makan yg jd salah sorang comittee programe.
Kesian comittee abes acara baru bole makan.
Dan...
Seperti biasa ada lebihan makanan.
Bawa balik nasi lemak 4 bungkus.
Agar2 dan kueh talam untuk mak.
Memang peberet mak pun.
3 bekas tau fu fa.
Satu untuk kakak, satu untuk adik dan satu untuk abah.
Ketiga-tiga mereka emang suka tau fu fa.
Sebelum sampai rumah tadi puan zai dah siap called kakak.
Ibu kata kakak dan adik jangan tido dulu.
Sebabnya ibu ada bawa tau fu fa.
Sampai aje kat rumah, ibu dah dapat ciuman dan pelukan.
Tentunya dari kakak dan adik.
"Terima kasih ibu, sayang ibu..."
Dengar ucapan tu terus ibu juga balas dengan ciuman dan pelukan yang erat.

Sekian.
Puan zai yang serba sederhana...

No comments: