Wednesday, March 16, 2011

Baru je "bercuti" kat sepital last month. Hari ini anak ibu demam lagi

Assalamualaikum semua...

Hari ini semestinya puan zai sangat-sangat bz kat opis. Tak lekat duduk kat kerusi, ada je benda nak buat bila semakin hampir tibanya Job EXPO kat KLCC pada hari jumaat.

  • Part puan zai selaku organiser (kununnya nie) adalah esok.
  • Esok petang.
  • Esok petang kena set-up booth kat sana.
  • Esok petang kena setting Notebook, LCD, board dan macam-macam.
  • Esok petang kena setting semuanya sebelum di tinggalkan ke marketing staff untuk mereka pula yang jaga.

Walau bz-bz nie, hari ini puan zai balik cepat kerana sepertimana tajuk di atas tu, anak teruna puan zai demam semula.

Baru je admitted hospital last month atas sebab demam panas.

Bila tiba saat macam nie memang risau. Risau anak di rumah. Dan risau tentang tugasan di opis tu.

Harap semuanya berjalan lancar dan adik takde apa-apa.

Sekarang nak gi hospital bawa si adik. Puan zai dah siap-siapkan beg baju adik andai adik kena admit lagi.

Wassalam.

Puan zai...

Sian anak ibu. Demam. Tak aktif pun arini.

1 comment:

Kak Aya said...

busy betul Puan zai kat ofis ye..kesian Khuzae asyik demam je ye...budak pandai memang la macam tu kan?