Monday, March 7, 2011

"If Couple..."

Salam di hari isnin...

Sudah-sudah lah dengan mood tak baek semalam sepanjang hari tu ye.

Bila tiba hari berkerja pada hari pertama minggu ini, rasa malas aje... kalu boleh, malas lah nak ngadap PC kat office pula.

Masuk je kereta memang dah jadi kewajipan terus on radio nak dengar Sinar fm pepagi setiap ari... tak sah kalau tak dengar celoteh 3 orang DJ tu... sapa lagi kalau bukan Abg Jem, Kak Engku dgn Krill...

Dari tak de tak de mood tu, terus tersenyum dan tergelak bila keluar lagu "If Couple" lagu merapu mat saleh. Lagu asal Kalau berpacaran tu...
Kak Engku pulak jadi backup singer, adehhhh sakit perut gelak dengar dorang tu...

"If couple, dont touching2..." hehehehe

Pic pinjam dari Yahoo...


Sampai office terus ceria dan mood kerja pun dah ada maklumlah ari ini ari yang amat bz sampaikan keluar office td pun jam 8.00pm.

Hari ini puan zai dah ada dua task baru dari boss kecik. Buat kena betul-betul sebab ada kaitan dengan orang-orang atas. Boss kecik puan zai Senior Manager manakala boss besar Division Chief.

Pagi tadi dah budget boss besar akan outstation branch visit ke JB, Muar dan Melaka dari hari senin ke kamis nie. Hotel dia pun dah booked last week.

Alih-alih pagi tadi dia masuk dan soh puan zai cancel hotel dan berkata "Im not feeling well and sakit gigi" sambil tangan menunjuk-nunjuk pipi dia... heheheh boss sakit gigi ek? adeh melepas lah puan zai nak party-party (party bersuka ria bak kata budak-budak kat office tu) hahaha.

Wokeh lah takat ini aje... wassalam...

Selamat beradu...

No comments: